Isnin, September 06, 2010

Saya Sudah Booking Bridal..

Kejadian berlaku pada sabtu lepas.. Kerja half day, so sempat la balik rumah kejap amik mak.. Saja nak mak join sekali pergi jumpa mak andam.. Masalah mak bapak saya ni, diorang anggap saya terlalu berdikari.. Main setuju je walau apa pun keputusan saya.. Katanya, "duit kau, kau yang buat keputusan"..Cuma sesekali je diorang bersuara.. Kadang2 best gak, tp kadang2 rasa cam diorang tak amik pot lak.. huhuhu..

Saya pilih Classic Bridal House.. Masa saya sampai, kak Iena tengah tunggu student yang nak join kelas make-up.. Saya dan mak disambut dengan sangat mesra.. Memang PR diorang tip-top.. Mak seperti biasalah.. "Ikut suka korang la" sambil tersenyum simpul..

Perkara yang kami bincangkan :-
  • Deposit - Saya dah bayar deposit 10%..
  • Pakej - Harga yang saya dapat memang best.. Tips untuk b2b lain, kalau pasangan kita sedaerah atau senegeri (ada ke perkataan ni???).. Lebih baik guna bridal yang sama, mesti harga boleh runding..
  • Warna Tema - Bincang warna tema dua2 rumah.. Akan buat entry khas untuk warna tema hasil perbincangan saya dan Kak Iena.. Tips : sila bincang dengan mak andam tentang warna yang kita suka.. Mungkin combination colour yang kita pilih sebenarnya kurang match atau kurang meletop..
  • Konsep - Cadangan konsep yang Kak Iena bagi agak menarik.. Juga akan buat entry khas pasal ni.. Tips : sila bagitau mak andam apa yang kita dah beli seperi doorgift, interior.. Jadi mereka boleh cadangkan konsep yang bersesuaian..
Seatle satu perkara dari checklist saya.. Kenapa saya baru post arini? Sebab semalam saya sibuk buat kuih raya.. Selamat Hari Raya..

Rabu, September 01, 2010

Kelas Membuat Coklat

Bagi B2B yang sangat rajin dalam project DIY, may be boleh buat sedikit pelaburan.. Ikuti kelas Kak Lina www.cutekitchens.blogspot.com. Saya kenal Kak Lina semasa minggu Setiausaha 2010 yang diadakan di Hotel Mutiara. Ramai member yang bagi good review pasal masakan Kak Lina ni..

B2b boleh belajar teknik membancuh hingga ke teknik pembungkusan. Boleh jimat banyak kalau b2b nak DIY coklat sebagai door gift untuk tetamu.. Saya rasa berbaloi kalau buat sedikit pelaburan untuk hasil yang lumayan kan?..

Tepuk dada, tanya selera..

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...