Memaparkan catatan dengan label Kehidupan Selepas Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehidupan Selepas Kahwin. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 20, 2014

Hari-hari Masak Walau Bekerja - Tom Yam Paste Segera


Saya suka masak sebab Shah memang suka makan di rumah.. Kami hanya makan di luar atau tapau pada hujung minggu ataupun bila saya sakit.. Hari Ahad adalah hari saya dan Shah bermalas-malasan.. Buat kerja rumah pun sikit-sikit je.. 

Pesakit fibroid macam saya ni akan sakit hampir setiap kali period.. Bukan setakat sakit, sampai tahap tak larat nak pijak lantai pun.. Biasanya, bila saya sakit, mak akan masak untuk kami.. Maklumlah, dari rumah mak drive 5 minit je..

Shah suka makan lauk yang berkuah, terutamanya sup, tomyam dan gulai.. Senang.. Kalau saya tak sempat nak de-frost ikan atau ayam, masak gulai yang paling mudah dan jimat masa.. Dalam masa yang singkat untuk masak, kadang-kadang saya guna yang segera juga.. Tapi bukan 100%, saya modified juga rasa mengikut citarasa suami..

Panjang sangat mukadimah.. Nak citer pasal tentang Tom Yam Paste segera je kot.. Setelah banyak eksperimen yang dijalankan, saya memang stick dekat jenama ni je.. Maklumlah, masak tom yam sangat mudah.. Tak payah masak banyak jenis lauk.. Campur je ayam, daging dan sayur-sayuran..



Tom Yam paste favorite.. Jenama Peace Brand..


Resepi Tom Yam Ayam Daging cara saya.. 
Hahaha.. Suka-suka bagi nama..

Bahan-bahan (2 orang) :
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 inci halia - di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
1 batang serai - di ketuk
Cili padi (ikut suka) - di ketuk
3 Sudu besar tom yam paste segera
Ayam dan daging potong kecil
Bunga kobis, lobak merah, cendawan, putik jagung, tomato
Jus limau nipis
Garam
Daun ketumbar
4 cawan air


Cara-cara :

Tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi dan tom yam pes segera, menggunakan sedikit minyak (saya memang guna sikit je minyak zaitun).. Bila naik bau, masukkan air.. 

Masukkan ayam dan daging.. Biarkan sebentar.. Bila sudah mendidih, masukkan jus limau nipis dan garam.. 

Akhir sekali masukkan sayur, sayuran. Kecilkan api sebentar, kemudian matikan api..Tabur hirisan daun ketumbar sebelum menghidang..


Selamat mencuba..



Selasa, Disember 31, 2013

Mertua vs Menantu

Salam blogger... Bila teringat drama bersiri mertua vs menantu di astro, senyum sendiri.. Macam-macam ragam mertua dan menantu bila tinggal sebumbung..

Sebelum kahwin, tidak terlintas langsung yang saya akan tinggal sebumbung dengan mertua atau ipar-duai.. Kami hanya mampu merancang, DIA yang menentukan..

Drama kami mencari rumah dan menumpang di rumah akak ipar boleh check dalam post Teratak Pertama SHAHAYANA.. Bulan ketiga perkahwinan, kami dapat rasa hidup berdua selama sebulan setengah.. Disebabkan  ibu dan bapa mertua saya selalu sakit dan perlu berulang-alik ke hospital, kami buat keputusan untuk bawa ayah, ibu dan adik Shah tinggal bersama.. Maklumlah, Sekurang-kurangnya, kami boleh jaga makan minum mereka..

Perkara asas bila tinggal sebumbung ni, hormat dan bertolak-ansur.. Hati orang tua sangat sensitif, mengalah adalah tindakan paling efektif.. Dari sudut positif, balik kerja rumah bersih, makanan dah siap terhidang, baju siap berlipat.. Kadang-kadang timbul rasa segan.. Memang ada Pro & kontra.. Tapi yang penting bersabar, bersabar, bersabar & positif.. Shah anak lelaki sulung.. Tanggungjawab saya agak berat sebab terpaksa ambil alih tugas Shah yang hari-hari kerja overtime sampai malam.. Uruskan keperluan rumah, kesihatan serta masalah ibu bapa mertua & adik beradik ipar..


Tips Tinggal Sebumbung dengan Mertua (Pengalaman saya)

1.                  Biasakan Diri & Bergaul Mesra
Biasakan diri dengan rutin keluarga mertua & cuba bergaul mesra.. Contohnya, cara pemakanan & aktiviti yang selalu mereka lakukan.. Saya biarkan je.. Makan je apa yang mertua masak.. Kalau terlalu pedas, saya kurangkan kuah.. Tak semua aktivi mereka saya sertai.. Tapi saya tolak cara baik & bagi alasan yang munasabah..

2.                  Ringan Tulang
Pandai-pandai bawa diri.. Bantu ibu mertua buat kerja rumah.. jangan jadikan mereka seperti orang gaji..

3.                  Tanggungjawab seorang isteri
Jangan abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.. Ingat, tindak-tanduk kita diperhatikan dan dinilai.. Contohnya, layan suami makan, ambilkan air bila suami pulang kerja..

4.                  Beri Ruang & Mengalah
Seorang ibu ada naluri ingin jadi contoh yang baik kepada menantu dalam menangani keluarga.. Jadi, bagi je mereka menang.. Tak payah nak pertikaikan walaupun cara kita tak sama.. Kalau bab memasak pun sama.. Tapi bila turn saya masak, baru saya ikut cara saya..

5.                  Jangan Kedekut
Bab bagi makan orang tua jangan kedekut.. Insya’ Allah murah rezeki.. pasti ada bahagian lain untuk kita.. 

6.                  Jangan campur tangan dalam perdebatan keluarga
Kalau mereka berkumpul sekeluarga, saya akan bagi peluang untuk mereka berbincang tanpa saya..

7.                  Cipta ruang privasi
Minta perhatian dengan cara yang sangat baik kepada mertua tentang ruang privasi terutamanya bilik tidur.. Nasib baik bilik kami ada bilik air..

8.                  Percaya pada pasangan
Ingat!!!.. Percaya pada suami.. Walaupun mertua atau ipar duai bercerita macam-macam, sila percaya pada suami anda.. Berbincang jika terdengar perkara yang mencurigakan dan jangan terus melenting..


Ahad, September 22, 2013

Kuasa Ajaib Seorang Isteri



Salam.. Tajuk tak boleh blah.. Hahaha.. Off topic pasal wedding.. Sebelum kahwin, mak bapak selalu bising yang saya ni tak pandai masak dan buat kerja rumah.. Tapi lepas kahwin, bapak saya boleh kata dia respect dengan Shah yang terer buat saya berubah.. Statement yang tak boleh blah dari seorang bapa mertua yang sangat sporting..

Sebenarnya, bukan Shah yang paksa saya berubah.. Kadang-kadang dia yang bising kata saya ni tak reti duduk diam, asyik kehulur-kehilir buat kerja rumah.. Siap bagi green light tak payah masak.. 

Entahlah, lepas kahwin, tetiba rasa macam ada magic aka kuasa ajaib.. Tetiba je pandai masak, pandai buat kerja rumah.. Zaman sekarang, semua maklumat dihujung jari.. Search je kat google untuk cari resepi.. Tapi tak payah ikut bulat-bulat.. Ikut kesesuaian citarasa sendiri.. Kadang-kadang saya call mak saya mintak pendapat.. Kakak ipar mati-mati kata yang saya ni memang pandai masak, kononya saja buat-buat tak pandai.. Alhamdulillah setakat ni, kebanyakan eksperimen memasak saya menjadi.. Apa je masakan yang Shah mengidam nak makan, saya usahakan.. Sekarang ni pun banyak blog dari ex-b2b yang share macammana nak susunatur rumah.. Lebih-lebih lagi sekarang ni dah ada rumah sendiri.. Sibuk dok google susunatur perabot..

Kepada B2B, tak payah risau yang korang tak pandai masak atau buat kerja rumah.. Yang paling penting, korang kena confident tapi berhati-hati bila masak.. Jangan over confident pulak.. Tak payah fikir selera orang, kalau tekak kita rasa sedap, insya Allah suami pun akan kata sedap.. Pasal rumah, automatik akan pandai sebab sesiapa pun tak suka tengok rumah sendiri bersepah kan?..

Saya selalu refer Dapur Tanpa Sepadan by CMG atau My Resipi bila search resepi.. Resepi dari blog Dari Dapur Madiha pun best juga..

Adik-adik saya siap risau bila saya duduk rumah mertua & rumah kakak ipar.. Takut saya kena marah tak pandai buat kerja rumah.. Huhuhu.. Saya jadi kan mak saya ikon.. Walau letih ataupun sakit, beliau tetap masak untuk kami sekeluarga.. Lepas kahwin, Shah selalu cakap "Ruginya tak kahwin awal".. 


Isnin, September 09, 2013

Teratak Pertama SHAHAYANA..


Happy Monday.. Harini, off topic pasal wedding.. Nak cerita kehidupan lepas kahwin..

Lepas majlis persandingan, kami bermalam di rumah keluarga saya.. Satu malam je.. Lepas tu, kami bermalam di rumah keluarga Shah 2 malam.. Bukan pilih kasih ye kawan-kawan, sebab rumah saya tak banyak bilik.. Kesian pulak kat makcik n pakcik yang masih blom hilang penat bantu majlis saya kena tidur luar sebab nak bagi can kat pengantin.. Huhuhu..

Lepas tu, kami terus pindah masuk rumah kakak Shah.. Kira kakak ipar saya lah kan??.. Nak tau kenapa kami tak cari rumah sendiri?.. Banyak drama sebenarnya sebelum majlis kami berlangsung.. Dari A sampai Z, semuanya jadi isu.. Tapi kami cuba bersangka baik.. Alhamdulillah dipermudahkan..

Sebulan sebelum majlis, kami dah cari rumah sewa yang sangat menepati citarasa kami.. Pakcik tuan rumah tu pun berjanji seminggu sebelum majlis kami, kami boleh masuk rumah dan serah deposit.. Tapi malangnya, pakcik tu tak dapat dikesan bila sampai waktunya.. Lagi seminggu, mana ada masa nak cari rumah lain.. Akhirnya, Shah buat keputusan tinggal sementara di rumah kakak dia, yang betul-betul berhadapan dengan rumah mak mertua saya..

Mula-mula rasa kekok tinggal dengan ipar, banyak dugaannya.. Tapi saya cuba biasakan diri.. Bukan senang nak cari rumah sewa.. Bila dapat, kami kena tunggu lagi sebulan tunggu penyewa sebelumnya keluar.. Akhirnya, selepas dua bulan menumpang dirumah kakak ipar, kami dapat mulakan hidup berdua.. 

Ruang tamu dari pintu masuk..

Pelik sikit sebab masuk je nampak meja makan dulu, dapur sebelah kanan.. Lepas tu baru ruang tamu.. Perabot asas je.. Kami sedang kumpul sikit-sikit.. Kebanyakan perabot kami angkut dari rumah keuarga, kawan-kawan bagi.. Untung juga kerja dalam bidang hartanah ni.. Kadang2 client dah nak letgo TV, Negotiator kami yang uruskan residential akan tanya saya nak x.. Alhamdulillah, semua yang asas kami ada..

Dah sebulan kami bermastautin di rumah ni.. Mak dan Ibu mertua yang menyumbangkan idea untuk susun-atur perabot.. Langsir, mak saya jahitkan khas untuk saya.. Sweetkan??..




Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...