Memaparkan catatan dengan label Kad Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kad Kahwin. Papar semua catatan

Isnin, Mac 17, 2014

Review - Kad Kahwin (RedCard)


Kad kahwin, kami order yang readymade je.. Memang tak ada masa nak design.. Maklumlah kami adalan Wedding Planner untuk majlis kami sendiri.. Disebabkan saya ni pembaca setia Majalah Pesona Pengantin, saya jumpa iklan promosi kad kahwin dari RedCard..


Kami terus walk-in ke kedai mereka dan terus pilih.. Isi borang & bayar deposit.. Selepas tu, kami hanya berbalas email untuk confirmkan isi kandungan.. Untuk peta lokasi rumah pengantin, saya lukis sendiri guna aplikasi "Coral Draw".. Saya cuma nak pastikan penerima kad kami jelas dengan peta lokasi.. Saya juga masukkan kod GPS bagi memudahkan pengguna GPS..

Walaupun kami hanya perlukan 700 kad, tapi promosi hanya untuk minimum 1,000 keping.. Kami proceed je dengan 1,000 keping sebab harga yang lebih murah..


Alamat RedCard di Johor Bahru :

Red Card Marketing (M) Sdn. Bhd.
66, Jalan Indah 1, Taman Bukit Indah, 
Johor Bharu, 81200 Johor Bahru, 
Johor. 


Customer service mereka semasa edit isi kandungan dan font memang best.. Tapi, barang promosi taklah semengah yang diiklankan.. Contohnya, kad terima kasih yang diberi percuma, memang saya tak guna.. sebab langsung tak sama dengan kad.. Tapi memang tak dinyatakan pun dalam iklan ianya dari design yang sama.. Memang ada pro & kontra bila beli barang promosi.. Jadi saya redha..  

Sumber : RedCard website..


Saya pilih design ni sebab, kena dengan konsep majlis resepsi kami iaitu Konsep Jawa..

Pesanan saya kepada b2b, semakin hampir hari perkahwinan, sila lah bersangka baik dan redha.. Pasti majlis akan berjalan dengan lancar.. Kalau kita meroyan, semua jadi kelam-kabut dan tak rasa happy pun masa majlis berlangsung..


Selasa, Februari 11, 2014

Kad Kahwin Adik - Warna Tema Biru + Pink


Alasan klishe saya lama tak update blog adalah, sangat sibuk.. Menguruskan kerajaan rumah-tangga sebagai timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan.. Hahaha.. Sebenarnya saya sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan adik perempuan saya.. Last minute preparation, sebab bakal pengatin sibuk sangat.. Adik saya staff nurse di hsajb (hospital yang paling bz di JB ni)..

Konsep majlis beliau adalah "Garden".. So, warna tema boleh campur-campur.. Combine majlis dengan pihak lelaki juga macam majlis saya dulu.. Mudah, jimat masa & kos.. Penat pun sekali.. Majlis nikah pun buat pada hari yang sama dan di dewan yang sama..

Kad kahwin adik saya.. 

Warna tema kad adalah biru & pink.. Hasil design pihak lelaki, mereka hantar printing je.. So, kami memang tak ambil port atas typing error dan sebagainya.. Maklumlah, kad sponsor..




Jumaat, April 26, 2013

Kad Kahwin "SHAHAYANA" Dah Siap


Kad kahwin kami dah siap!!!.. Banyak drama sebelum kad sampai ke tangan kami.. Alhamdulillah, kami tempuhi dengan sabar..


Hehehe.. Rasa lain bila nampak nama sendiri dekat kad.. Terharu, bangga, seram.. Semua ada.. Hampir semua persiapan, kami berdua yang buat sendiri.. Dua-dua keluarga kurang ambil bahagian.. Tapi ada hikmahnya walaupun banyak yang kami ter"ambil hati".. Sekurang-kurangnya, kami boleh buat keputusan sendiri.. Maklumlah bajet memang kami keluarkan sendiri.. Kalau banyak sangat campur-tangan tak ter"bajet" lak kami nanti.. Nasib baik kawan-kawan banyak bagi sokongan.. Sebab tu rasa touching sangat bila dapat kad ni..

Kad yang biasa.. Tapi bersesuaian dengan konsep majlis saya.. Konsep "Jawa".. Masih hutang cerita tentang warna tema, konsep majlis dan banyak lagi.. Teringin juga nak kad yang comel bagai.. Tapi Shah kata macam "Kad Harijadi".. Huh, menyampah kan??..

Pasal vendor, saya akan review kemudian..


Sesi menulis nama & melipat kad.. Sila abaikan suasana yang bersepah itu.. Siapa nak, angkat tangan!!!.. Belum edar lagi.. Bulan May baru start open event kat facebook..


Selasa, April 16, 2013

Draft Kad Kahwin

Salam b2b.. Draft Kad Kahwin.. Rasa lain bila nampak nama sendiri.. Berdebar-debar + Bangga + Seram-sejuk.. Peta saya lukis sendiri guna Coral Draw.. GPS Code guna google maps.. 

Saya pilih ready made card je.. Mula-mula berangan nak design.. Tapi disebabkan sekarang ni kerja kat ofis ni berlambak-lambak, terpaksa lupakan niat tu.. Pilih kad ni sebab menepati konsep majlis kami.. Lain kali saya cerita pasal konsep dan tema majlis ye..

Kad yang sangat murah.. Mesti b2b yang rajin baca majalah Pesona Pengantin pernah nampak gambar kad ni.. Bila kad siap saya akan review vendor kad..


p/s : Doakan persiapan kami dipermudahkan NYA.. Amin..


Jumaat, Disember 28, 2012

Idea Kad Kahwin - Tiket F1

Hi everybody.. Rinduuuuu sangat dengan korang.. Dah bersawang blog ni.. Bila virus "M" melanda, memang tak boleh nak kata apa lah.. Arini "mood" rajin dah datang.. Mari kita mulakan dengan bismillah..

Harini nak share tentang idea kad kahwin.. Majlis kawan adik saya..

Kad Kahwin - Tiket Formula 1


Credit to : AE Multiskill Services

p/s : Bagi yang suka menonton wayang, mungkin boleh guna idea ni.. Mesti seronok kalau dapat tiket wayang yang besar.. huhuhu..


Rabu, Disember 09, 2009

Jatoh Chenta..

Sebagai secretary, aku cuma busy bila bos aku busy je.. dah 3 ari dia tak msok ofis.. so, aku memang free.. memandangkan notebook memang betapa kat atas meja aku, tangan ni pun gatal lah nak tanya en. google.. tetiba je aku rasa cam dah jatoh chenta ngan kad kawen ni.. tang tu jugak idea nk men-DIY muncul.. hehehe..

Ahad, Disember 06, 2009

DIY Kad Kahwin

Lately bz skit.. Kakak Shah kawen. So, saja menyibuk nk tolong gak.. Atas permintaan semua famly Shah, aku design kad kawen tok dyorg. Very simple, kad lipat 3..



Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...