Jumaat, April 26, 2013

Kad Kahwin "SHAHAYANA" Dah Siap


Kad kahwin kami dah siap!!!.. Banyak drama sebelum kad sampai ke tangan kami.. Alhamdulillah, kami tempuhi dengan sabar..


Hehehe.. Rasa lain bila nampak nama sendiri dekat kad.. Terharu, bangga, seram.. Semua ada.. Hampir semua persiapan, kami berdua yang buat sendiri.. Dua-dua keluarga kurang ambil bahagian.. Tapi ada hikmahnya walaupun banyak yang kami ter"ambil hati".. Sekurang-kurangnya, kami boleh buat keputusan sendiri.. Maklumlah bajet memang kami keluarkan sendiri.. Kalau banyak sangat campur-tangan tak ter"bajet" lak kami nanti.. Nasib baik kawan-kawan banyak bagi sokongan.. Sebab tu rasa touching sangat bila dapat kad ni..

Kad yang biasa.. Tapi bersesuaian dengan konsep majlis saya.. Konsep "Jawa".. Masih hutang cerita tentang warna tema, konsep majlis dan banyak lagi.. Teringin juga nak kad yang comel bagai.. Tapi Shah kata macam "Kad Harijadi".. Huh, menyampah kan??..

Pasal vendor, saya akan review kemudian..


Sesi menulis nama & melipat kad.. Sila abaikan suasana yang bersepah itu.. Siapa nak, angkat tangan!!!.. Belum edar lagi.. Bulan May baru start open event kat facebook..


4 ulasan:

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...