Memaparkan catatan dengan label Wedding Day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wedding Day. Papar semua catatan

Selasa, Februari 18, 2014

Review - DIY Tudung, Veil Nikah & Beading


Post kali ni banyak sikit gambar.. Antara projek DIY saya adalah Tudung Nikah, Veil Nikah & Beading..


Tudung nikah..

Saya beli kain satin yang kurang berkilat 1 meter, potong empat segi sama dan suruh tailor tolong jahit tepi.. Siap.. Saya pun ada spare kan tudung bawal putih sebagai back-up plan.. Tapi pada hari kejadian saya guna tudung diy saya sebab, kain satin lebih keras.. senang nak bentuk daripada tudung bawal..

Post yang lepas saya ada share tentang projek DIY veil nikah dalam post Nagoya Sale - Lace & Teaser - DIY Veil Nikah

Pandangan veil saya dari belakang.. Masa ni baru selesai majlis nikah.. Gambar candid yang adik saya ambil.. Kononnya raja sehari sedang memerhatikan rakyat jelata yang sedang makan di khemah.. Huhuhu..

Saya beli kain chiffon 1.5 meter di Nagoya dan potong bentuk half moon.. Terserlah kerendangan saya berbanding Shah kan? Sebab tu saya tak pilh veil yang panjang.. Tak nak nampak makin rendang lah kononnya..

Pearl yang saya jahit sendiri.. 

Saya ada post tentang Shopping Online - Mix Pearl sebelum ni.. Tapi pearl warna turquoise tu saya beli di Indonesia masa bercuti dengan keluarga.. Dah lama saya simpan, ~akhirnya berguna jua (ala-ala Rahim SepahTu..)..


Cara saya pakai veil..

Veil dari pandangan sisi..

Tambah aksesori pada tudung..

Beading pada veil & baju nikah sedondon..





Sabtu, September 21, 2013

Review DIY Bilik Pengantin



Salam Sabtu.. Harini saya nak review bilik pengantin yang saya DIY dengan my flower girl & pakcik saya.. Basic yang sama seperti Review DIY Pelamin Nikah, menggunakan tirai yang sangat simple.. Dan masih mengekalkan Warna Tema Majlis Pernikahan saya iaitu BIRU + TURQUOISE + PINK..

Hanya kain tabir warna TURQUOISE +  Bunga-bungaan - Ayer Itam milik saya.. Yang lain-lain pinjam dari kakak ipar.. Dan yang paling penting bajet yang sangat ciput.. Alhamdulillah, semakin hampir hari majlis walaupun masih banyak dugaan namun banyak juga perkara yang dipermudahkan..





Jumaat, September 20, 2013

Review DIY Pelamin Nikah


Hi everybody.. Harini, saya nak share tentang salah satu projek DIY saya iaitu Pelamin Nikah.. Tukang buat pelamin adalah saya, Shah, kakak Shah & Suami beliau.. Sebenarnya, saya nak buat tirai yang sangat simple + 2 Pasu Bunga - Romantika  + Bunga-bungaan - Ayer Itam.. Tetiba kakak Shah offer nak buatkan pelamin mini dan pinjam most of decoration item dari kakak ipar beliau yang merupakan mak andam.. Actually kakak Shah ni mula nak berjinak-jinak dalam dunia andaman..

3 hari sebelum majlis nikah, semua peralatan sampai rumah.. Malam tu jugak kami pasang.. Siap stage.. Over kan???.. Dah lah rumah kecik.. Huhuhu.. Idea, memang pengantin cerewet ni yang tentukanlah.. Warna Tema Majlis Pernikahan saya ialah BIRU + TURQUOISE + PINK..

Bab panjat-panjat & ketuk-ketuk adalah tugas lelaki ye.. Kami takde pantang pun konon tak boleh jumpa.. Sebab majlis ni diuruskan oleh kami sendiri.. So, memang tak sempat nak berpantang-pantang.. Cuma kami takde masa nak dating.. Biasanya kami keluar mesti atas urusan persiapan kahwin dan tak keluar berdua.. Samada adik beradik, kawan atau parents temankan..

Masa nak buat pelamin ni pun ada sikit-sikit drama.. Tapi boleh settle.. Takde idea la, stapler gun rosak lah, cable tie lupa beli, last minute nak cari kayu spin, wayar spotlight tak sampai lah.. Saya cuba bertenang.. Kena ada skill komunikasi supaya orang yang nak membantu tak terasa hati bila kita luahkan idea & pendapat.. Akhirnya, berbaloi.. Walau tak gah, namun saya dapat pelamin mini dengan bajet yang ciput dan kebanyakan barang adalah FREE..


Rupa mini pelamin sebelum pasang spotlight.. Cuma pasu, bunga dalam pasu, kain warna TURQUOISE & bunga telur milik saya.. Yang lain semua adalah barang pinjam..








Selasa, September 03, 2013

Review - Make-up

Salam 1 blogger, ampun bebanyak.. Kehidupan lepas kahwin sangat sibuk.. Kerja kat ofis pun semakin banyak.. Ni free pun sebab bos pergi business trip kat London..

Memandangkan saya banyak hutang, hari ni kita mulakan dengan review make-up.. 




Dua hari yang buat saya perasan yang saya adalah seorang perempuan yang cantik.. Giler perasan kan??? Huhuhu.. 


Kak Iena dari Clasic Bridal House


Ni assisstant Kak Iena.. Lupa lak nama dia..






Rabu, Jun 19, 2013

31 May 2013


Salam Blogger.. Mintak ampun banyak-banyak kat kawan-kawan blogger.. Banyak sangat post saya tak update.. Nak buat Save the Date pun tak sempat.. Banyak sangat drama sebelum dan selepas majlis.. Buat saya hilang mood nak meng-update.. Mungkin semua tu dugaan.. Tapi, Alhamdulillah.. Kami selamat menjadi suami isteri dengan sekali lafaz..








Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...