Jumaat, September 20, 2013

Review DIY Pelamin Nikah


Hi everybody.. Harini, saya nak share tentang salah satu projek DIY saya iaitu Pelamin Nikah.. Tukang buat pelamin adalah saya, Shah, kakak Shah & Suami beliau.. Sebenarnya, saya nak buat tirai yang sangat simple + 2 Pasu Bunga - Romantika  + Bunga-bungaan - Ayer Itam.. Tetiba kakak Shah offer nak buatkan pelamin mini dan pinjam most of decoration item dari kakak ipar beliau yang merupakan mak andam.. Actually kakak Shah ni mula nak berjinak-jinak dalam dunia andaman..

3 hari sebelum majlis nikah, semua peralatan sampai rumah.. Malam tu jugak kami pasang.. Siap stage.. Over kan???.. Dah lah rumah kecik.. Huhuhu.. Idea, memang pengantin cerewet ni yang tentukanlah.. Warna Tema Majlis Pernikahan saya ialah BIRU + TURQUOISE + PINK..

Bab panjat-panjat & ketuk-ketuk adalah tugas lelaki ye.. Kami takde pantang pun konon tak boleh jumpa.. Sebab majlis ni diuruskan oleh kami sendiri.. So, memang tak sempat nak berpantang-pantang.. Cuma kami takde masa nak dating.. Biasanya kami keluar mesti atas urusan persiapan kahwin dan tak keluar berdua.. Samada adik beradik, kawan atau parents temankan..

Masa nak buat pelamin ni pun ada sikit-sikit drama.. Tapi boleh settle.. Takde idea la, stapler gun rosak lah, cable tie lupa beli, last minute nak cari kayu spin, wayar spotlight tak sampai lah.. Saya cuba bertenang.. Kena ada skill komunikasi supaya orang yang nak membantu tak terasa hati bila kita luahkan idea & pendapat.. Akhirnya, berbaloi.. Walau tak gah, namun saya dapat pelamin mini dengan bajet yang ciput dan kebanyakan barang adalah FREE..


Rupa mini pelamin sebelum pasang spotlight.. Cuma pasu, bunga dalam pasu, kain warna TURQUOISE & bunga telur milik saya.. Yang lain semua adalah barang pinjam..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...