Memaparkan catatan dengan label Konsep Garden. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konsep Garden. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 08, 2014

DIY Hantaran Adik (Part 2) - Konsep Garden



Salam Jumaat, harini saya nak bayar entry tertunggak DIY Hantaran Adik (Part 1) - Konsep Garden.

Saya DIY hantaran untuk adik saya yang ke-2.. Majlis dah lama berlalu, 14.2.2014.. Harini baru rajin nak update.. Maaf quality gambar yang kurang memuaskan..


Saya guna fake flower petal untuk cover bantal hantaran.. Gigih saya menampal satu-satu 
guna gam uhu.. Demi adik tersayang.. Huhuhu.. Sampai demam dibuatnya..


1. Sirih Junjung..


2. Tafsir Al-Quran..


3. Cincin..


4. Jam Tangan


5. Kasut..


6. Perfume..


7. Baju Kemeja..


8. Coklat..


9. Cupcake..

Rabu, Februari 12, 2014

DIY Hantaran Adik (Part 1) - Konsep Garden


Salah satu tugas saya untuk majlis adik saya adalah DIY Hantaran.. Disebabkan majlis nikah & reception mereka pada hari yang sama, memang tak sempat saya nak guna fresh flower.. Saya kan kakak sulung, mesti kena menepek kat dewan sepanjang hari.. Lagi pun majlis mereka kebetulan  jatuh pada "Hari Valentine's Day" (walau kami tak berniat nak sambut).. Mesti fresh flower mahal masa ni.. Saya guna fake flower je..

Tapi, saya buat kelainan sikit pada hantaran ni bagi membuktikan hantaran guna fake flower pun cantik tau.. Saya guna fake flower petal warna cream.. Beli dekat PSB Ayer Itam.. RM4.90/pckt.. Adik saya request hantaran guna bantal.. Saya guna bantal polistrin je, jimat masa.. Sedang gigih membahagikan masa bekerja, mengurus rumah tangga dan menguruskan majlis adik.. Nantikan hasilnya!!!..

Fake Flower Petal


Selasa, Februari 11, 2014

Kad Kahwin Adik - Warna Tema Biru + Pink


Alasan klishe saya lama tak update blog adalah, sangat sibuk.. Menguruskan kerajaan rumah-tangga sebagai timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan.. Hahaha.. Sebenarnya saya sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan adik perempuan saya.. Last minute preparation, sebab bakal pengatin sibuk sangat.. Adik saya staff nurse di hsajb (hospital yang paling bz di JB ni)..

Konsep majlis beliau adalah "Garden".. So, warna tema boleh campur-campur.. Combine majlis dengan pihak lelaki juga macam majlis saya dulu.. Mudah, jimat masa & kos.. Penat pun sekali.. Majlis nikah pun buat pada hari yang sama dan di dewan yang sama..

Kad kahwin adik saya.. 

Warna tema kad adalah biru & pink.. Hasil design pihak lelaki, mereka hantar printing je.. So, kami memang tak ambil port atas typing error dan sebagainya.. Maklumlah, kad sponsor..




Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...