Sabtu, Disember 20, 2014
Hari-hari Masak Walau Bekerja - Tom Yam Paste Segera
Selasa, Disember 31, 2013
Mertua vs Menantu
Sebelum kahwin, tidak terlintas langsung yang saya akan tinggal sebumbung dengan mertua atau ipar-duai.. Kami hanya mampu merancang, DIA yang menentukan..
Drama kami mencari rumah dan menumpang di rumah akak ipar boleh check dalam post Teratak Pertama SHAHAYANA.. Bulan ketiga perkahwinan, kami dapat rasa hidup berdua selama sebulan setengah.. Disebabkan ibu dan bapa mertua saya selalu sakit dan perlu berulang-alik ke hospital, kami buat keputusan untuk bawa ayah, ibu dan adik Shah tinggal bersama.. Maklumlah, Sekurang-kurangnya, kami boleh jaga makan minum mereka..
Perkara asas bila tinggal sebumbung ni, hormat dan bertolak-ansur.. Hati orang tua sangat sensitif, mengalah adalah tindakan paling efektif.. Dari sudut positif, balik kerja rumah bersih, makanan dah siap terhidang, baju siap berlipat.. Kadang-kadang timbul rasa segan.. Memang ada Pro & kontra.. Tapi yang penting bersabar, bersabar, bersabar & positif.. Shah anak lelaki sulung.. Tanggungjawab saya agak berat sebab terpaksa ambil alih tugas Shah yang hari-hari kerja overtime sampai malam.. Uruskan keperluan rumah, kesihatan serta masalah ibu bapa mertua & adik beradik ipar..
Tips Tinggal Sebumbung dengan Mertua (Pengalaman saya)
Ahad, September 22, 2013
Kuasa Ajaib Seorang Isteri
Isnin, Julai 16, 2012
Stress Semasa Membuat Persiapan Perkahwinan..
Sekarang ni, FFIL saya tengah menunggu giliran untuk operation kat HSA.. Nasib baik bukan penyakit yang kritikal.. Cuma pembedahan kecil.. Tapi saya cuba berpandangan positif.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. Sedikit tips dari saya :
- Bila dengar perkara yang kurang menyenangkan, sila BERTENANG.. Tarik nafas dalam2.. Jangan panik..
- Jangan suka dengar khabar angin atau cakap2 orang.. SIASAT dulu.. Dikhuatiri sebab khabar angin, kamu berperang dengan tunang kamu.. Walaupun yang memberi khabar tu keluaga sendiri atau bakal keluarga.. Kadang2 mereka ni pun cuma dengar khabar angin..
- Yang paling penting, jangan buat keputusan sendiri.. BINCANG... Lelaki rasa terabai kalau kita tak bincang dengan mereka walau sebenarnya kita memang dah buat keputusan.. Sekurang2nya, kita dengan pendapat mereka..
- LUAHKAN perasaan pada orang yang rasional lebih baik berbanding keluarga.. Kata2 keluarga biasanya akan berat sebelah.. Kawan yang baik mestilah orang yang menegur kamu jika kamu salah, bukan yang sentiasa menyokong setiap tindakan kamu..
- Cari cara ALTENATIF untuk menangani stress.. Kalau saya dan Shah, biasanya kami suka pergi lepak kat Stulang, dengar bunyi ombak sambil mkn tahu bakar atau steambot.. Ataupun lepak kat Hutan Bandar sambil bagi makan ikan atau kura2 kat tasik.. Masa ni lah kami bebincang dan fikirkan PLAN B..
- BERDOA.. Minta dari DIA dipermudahkan segala urusan..
Walau nampak remeh dan senang, tapi bukan mudah untuk melaksanakannya.. Mungkin Ex-B2b ada tips yang boleh dikongsi untuk hadapi stress..
* Doakan kami supaya dipermudahkan segala urusan.. AMIN..
Isnin, Februari 27, 2012
Perabot sebagai hantaran.
Tips hantaran yang sangat praktikal..
p/s : Nak cadangkan pada Shah..
Jumaat, Februari 17, 2012
Restu Ibu Bapa Penting!!!..
Tak kira Majlis Merisik, Pertunangan, Pernikahan, Persandingan mahupun Bertandang penglibatan keluarga amat penting.. Memang majlis tu majlis kita, tapi tanpa restu ibu bapa, tak berkat majlis.. Walaupun ibu bapa cerewet, pendapat mereka berbeza, sekurang-kurangnya cuba libatkan mereka.. Jangan abaikan mereka walaupun majlis kamu tak guna sesen pun duit mereka..
Bila dapat restu dari mereka, insya'allah perjalanan majlis akan lancar dan dipermudahkan..
-----------------------------------------------------------------------------
Kisah benar.. bukan nak menceritakan keaiban orang lain.. Cuma sekadar berkongsi pengajaran.. Kadang-kadang kita terlepas pandang..
Zaman sekarang bercinta, tak kenalkan pun si teman lelaki pada ibu bapa.. Nak betunang pun cuma beritahu si bapa, keluarga si dia nak datang pada sekian tarikh (tanpa kenalkan pada ibu bapa) dan bagi duit untuk jamuan makan.. kecik ati ibu bapa tu kan?
Hantaran, baju, pendek kata semua lah.. tak update pun kat si ibu bapa ni.. sampaikan orang tua risau jadi ke x?.. risau saudara-mara datang majlis x jadi..
Sehari sebelum majlis si kakak hantar hantaran ke rumah, kawan2 hantar doorgift, baru lah tau si anak pakat wat semua di rumah si kakak.. keciknye hati si ibu..
Pada hari majlis, pihak lelaki x sampai2 sbb tayar pancit, maklumlah dari utara ke selatan.. perjalanan yang sgt jauh.. Si bapa dah nak mengamuk, risau majlis x jadi.. tetamu ada yang terpaksa pulang sebab lama menunggu.. Malunya si bapa..
Si anak dalam bilik mula menangis, bergaduh dgn si bakal tunang sebab lambat sgt.. Masa tu baru rasa bersalah pada si ibu bapa walaupun hanya ibu tiri.. Tapi dia tetap Ibu.. Teringat nak mintak maaf pada si ibu bapa.. Selepas tu, majlis pun berjalan dengan lancar..
Isnin, Mac 14, 2011
Khamis, Februari 10, 2011
Pengantin LUPA Ucap Terima Kasih???
Riview pasal restoran pun boleh kena saman.. Buat ulasan tentang isu semasa pun boleh kena saman.. Hal politik & agama lagi sensitif.. Kongsi idea pun kadang2 jadi isu bila idea tu sama atau hampir sama dengan orang lain.. Tapi saya sangat menyokong istilah "credit".. Tuan punya idea atau orang yang memanjangkan idea lebih rasa dihargai..
Berbalik pada tajuk asal..
Sebaik selepas majlis akad nikah, biasanya pengantin terus peluk mak bapak, mak bapak mertua, ipar-duai, rombongan mertua.. Tiba2 OP panggil suruh bergambar.. Lepas bergambar, terus layan rombongan lelaki makan (maklumlah, isteri dan menantu mithali).. Bila rombongan lelaki balik, sambung layan kawan2 bergambar pula.. Maklumlah excited jadi raja sehari..
Terlupa nak jumpa adik-beradik, pakcik-makcik, orang kuat majlis untuk ucap terima kasih.. Dulu, saya tak perasan pun perkara ni.. Tapi bila saya jadi antara orang yang dilupakan tu, terasa juga.. Lagi2 dengar makcik-pakcik yang bertungkus lumus, mula merungut.. Mungkin si pengantin terlupa.. Tapi ianya jadi pengajaran dan peringatan pada saya.. Semoga saya tak lupa.. Maklumlah, kata Tun Dr. Mahathir.. Melayu Mudah Lupa..
Bila fikir balik, bila masa sesuai nak selitkan sessi berterima kasih??
- Mungkin boleh minta OP tunggu sementara pengantin jumpa saudara-mara.. (Customer always right)
- Biasanya pengatin buat ucapan terima kasih pada majlis sanding.. Mungkin boleh tukar dalam majlis nikah..
- Atau semasa pihak lelaki menjamu selera, ambil kesempatan jumpa saudara-mara walaupun mereka didapur.. (mesti mereka lebih semangat nak sambung kerja sebab rasa dihargai)
- Kalau tak sempat, lepas rombongan lelaki balik pun boleh..
Mungkin rakan2 blogger ada pendapat lain untuk selitkan sessi berterima kasih.. Kadang2 terlepas pandang.. Lepas majlis mak bapak yang malu bila saudara-mara terasa hati..
Selasa, Disember 14, 2010
Cincin Risik + Tunang
Cincin risik Shah pilih untuk saya.. Beli masa Tahun Baru Cina yang lepas.. Dah lama kan kami peram cincin ni.. Kami beli dekat Wah Chan Giant Plentong, Johor.. Ada promosi sempena Tahun Baru Cina..
Tips 1 : Harga emas turun masa Tahun Baru Cina.. Saya tak tau kenapa.. Tapi itu hakikatnya.. FMIL yang bagi tips ni.. Sebab dia ramai kawan berbangsa Cina..
Cincin tunang, FFIL yang pilih.. Bakal bapa mertua saya ni macam faham-faham je taste saya dan bajet Shah.. Bila dia tunjuk je, hati saya melompat2 riang.. Kami beli di Kedai emas di Smart, Johor Bahru. Kedai betul2 dekat pintu masuk..
Tips 2 : Sila bawa orang tua & berurusan terus dengan tokey kedai.. Mesti dapat harga yang best..
Tips 3 : Pergi kedai emas biasa je kalau kamu nak tawar menawar.. Mungkin design tak semegah kedai emas besar dan terkemuka, tapi kamu pasti boleh jumpa design yang sesuai dengan citarasa kamu..
Tips 4 : Sebaik sahaja jurujual bagitau harga, terus bagitau harga yang kamu inginkan kat tokey kedai.. Kena pandai2 kira berat emas dengan harga emas di pasaran.. So, kamu kena pandai2 bodek tokey untuk kurangkan harga upah.. Jangan guna ayat ni, "Kasi kurang sikit la tokey".. Ayat biasa yang diorang akan jawab, "Sudah bagi banyak kurang la boss, untung tak banyak la"..
Harap membantu b2b yang baru nak beli cincin.. :)
Isnin, September 06, 2010
Saya Sudah Booking Bridal..
Saya pilih Classic Bridal House.. Masa saya sampai, kak Iena tengah tunggu student yang nak join kelas make-up.. Saya dan mak disambut dengan sangat mesra.. Memang PR diorang tip-top.. Mak seperti biasalah.. "Ikut suka korang la" sambil tersenyum simpul..
Perkara yang kami bincangkan :-
- Deposit - Saya dah bayar deposit 10%..
- Pakej - Harga yang saya dapat memang best.. Tips untuk b2b lain, kalau pasangan kita sedaerah atau senegeri (ada ke perkataan ni???).. Lebih baik guna bridal yang sama, mesti harga boleh runding..
- Warna Tema - Bincang warna tema dua2 rumah.. Akan buat entry khas untuk warna tema hasil perbincangan saya dan Kak Iena.. Tips : sila bincang dengan mak andam tentang warna yang kita suka.. Mungkin combination colour yang kita pilih sebenarnya kurang match atau kurang meletop..
- Konsep - Cadangan konsep yang Kak Iena bagi agak menarik.. Juga akan buat entry khas pasal ni.. Tips : sila bagitau mak andam apa yang kita dah beli seperi doorgift, interior.. Jadi mereka boleh cadangkan konsep yang bersesuaian..
Khamis, Ogos 19, 2010
Isnin, Jun 21, 2010
Theme Colour (3)

Source from Mr. Google..
Gold & Putih, theme colour kat rumah Shah.. White & Red, theme colour kat rumah saya (Walaupun saya x ske pakai baju kaler merah)..
Slalu kita dengar, pengantin tenggelam dalam warna.. Warna baju pengantin sama ngan pelamin.. Kalau kaler pelamin gold, baju pengantin, baju pengapit, baju mak bapak pengantin, scallop khemah, suma nak kaler gold.. Sampai susah nak cam mana satu mak pengantin..
Nak mintak jasa baik kengkawan bagi cadangan dari segi pelamin, baju pengantin, baju mak bapak pengantin, pengapit, flower girl, scallop khemah.. Senang kata colour combination yang sesuai.. Memanglah kat google banyak, tp kebanyakan idea berani mat salleh.. memandangkan saya ni terpaksa mengambil kira ajk majlis yg terdiri drpd kaum keluarga yg kurang updated, so kena cari combination colour yg boleh diterima pakai oleh semua lapisan umor.. huhuhu.. (banyak songeh lak b2b ni kan???...)
Isnin, Jun 14, 2010
Camna Nak Anggarkan Tetamu, Makanan, Doorgift????
Perkara yang ganggu feel cuti saya, Camna Nak Anggarkan Tetamu, Makanan, Doorgift????.. Tetiba banyak lak soalan yg bermain kat kepala ni..
Orang slalu kata, makanan kena doublekn daripada jumlah tetamu yang dijemput..
Tapi orang slalu lupa, semua yg dijemput 2, confirm dtg ke?
Saya lak kata, kalau terlalu banyak yg terlebih kan membazir..
(pengalaman join wedding sedara-mara, rasa sedih ble tgok nasi & lauk-pauk yg x terhabis dihumban dalam parit dgn kejamnya.. wah, drama..)
Yang paling saya bingung, doorgift pun nak doublekan ke? Kalau jemputan saya 500, nk prepare 1000 doorgift ke? Pengsan kejap..
Saya rasa ramai gak b2b yg pening pikir hal ni.. So, kepada ex-b2b sila2 la share pengalaman anda ye.. Timakaceh...
Jumaat, April 30, 2010
Perlu Ke, Pelamin Mini? - Bab 2
5 sebab..
- Bilik saya x cukup besar untuk tampung rombongan lelaki + kawan2 yg nk b'gambo nnti..
- FFIL, Bakal adik ipar, kawan2 lelaki saya mesti segan nk masuk bilik b'gambo dgn saya dalam bilik walaupun bilik dihias cantik..
- Gambo moment disarung cincin 2 amat penting. So, x nk lah sampai OP t'paksa b'sesak smpai x dpt angle yg baik..
- Saya nk b'gambo dgn bapak sy.. Kalau kwn2 perempuan sy penuh kat dlm bilik, sure bapak sy yg pemalu 2 x nk b'gambo dgn sy.. huhuhu, dah la sy ni ank bapak..
- Saya x nak kwn2 sy yg dok dlm bilik utk teman sy, malu nk kuar g makan sama2 ngan rombongan lelaki (mengalahkan bakal pengantin lak..) sbb sy x pasang khemah bagai..
Khamis, Mac 04, 2010
Petua Seri Wajah
Sy terbaca entry ni kat pakarhowto.com & nak share dengan blogger yg lain.. Ada beberapa petua mudah untuk menjadikan muka kita lebih berseri iaitu :
Petua melicinkan kulit muka
1. Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. (Buat seperti masker)
2. Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering
3. Cuci muka dengan air bersih.
4. Ulang sebanyak 3 kali seminggu
Anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
Petua menaikkan seri wajah
1. Ambil air kelapa tua.
2. Sapukan ke muka.
3. Biarkan sampai kering sehingga beberapa minit.
4. Basuh muka anda dengan bersih.
InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.
Petua menghilangkan parut jerawat
1. Mula-mula ambilkan sedikit madu
2. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk.
3. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat.
4. Lakukan setidak-tidaknya 2 hari sekali.
Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
Jumaat, Januari 22, 2010
Petua Tradisional
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.
Hilangkan Daki dan Bau Badan
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.
Ketiak Hitam
Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Hilangkan Parut
Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.
Khasiat Oat
Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.
Menurunkan Berat Badan
- Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
- Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
- Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
- Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.
Perut Buncit
Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.
Sengal Tulang
Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan.
Keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Isnin, Januari 11, 2010
Adat Perkahwinan Melayu
MERISIK ATAU MENINJAU
Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.
UPACARA PEMINANGAN
Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang.
UPACARA MENGHANTAR TANDA
Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.
HANTARAN BELANJA
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.
MENJEMPUT
Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.
UPACARA NIKAH
Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.
BERINAI BESAR
Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.
HARI PERSANDINGAN
Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.
SAMBUT MENANTU
Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.
Khamis, Disember 17, 2009
Menu Diet Untuk Seminggu (2)
Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu
Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad
Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren
Panduan:
-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat
Indeks Jisim Tubuh ( BMI )
BMI = | |
Berat (kg)
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m ) |
Jika BMI anda adalah
|
Anda adalah
|
Kurang daripada 18.5
|
Kurang Berat Badan
|
18.5 hingga kurang 25
|
Normal
|
25 hingga kurang 30
|
Berlebihan Berat Badan
|
30 atau lebih
|
Kegemukan / Obesiti
|
Selasa, Disember 15, 2009
Menu Diet Untuk Seminggu..
Terbaca entry ni tapi x ingat lak web mana.. tetiba teringat kat sorang blogger yang sedang berusaha nak gemukkan badan..
Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping tosai+dhal + 1 biji kuih apam + nescafe susu
Minum Pagi: 2 biji karipap + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 1 ekor ikan masak kari + 1/2 cawan kangkung goreng + 1 potong betik + air suam
Minum Petang: 2 biji pau kacang kukus + teh tarik
Makan Malam: 1 pinggan mee goreng + 1 biji epal
Snek: 1 gelas susu penuh krim
Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 3 keping roti + 2 sudu jem/kaya & marjerin + milo susu
Minum Pagi: 2 biji tauhu sumbat + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 2 ketul rendang ayam + 1/2 cawan sayur campur + 1/2 biji jambu batu + air suam
Minum Petang: 1 biji jagung kukus + nescafe tarik
Makan Malam: 1 keping roti nan, 1 ketul ayam tandoori, 1 mangkuk dhal, 1 gelas air lobak susu
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 biji buah epal
RabuBangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 mangkuk mee kari + 1 biji kuih keria + teh tarik
Minum Pagi: 2 keping kuih ketayap + air suam
Makan Tengahari: 3 potong pizza + 1 mangkuk salad + 1 gelas air sirap limau + 1 biji pisang emas
Minum Petang: 2 ketul vadai + teh o
Makan Malam: 1 mangkuk nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan kailan goreng + 1 gelas jus buah
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 biji buah oren
KhamisBangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping roti telur + nescafe susuMinum Pagi: 2 biji cucur badak + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 1 mangkuk sup tulang/ayam dan isinya + 1/2 cawan sayur hijau + 1 biji epal + air suam
Minum Petang: 2 ketul pulut panggang + teh O
Makan Malam: 1 ketul burger + 1/2 cawan kentang goreng + 1 biji limau + 1 gelas air suam
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 keping roti bakar
JumaatBangun Pagi: 1 gelas susu penuh krimSarapan: 3 keping roti & 2 sudu marjerin + 1/2 cawan kacang panggang + 1 biji telur hancur + nescafe susu
Minum Pagi: 2 ketul kuih seri muka + air suam
Makan Tengahari: 1 cawan nasi briyani + 1 ketul ayam masak merah + 1/2 cawan sayur campur + 1 potong tembikai + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 1 mangkuk bubur kacang hijau + teh O
Makan Malam: 1 keping capati + 1 ketul ayam masak kari + 1/2 cawan kobis goreng + 1 gelas air suam
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 ketul burger
SabtuBangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 mangkuk lontong + 1 gelas jus oren
Minum Pagi: 3 keping biskut krim kraker + 1 gelas nescafe O
Makan Tengahari: 1 pinggan spagheti + 1 mangkuk salad + 1 biji pir + air suam
Minum Petang: 2 ketul puding roti + teh tarik
Makan Malam: 1 mangkuk nasi + 1 ekor ikan bakar + 1/2 cawan sup sayur + 1 gelas air buah
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1/2 biji buah jambu batu
Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping roti telur + kuah dhal + 1 gelas teh tarik
Minum Pagi: 1 cawan yoghurt buah-buahan
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi ayam+ 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad & timun + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 1 pinggan rojak buah + 1 mangkuk ABC
Makan Malam: 1 pinggan mee bandung + 1 gelas air buah + 1/2 biji mangga
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 2 keping roti bakar
Masih Belum Ada Rezeki
L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...
-
Hi everybody!!!!.. dah ramai yang buat entry ni, saya baru terkedek-kedek nak post.. Harap2 bloger2 sekalian sudi exchange link dengan saya...
-
S alam B2B.. Hari ni saya nak cerita tentang bank draft atau dikenali sebagai banker cheque.. Maklumlah, tak de cheque book.. Guna lah Bank...
-
Maaf semua.. Satu lagi entry basi.. Disember lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson.. Sambil bercuti, sambil bershopping bara...



