Khamis, Januari 17, 2013

Paper Bag - VR Star, Nilai 3

Maaf semua.. Satu lagi entry basi.. Disember lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson.. Sambil bercuti, sambil bershopping barang kahwin.. Adik kedua saya punya last minute plan.. Lagipun memang dia dah berjanji nak sponsor doorgift saya.. Alhamdulillah, rezeki orang nak kahwin.. Huhuhu.. Balik tak sempat nak update blog sebab banyak perkara berlaku.. Dugaan..

Kami sewa apartment 2 bilik.. Sangat berbaloi daripada sewa hotel.. Paling mahal pun RM200.. Kalau sewa bilik, mahu RM800++ untuk dua bilik..

Hasil tangkapan di VR Star, Nilai 3.. Paper bag & uncang.. Harga memang sangat berbaloi.. Kalau nak dibandingkan dengan kedai lain kat Nilai, saya rasa VR Star paling mengancam.. Ingat x entry tentang Dulang Hantaran yang adik saya tolong belikan kat VR Star jugak.. Saya ingatkan nak request paper bag yang murah-murah je.. Tapi orang yang sponsor pilih ni.. Mak bapak saya semua pun excited nampak beg ni.. Tapi memang cantik sangat sebab hot stamp.. Ambil 2 warna.. Merah dan gold (Insya'allah, tema majlis resepsi).. Lagipun, kami pergi bukan semata-mata ke Nilai.. Memang niat nak bercuti..

Niat di hati memang malas nak paper bag bagai.. Tapi biasa lah, mak sibuk nak sumbat macam-macam.. Tu yang kena pakai paper bag.. Kalau tak kerana kami bawak satu kereta je, memang memborong sakan kat sana.. Nasib baik Gen 2 CPS bonet besar.. Belum barang lain yang mak shopping.. Baju kami untuk 3hari 2 malam lagi.. Lain kali kena bawak van.. huhuhu..

2 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...