Jumaat, Januari 04, 2013

Dugaan Bertunang - Kemalangan Ngeri

Salam 1 Malaysia.. Post yang lepas (Dugaan Bertunang - Penyakit Tibi Kelenjar/ Sarafsaya janji nak cerita tentang kemalangan ngeri yang menimpa Shah pada 29 Dis 2012.. Terlebih dahulu, saya minta maaf sebab entry kali ni panjang bejela.. mesti korang rasa bosan baca..

Pukul 10pm 28 Dis 2012, Shah call saya bagitau yang dia baru balik kerja tapi nak terus pergi Pasir Gudang nak ambik abang angkat dia.. Pukul 12.30am, dia call lagi bagitau on the way balik dari Pasir Gudang, tapi bukan dia yang memandu sebab dia letih sangat.. Dia janji akan call saya bila sampai rumah.. Saya rasa lega, sekurang-kurangnya dia boleh tidur sementara sampai rumah..

Saya terlelap.. Pukul 1.30am, ayah Shah call.. Pelik juga kenapa bukan Shah yang call.. "Jangan terkejut ye.. Ayah nak bagitau ni, Shah accident.. Kereta terbalik, sekarang dalam rawatan..". Rasa nak gugur jantung, tapi saya kuatkan semangat, kejutkan parents minta izin nak ke hospital.. Mak saya sibuk nak ikut sambil menangis.. Mungkin dia risau saya memandu sorang-sorang pukul 2am..

Sampai hospital ibu Shah terus peluk saya dan bagitau Shah masih dalam ICU.. Kecut perut sebab tak sangka begitu serius..

Adik Shah minta tolong Jururawat kat ICU untuk benarkan saya tengok keadaan tunang saya.. Bila nampak dia terbaring dengan penuh lumpur, saya rasa nak pitam.. Dia langsung tak bergerak, cuma mata je berkaca-kaca.. Saya cuma berbisik kat dia, "Sayang, awak mesti kuat, saya tunggu awak.." Masa tu saya risau tentang banyak perkara.. Lagi 3 bulan nak kahwin dugaan yang amat berat..

Yang peliknya, 3 orang dalam kereta, hanya Shah yang masuk ICU.. Pemandu dan penumpang belakang cedera ringan je.. Mereka kata, pemandu mengantuk dan bawa laju.. Nasib Shah tarik handbreak.. Tapi pemandunya panik dan masih tekan minyak.. Tu yang kereta berpusing dan terbalik.. Shah tercampak dalam lumpur.. Ambulan tak dapat datang sebab tak cukup pemandu.. Nasib baik ada van yang berhenti tawar diri hantar ke hospital.. Diorang kata, masa tu nafas Shah dah tak stabil..

Tapi, Alhamdulillah kecederaan Shah tak terlalu serius.. Tulang rusuk retak, kena jahit sikit kat tangan, luka-luka kat tangan, perut dan belakang badan.. Dah seminggu Shah kemalangan.. Saya pun tak sangka dia cepat sembuh.. Saya paksa dia makan vitamin C (keringkan luka) dan pati ikan haruan (untuk sembuhkan luka dalaman)..

Kalau tengok dari keadaan kereta, orang ingat penumpang sebelah pemandu mesti mati sebab bahagian tu yang kemek teruk.. Kereta memang "total lost".. Patut hantar timbang kilo je.. Dah tak ada rupa kereta.. Tapi, jodoh kami masih panjang.. Alhamdulillah..

Shah asyik ucap terima kasih dan minta maaf sebab selalu buat saya sedih dan susahkan saya.. Dia kata rasa macam dapat peluang kedua untuk hidup dan cuba buat yang terbaik.. Rasa sebak setiap kali dia cakap macam tu..

Saya rasa nak tunda skit ke bulan 5, tapi orang sekeliling tak faham masalah saya.. Banyak benda yang saya belum buat disebabkan Shah sakit Tibi Kelenjar/ Saraf, lepastu kemalangan lagi.. Kurang 3 bulan, saya belum tempah katering, dewan, khemah, photog pun belum finalise, belum ambil borang, baju nikah belum hantar tailor.. Shah belum pergi kursus.. Banyak benda belum buat.. Saya perlu kumpul kekuatan.. Siapa boleh bantu saya, sila angkat tangan..

p/s : Ya Allah permudahkanlah urusan kami..



10 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...