Memaparkan catatan dengan label Goodie Bag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Goodie Bag. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 13, 2015

DIY Doorgift - Homemade Chocolate


Salam Jumaat.. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Hasbullah Awang & Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Sayu rasa pagi ni.. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin..

Kesinambungan dari post Majlis Tunang Adik Bongsu, kami bagi homemade chocolate.. Kami bungkus 4 biji (2 coklat + 2 coklat putih) dalam plastik dan masukkan ke dalam tupperware kecil..








Selasa, November 26, 2013

MU Birthday Party Goodie Bag

Mintak maaf semua.. Kemalasan mengupdate blog yang tidak dapat dielakkan..

Tempahan dari officemate untuk suprise birthday party yang berkonsepkan Machester United.. Home made popcorn + home made puding + personalised paper bag + personalised label..


Sabtu, Mac 03, 2012

Brown Paper Bag

Kawan baik masa sekolah, mintak saya buatkan doorgift untuk majlis pertunangan dia.. Warna tema adalah hijau kuning..



design Thank You Tag Sticker by myself..


Hasilnya..

Isi dalam brown paper bag tu saya masukkan :-


keropok jagung Bin Bin (2 pcs)..

Twiggies coklat @ vanila (1 pcs)


Keropok Mony (digoreng & di re-packing)..




Khamis, Disember 30, 2010

Doorgift & Menu Majlis Risik + Tunang

Entry kali ni nak share tentang door gift dan menu semasa Majlis Risik + Tunang pada 5 Dec lalu..

Door gift :

Kalau blogger masih ingat post DIY Door Gift - Box (3).. Saya jadikan box tu sebagai goodie bag.. Rupa box tu setelah di touch-up..

Maaf, gambar dari hp cap ayam.. OP terlupa nak amik gambo door gift.. Redha, sebab OP free.. Idea asal tak de tangkai.. Tapi mak bising takut orang susah nak pegang.. Jadi, saya pun gunakan reben yang ada sebagai tangkai (pemegang).. Saya lekatkan dari dalam box menggunakan double tape..

Saya cuma masukkan coklat yang kami beli kat Apollo sehari sebelum Majlis.. kan dah kata, majlis kelam-kabut.. jadi, haruslah semuanya last minute.. saya beli terus dari kilang Apollo.. sangat murah, dan berbaloi.. kilangnya tak jauh pun dari rumah.. kat Kawasan Perindustrian Larkin.. Sebenarnya, bos kilang tu client syarikat saya bekerja.. tapi bukan banyak sangat pun saya beli.. x jadi nak amik kesempatan atas hubungan tu.. may be next time, saya borong lebih..



Menu yang sangat simple :

Tetamu ingat kami upah keterer.. Sebenarnya, menu utama dimasak oleh mak saya dan dibantu oleh saya.. Kami memang doublekan.. Tapi ramai yang makan bertambah-tambah.. Bukan 2 kali tambah tau, tapi berkali-kali.. Siap mintak tapau lagi.. Alhamdulillah, memang licin.. Saya & bapak tak sempat rasa.. Tapi, kami puas hati sangat..
  1. Nasi Beriani Ayam (resepi keluarga)
  2. Ayam masak black-paper (resepi keluarga)
  3. Sambal tumis udang harimau
  4. Acar rampai
  5. Karipap (beli yang segera)
  6. Kek marble (sponsor by my bestie)
  7. Agar-agar susu (resepi keluarga)
  8. Air oren Sunquick

Khamis, Ogos 26, 2010

Apa Ada Dalam Goodie Bag?

Sejak dua menjak ni persiapan kahwin agak lembab.. FMIL masuk wad.. Mungkin operation malam ni.. Jadi masa agak cemburu dengan saya.. Saya cuba curi masa untuk berada disisi Shah.. Harap dapat hiburkan hati tersayang yang sedang stress.. Walaupun dah beberapa hari ni kami berbuka puasa dalam kereta.. Tapi saya happy tengok si dia tersenyum..

Entry kali ni nak discuss dengan rakan2 blog tentang "Apa Ada Dalam Goodie Bag?".. Pada mulanya niat saya hanya nak bagi tetamu telur pindang dalam gelas comel yang saya DIY.. Tapi nampak gayanya, mak sibuk tanya pasal goodie bag.. Memandangkan paper bag kat kedai Sri Nona bersesuaian dengan bajet, permintaan mak akan saya pertimbangkan..

Jadi saya harap rakan2 blogger sudi berkongsi idea apa yang patut saya masukkan dalam goodie bag..

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...