Memaparkan catatan dengan label Door Gift. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Door Gift. Papar semua catatan

Selasa, Mac 24, 2015

Doorgift - Majlis Kahwin Sepupu

Salam Tuesday Blues.. Hehehe.. Semalam Johor Public Holiday, arini la baru blues.. Saja nak share idea untuk doorgift yang praktikal, tupperware yang comel.. Boleh DIY kalau kreatif.. Saya dapat dari majlis kahwin sepupu.. Sekarang, tupperware ni saya guna untuk simpan brooch..


Doorgift Tupperware




Jumaat, Februari 13, 2015

DIY Doorgift - Homemade Chocolate


Salam Jumaat.. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Hasbullah Awang & Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Sayu rasa pagi ni.. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin..

Kesinambungan dari post Majlis Tunang Adik Bongsu, kami bagi homemade chocolate.. Kami bungkus 4 biji (2 coklat + 2 coklat putih) dalam plastik dan masukkan ke dalam tupperware kecil..








Selasa, November 26, 2013

MU Birthday Party Goodie Bag

Mintak maaf semua.. Kemalasan mengupdate blog yang tidak dapat dielakkan..

Tempahan dari officemate untuk suprise birthday party yang berkonsepkan Machester United.. Home made popcorn + home made puding + personalised paper bag + personalised label..


Jumaat, Mac 01, 2013

DIY - Bunga Kecil aka Hiasan Doorgift

Salam semua.. Harini saya nak kongsi aktiviti DIY yang sedang saya usahakan dengan bersungguh-sungguh.. Harap korang masih ingat entry DIY Door Gift - Bekas Telur (2).. Bunga kecil sebagai hiasan penyeri cawan tu kurang lagi 300pcs.. 

Memandangkan banyak trend baru, maka tak jumpa lagi patern bunga yang sama.. Harga sekarang mahal okey.. Lebih kurang 45sen / pcs kalau beli banyak.. Nak cari warna yang dikehendaki sangat lah payah.. Setelah meronda dekat 10 kedai masih tak jumpa yang berkenan di hati (Cantik tapi murah..).. Akhirnya, hati nekad untuk DIY.. Huhuhu.. Saje nak tambah kerja, walhal tinggal 3 bulan je lagi..

Proses pembikinan..

Hasilnya..

 
Yang kiri, bunga kecil yang saya beli dulu.. Saja nak bandingkan.. 

Proses pembikinan baru 40%..  Tinggal sikit lagi.. Chaiyok2.. Dengan gigihnya, saya buat sorang-sorang ambil tengok cd drama Korea.. Maklumlah, saya kan anak sulong.. Adik-adik, kalau ajak pergi shopping, laju lah.. Kalau bab creativity ni adalah agak rabun.. Doakan saya.. Urusan melekatkan pada cawan, biar Shah yang buat.. Hahaha (Ketawa jahat).. Segmen mendera bakal suami..




Rabu, Mac 14, 2012

Sticker Nama - Yaasin

Seorang kawan minta saya designkan sticker nama dalam doorgift Yassin sempena Majlis Kenduri Arwah & Tahlil..

Beliau request Black & white je.. Size 11cm x 7cm.. Saya bagi beberapa contoh design..



Mungkin B2b boleh dapat idea untuk Thank you tag kalian.. Happy DIY-ing..

Sabtu, Mac 03, 2012

Brown Paper Bag

Kawan baik masa sekolah, mintak saya buatkan doorgift untuk majlis pertunangan dia.. Warna tema adalah hijau kuning..



design Thank You Tag Sticker by myself..


Hasilnya..

Isi dalam brown paper bag tu saya masukkan :-


keropok jagung Bin Bin (2 pcs)..

Twiggies coklat @ vanila (1 pcs)


Keropok Mony (digoreng & di re-packing)..




Khamis, Disember 30, 2010

Doorgift & Menu Majlis Risik + Tunang

Entry kali ni nak share tentang door gift dan menu semasa Majlis Risik + Tunang pada 5 Dec lalu..

Door gift :

Kalau blogger masih ingat post DIY Door Gift - Box (3).. Saya jadikan box tu sebagai goodie bag.. Rupa box tu setelah di touch-up..

Maaf, gambar dari hp cap ayam.. OP terlupa nak amik gambo door gift.. Redha, sebab OP free.. Idea asal tak de tangkai.. Tapi mak bising takut orang susah nak pegang.. Jadi, saya pun gunakan reben yang ada sebagai tangkai (pemegang).. Saya lekatkan dari dalam box menggunakan double tape..

Saya cuma masukkan coklat yang kami beli kat Apollo sehari sebelum Majlis.. kan dah kata, majlis kelam-kabut.. jadi, haruslah semuanya last minute.. saya beli terus dari kilang Apollo.. sangat murah, dan berbaloi.. kilangnya tak jauh pun dari rumah.. kat Kawasan Perindustrian Larkin.. Sebenarnya, bos kilang tu client syarikat saya bekerja.. tapi bukan banyak sangat pun saya beli.. x jadi nak amik kesempatan atas hubungan tu.. may be next time, saya borong lebih..



Menu yang sangat simple :

Tetamu ingat kami upah keterer.. Sebenarnya, menu utama dimasak oleh mak saya dan dibantu oleh saya.. Kami memang doublekan.. Tapi ramai yang makan bertambah-tambah.. Bukan 2 kali tambah tau, tapi berkali-kali.. Siap mintak tapau lagi.. Alhamdulillah, memang licin.. Saya & bapak tak sempat rasa.. Tapi, kami puas hati sangat..
  1. Nasi Beriani Ayam (resepi keluarga)
  2. Ayam masak black-paper (resepi keluarga)
  3. Sambal tumis udang harimau
  4. Acar rampai
  5. Karipap (beli yang segera)
  6. Kek marble (sponsor by my bestie)
  7. Agar-agar susu (resepi keluarga)
  8. Air oren Sunquick

Isnin, Oktober 25, 2010

Alas Dulang, Yaasin & Cincin

Arini citer pasal entri2 basi ye.. Kalau kwn2 blogger masih ingat tentang post Kedai Aksesori Pengantin - Sri Nona, saya beli alas dulang simple dengan harga yg sangat murah.. RM10 untuk 4 pcs.. maaf kalau kualiti gambar tidak memuaskan hati.. maklumlah tangan saya keras ble pegang camera..


Yaasin ni pulak saya beli kat mydin.. saya pilih yang siap ngan tulisan rumi.. bukan sebab saya tak pas ngaji.. sekurang-kurangnya, orang yang tak fasih baca jawi masih boleh join majlis2 yaasin.. RM2.20/pcs.. tapi kalau beli banyak, RM18 untuk 10 pcs.. jimat 20 sen untuk setiap pcs.. berbaloi la jgk..



saya berangan nak DIY cover yaasin.. macam dalam blog dija*deja.. kalau b2b nak tempah dari blog ni pun boleh..


sumber dari dija*deja


ni pulak, gambar cincin-cincin untuk saya dan shah.. cincin risik, cincin tunang dan cincin batal air sembahyang untuk shah..

ada rombakan dalam majlis kami.. saya akan cerita next time..





Rabu, September 01, 2010

Kelas Membuat Coklat

Bagi B2B yang sangat rajin dalam project DIY, may be boleh buat sedikit pelaburan.. Ikuti kelas Kak Lina www.cutekitchens.blogspot.com. Saya kenal Kak Lina semasa minggu Setiausaha 2010 yang diadakan di Hotel Mutiara. Ramai member yang bagi good review pasal masakan Kak Lina ni..

B2b boleh belajar teknik membancuh hingga ke teknik pembungkusan. Boleh jimat banyak kalau b2b nak DIY coklat sebagai door gift untuk tetamu.. Saya rasa berbaloi kalau buat sedikit pelaburan untuk hasil yang lumayan kan?..

Tepuk dada, tanya selera..

Khamis, Ogos 26, 2010

Apa Ada Dalam Goodie Bag?

Sejak dua menjak ni persiapan kahwin agak lembab.. FMIL masuk wad.. Mungkin operation malam ni.. Jadi masa agak cemburu dengan saya.. Saya cuba curi masa untuk berada disisi Shah.. Harap dapat hiburkan hati tersayang yang sedang stress.. Walaupun dah beberapa hari ni kami berbuka puasa dalam kereta.. Tapi saya happy tengok si dia tersenyum..

Entry kali ni nak discuss dengan rakan2 blog tentang "Apa Ada Dalam Goodie Bag?".. Pada mulanya niat saya hanya nak bagi tetamu telur pindang dalam gelas comel yang saya DIY.. Tapi nampak gayanya, mak sibuk tanya pasal goodie bag.. Memandangkan paper bag kat kedai Sri Nona bersesuaian dengan bajet, permintaan mak akan saya pertimbangkan..

Jadi saya harap rakan2 blogger sudi berkongsi idea apa yang patut saya masukkan dalam goodie bag..

Isnin, Julai 05, 2010

DIY Bunga Telur Silver vs Gold

Frenz ingat x Entry Pusat Aksesori Pengantin? Kami beli bunga telur dengan harga RM19.90 untuk 50pcs. Disebabkan Shah fanatik ngan kaler putih, dia pun pilih bunga kaler putih silver.. Sampai je rumah, mak dia bebel sbb theme colour kat rumah dia kaler gold..

DIY Bunga Telur Silver vs Gold

Bila sampai rumah, saya pun memerah idea camna nak transform bunga tu jadi kaler gold.. Lagipun bunga telur ni akan diletakkan kat pelamin. So, saya nak dia nampak eksklusif. Bermula aktiviti DIY bunga pahar pada hujung minggu yang lalu..

Bahan-bahannya :-

  • Bunga telur murah
  • Tape bunga kaler putih
  • Reben organza kaler gold
  • Reben organza bercorak
  • Reben satin kaler putih & gold
  • Dawai bunga (halus)

Khamis, Mac 04, 2010

DIY Door Gift - Favor Box (final)

Air tangan bakal pengantin..



xtually nk letak tasbih, tp sbb lom bli tumpang letak bangle.. bagi sesapa yg b'minat nk wat box ni, sila check entry ni untuk download template..

aku x kisah pn sesapa yg nk tiru.. tp appreciate skit hasil krj org lain.. at least give them some credit n link 2 that owner blog ke kn?.. so, sejuk skit ati owner 2.. (ceh, luahan ketidakpuasan hati...)

p/s : sebenarnya, ada citer t'sirat disebalik kebengangan ni (btol ke ayat aku ni?).. tp x pe la, biar aku je yg tau..
.

DIY Door Gift - Box (3)

Door gift untuk majlis risik + tunang.. kalau korang baca entry ni mesti dpt bayangkn camna aku nk touch-up box ni..


Tp ni version yg blom tampal sticker n ikat reben..

Recently bz gler dgn krj.. Shah sakit lak 2.. Jatuh kat tmpt krj.. Pergelangan tangan dia retak skit n dpt MC smpai seminggu.. So, blk krj tros g jngok dia kat rumah future MIL.. Konon2 nk jadi bakal istri mithali.. huhuhu...


.

Selasa, Februari 02, 2010

DIY Door Gift - Favor Box (lagi..)

Ini lah hasil favour box yang telah ditouch-up.. Lepas print template, Shah dgn bersungguh-sungguh lipat suma kotak2 ni.. Aku cuma tampal reben + jd Quality Inspector.. Hahaha... Order je kan?..

Khamis, Januari 28, 2010

DIY Door Gift - Favor Box Template

Sila download pdf file untuk template DIY Door Gift - Box :

DIY Door Gift - Box Template

  • Aku guna paper A4 160gm.. terpulang kat korang nk guna paper apa..
  • Jgn lupa double tape, gunting / cutter
  • Page 1, tutup box.. Page 2, box yg bawah lah (x tau nk panggil apa)..
  • Garisan putus2 - gunting / potong
  • Garisan biasa - lipat
  • Ble dah siap, jgn lupa hiaskan secukup rasa..

Tips :
  • Suggest guna A4 paper drpd kertas size yg lebih besar sbb leceh nak ukur, lukis lg.. kalau guna A4, korang cuma fotostat template kat atas ni.. then gunting ikut garisan.. simple n jimat masa..
  • Tak semestinya kena ikut exactly kat garisan template. Biasanya ble dah lipat, korang kena pandai2 adjust skit.. Sbb, aku draw template ni guna imaginasi aku yg ske berangan ni.. Maklumlah, curi waktu kerja.. Tp korang jgn risau sbb aku dah aplikasikan template tu, gerenti jadik..

DIY Door Gift - Favor Box

Hari ni nak citer pasal box yg telah kami DIY untuk letak Tasbih (Ingat tak entry Tasbih Cinta).. Tolong abaikan mejaku yg b'sepah itu.. Ni versi belum siap hias ngan reben..



p/s : korang rasa, patut tak aku post template utk buat box ni? Mslhnya, ada ke org yg berminat nk buat?

Rabu, Januari 20, 2010

Tasbih Cinta..

Macam tajuk citer lak.. Discuss ngan Shah pasal door gifts time nikah. Yang best nye, Shah mesti layan stiap kali aku bukak citer pasal wedding preparation.. Itu yang buat tambah sayang.. hehehe.. Jangan ada yang muntah darah ble baca entry ni ea.. hik3..

Mula-mula ktorang berkenan ngan surah yassin yang siap print nama, tp ble dikaji cam kurang sesuai lak.. Mana tau ada yang period atau letak sepah2 ke.. Macam2 kebarangkalian yang kami pikir.. At last, ktorg decide nak bagi tasbih (pengaruh citer ni)..

Ahad, Januari 17, 2010

DIY Door Gift - Bekas Telur (2)

Ingat lagi x entry lepas, ni la hasilnya..



-



-



-



-



-
tadaaaa...

Baru 65% siap.. Akanku siapkan dengan penuh semangat.. chaiyoo2.. Air tangan pengantin k.. Tak terdapat dipasaran.. Tak leh tunjuk lelebih.. Nanti tak suprise lak.. Klu org nak copy pun, biarlah lepas november.. Yang penting aku jadi perintis k..

Aku plan nak isi telur pindang (anak jati Johor la katakan..).. Aku buat special untuk tetamu yang datang.. May b ada yg rasa cam awal sangat buat door gift.. Tapi pada aku, biarlah.. Tak nak telepas pandang ble majlis dah nak dekat nanti.. Bukannya nak perfect sgt.. Selagi boleh elak, kita elak.. Masa tu, lagi banyak benda yg nak difikirkan..

Rabu, Januari 13, 2010

DIY Door Gift - Gift Box (2)

Terharu sangat masa kol my dear (shah) smalam..

me : ngah wat pe 2? (ayat wajib tanya stiap kali tepon)
shah : tengah siapkan kte punya gift box.. tinggal skit lagi ni, t da siap baru i kol u balik ea..
me : ... (speechless)
shah : nape ni?
me : u ni teruk la..
shah : nape syg?
me : menyampah la dgn u ni, ske buat i terharu tau..
shah : x de la, ni kan tanggungjawab i jgk..
me : ye la, tp biasa mana de lelaki yg b'sungguh2 nk main gunting2 kertas ni, keje remeh la katakan..
shah : x kan la buat persiapan kahwin kita, benda remeh.. klu camtu, kte kahwin pun kira remeh la..
me : tima kasih syg..

sori, kalau ada yg nyampah ngan entry yg gedix ni.. biasanya, ktorang buat gift box ni sesama stiap kali shah cuti.. tp smalam kan dia keje, so x sangka yang balik krj dia trus ngadap gift box 2..

ble da siap touch-up suma aksesori kat gift box tu aku akn post gambar dia.. arini lepas krj nk g check hasil kerja shah la.. cam Q.C lak hik3... but seriously, he always make me touching... waaaa... (air mata terharu)

Selasa, Januari 05, 2010

Pusat Aksesori Pengantin

Lama x update blog.. bz skit sjak akhir2 ni..
bz wat survey..

Semalam, g survey kdai aksesori pengantin ngan my dear..
Saje jek nk cri bunga telur murah2..
Then jumpa..
Memang xcited gler RM19.90 (50 pcs)..
Memang murah banget..
Tp bunga telur yg biasa je la..
Harga brg kat kdai ni mmg agak murah dr kat tmpt lain (maksud aku kat jb)..
Drpd g jauh2 kat Ayer Itam kn?..
Save skit minyak..

Bride to be dr jb leh la pegi kdai 2 kat Pandan City (Dpn Psr Borong Pandan)..
Nama kdai tu PUSAT AKSESORI PENGANTIN OK (memang OK)..
Depan Hotel Pandan..xtually kat situ ada 2 kdai..
Tp kdai yg aku pegi ni, kdai bru..
Sbb bru bkk, so harga memang best gler..
Paper bag pn murah2 then blh mntk tawar lg..
Owner dy pn friendly..

So, dgn hati yg b'bunga2, aku pn borong ar kat kdai 2..
Sambar bunga telur 150 pcs (wat tmbh2), alas dulang 9 pcs, ribbon 12 roll (utk wat doorgift) dan paper bag 100 pcs..
My dear pn x ketinggalan shopping cam pompuan..
Dia pn amik bunga telur 100 pcs, kaki pahar dan souvenir utk my famly..
Abes RM300++ gak..
Tp ok kn harga tu, kira mampu la..

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...