Khamis, Mac 28, 2013

Bank Draft - Duit Hantaran

Salam B2B.. Hari ni saya nak cerita tentang bank draft atau dikenali sebagai banker cheque.. Maklumlah, tak de cheque book.. Guna lah Bank Draft..

Family Shah nak hantar duit belanja, tapi takut nak bawa cash bebanyak.. Walaupun rumah sebelah taman je.. Maklumlah, zaman sekarang ni macam-macam jenayah.. Kalau bank-in je, bank-in slip tu kecik sangat.. Bapak saya rabun skit.. So, kami buat keputusan untuk buat bank draft..

Contoh borang..

Contoh bank draft..

Senang je cara nak beli bank draft ni.. Isi borang (mintak kat customer service).. Saya bawak cash sebab bank RHB kat ground floor bangunan ofis saya je.. Siap-siap bawak cash, sebab ATM Machine boleh keluar maksimum RM2,000 je sehari.. Kalau ada buku bank senang lah.. Saya boleh lupa pulak letak buku bank kat mana.. Kalau nak deduct dari account bank, kena pastikan buat dekat bank tempat kita bukak account bank tu.. Leceh skit lah.. Tapi tak tau lah bank lain, RHB punya prosedur macam tu..

Bila clear kan bank draft ni, prosedur nya sama macam cek biasa.. Masuk kat cheque deposit machine & amik masa 2 - 3 hari bekerja..

* Sharing is caring.. Mana lah tau tips ni berguna kepada b2b yang lain..

p/s : Sebenarnya, banyak perkara yang saya tak sempat nak update.. Tinggal 2 bulan lebih je lagi.. Sibuk dengan kerja lagi.. Dan-dan ni lah assistant saya nak berhenti lak.. Kusut2.. Kawan-kawan, doakan kami ye..



2 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...