Isnin, April 08, 2013

HIV Test - Hospital Sultanah Aminah, JB


Salam 1 Malaysia.. Seperti biasa entry basi.. Sejak akhir-akhir ni sangat sibuk dengan persiapan kahwin.. Maklumlah kami berdua uruskan sendiri..

13/3/2013, kami ambil cuti.. Konon-konon nak pergi Pejabat Agama untuk ambil borang permohonan kebenaran nikah..

Pej. Agama Islam Daerah Johor Bahru,
Aras 2 Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jln Masjid Abu Bakar,
80990 Johor Bahru.

Sampai je tingkat 2, Shah terus pergi kaunter pertanyaan / Kaunter borang.. Tapi, kata akak kat kaunter tu, sesiapa yang nikah bulan April onwards, kena isi borang permohonan nikah on-line.. Sistem e-NCR.. Jadi, kami hanya ambil borang ujian HIV.. Percuma ye kawan-kawan..



Belakang borang, terdapat senarai jadual klinik kesihatan yang buat HIV test di Johor Bahru.. Tapi gambar tak berapa clear.. Sila rujuk jadual di bawah..


KK Majidee
Isnin
Waktu Pejabat
KK Tampoi
Isnin
Waktu Pejabat
KK Pasir Gudang
Selasa
Waktu Pejabat
KK Kempas
Selasa
Petang
KK Tebrau
Rabu
Waktu Pejabat
KK Masai
Rabu
Waktu Pejabat
KK Ulu Tiram
Khamis
Petang
JPL (OPD) HSA
Khamis
Petang
KK Ibu & Anak Johor Bahru
Jumaat
Waktu Pejabat
KK Larkin
Jumaat
Waktu Pejabat
KK Gelang Patah
Jumaat
Waktu Pejabat


14/03/2013, kami sambung cuti.. Sebab hari Khamis, kami pergi Hospital Sultanah Aminah.. Tapi bahagian Pesakit Luar ye kawan-kawan.. kat Jalan Mahmoodiah.. Masa ni, Shah tak sihat.. Jadi, saya ambil alih tugas jadi driver.. Mungkin dia terlalu letih dan stress sebab nak bahagikan masa dengan kerja dan persiapan kahwin.. Tapi dia gagahkan diri jugak pergi.. Saya nampak dia sangat serius.. Wah, jatuh cinta sekali lagi rasanya.. Suka tengok lelaki yang bersungguh-sungguh.. Alhamdulillah ujian ni tak lama.. 

Isi borang siap-siap, Ambil nombor.. Kena isi borang dari pihak HSA.. Tunggu, bila dipanggil bagitau diorang yang kita nak ambil ujian HIV & serahkan borang.. Diorang akan bagitau kena pergi bilik mana untuk ambil darah.. Bila dipanggil, kita akan diberi penerangan sikit tentang ujian ni.. Kami berdua ambil masa dalam 15 minit je.. Ada charge 20 sen sorang untuk sampul surat.. Kalau korang nak bawak sampul surat siap-siap pun boleh.. Sampul surat size biasa je.. Bukan yang besar ye.. Mudah je rupanye..

Bila dah siap, kalau negative, nurse akan serahkan sampul surat yang di seal untuk diserahkan kepada pejabat agama bersama borang permohonan nikah nanti.. Kalau positive, diorang akan terus serahkan kes pada doktor untuk ambil alih.. Ujian ni valid untuk 6 bulan..

Sharing is caring.. Harap info ni dapat membantu b2b lain..

p/s : Doakan urusan kami dipermudahkan..



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum sis, nak tanya.. hmm.. saringan tu sis buat sama2 dgn si dia ye? atau sis buat utk sorang aje? kalau psgn kita tu bukan orang sama negeri, boleh kan buat saringan tu sekali? :)

    BalasPadam
  2. nak tnya, xpe kan kalau kita buat hiv test kat daerah lain..?

    BalasPadam

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...