Memaparkan catatan dengan label Thank you tag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Thank you tag. Papar semua catatan

Rabu, Disember 24, 2014

DIY Sticker - Thank You Tag for Doorgift


Salam Rabu.. Harini saya sibuk buat back-up (salinan pendua) data dalam komputer, terjumpa pula design sticker untuk Thank You Tag untuk Doorgift Majlis Persanding saya.. Saya buat design serupa dengan design kad kahwin saya dari Red Card Marketing (M) Sdn. Bhd.  Sila lihat post Review - Kad Kahwin (RedCard)..

Sebenarnya, saya dapat free TQ tag semasa tempah kad, tapi design langsung tak sama & tak de print nama kami.. Saya malas nak complaint sebab barang free.. Lagipun salah saya sebab tak tanya banyak tentang free gift masa tempah kad.. Jadi saya ambil keputusan buat sendiri.. Saya guna software CorelDRAW X3.. Guna design kad kahwin (sedih dengan TQ tag yang diberi percuma).. Print kat office guna kertas sticker yang disponsor oleh family in-law.. Jadi, kos saya DIY sticker kali ni adalah RM0 + usaha dan kreativiti.. Hehehe, jimat-jimat..





Selasa, November 26, 2013

MU Birthday Party Goodie Bag

Mintak maaf semua.. Kemalasan mengupdate blog yang tidak dapat dielakkan..

Tempahan dari officemate untuk suprise birthday party yang berkonsepkan Machester United.. Home made popcorn + home made puding + personalised paper bag + personalised label..


Rabu, Mac 14, 2012

Sticker Nama - Yaasin

Seorang kawan minta saya designkan sticker nama dalam doorgift Yassin sempena Majlis Kenduri Arwah & Tahlil..

Beliau request Black & white je.. Size 11cm x 7cm.. Saya bagi beberapa contoh design..



Mungkin B2b boleh dapat idea untuk Thank you tag kalian.. Happy DIY-ing..

Sabtu, Mac 03, 2012

Brown Paper Bag

Kawan baik masa sekolah, mintak saya buatkan doorgift untuk majlis pertunangan dia.. Warna tema adalah hijau kuning..



design Thank You Tag Sticker by myself..


Hasilnya..

Isi dalam brown paper bag tu saya masukkan :-


keropok jagung Bin Bin (2 pcs)..

Twiggies coklat @ vanila (1 pcs)


Keropok Mony (digoreng & di re-packing)..




Khamis, Disember 30, 2010

Doorgift & Menu Majlis Risik + Tunang

Entry kali ni nak share tentang door gift dan menu semasa Majlis Risik + Tunang pada 5 Dec lalu..

Door gift :

Kalau blogger masih ingat post DIY Door Gift - Box (3).. Saya jadikan box tu sebagai goodie bag.. Rupa box tu setelah di touch-up..

Maaf, gambar dari hp cap ayam.. OP terlupa nak amik gambo door gift.. Redha, sebab OP free.. Idea asal tak de tangkai.. Tapi mak bising takut orang susah nak pegang.. Jadi, saya pun gunakan reben yang ada sebagai tangkai (pemegang).. Saya lekatkan dari dalam box menggunakan double tape..

Saya cuma masukkan coklat yang kami beli kat Apollo sehari sebelum Majlis.. kan dah kata, majlis kelam-kabut.. jadi, haruslah semuanya last minute.. saya beli terus dari kilang Apollo.. sangat murah, dan berbaloi.. kilangnya tak jauh pun dari rumah.. kat Kawasan Perindustrian Larkin.. Sebenarnya, bos kilang tu client syarikat saya bekerja.. tapi bukan banyak sangat pun saya beli.. x jadi nak amik kesempatan atas hubungan tu.. may be next time, saya borong lebih..



Menu yang sangat simple :

Tetamu ingat kami upah keterer.. Sebenarnya, menu utama dimasak oleh mak saya dan dibantu oleh saya.. Kami memang doublekan.. Tapi ramai yang makan bertambah-tambah.. Bukan 2 kali tambah tau, tapi berkali-kali.. Siap mintak tapau lagi.. Alhamdulillah, memang licin.. Saya & bapak tak sempat rasa.. Tapi, kami puas hati sangat..
  1. Nasi Beriani Ayam (resepi keluarga)
  2. Ayam masak black-paper (resepi keluarga)
  3. Sambal tumis udang harimau
  4. Acar rampai
  5. Karipap (beli yang segera)
  6. Kek marble (sponsor by my bestie)
  7. Agar-agar susu (resepi keluarga)
  8. Air oren Sunquick

Jumaat, April 09, 2010

Sticker - Thank You Tag

Merujuk kepada entry yang lepas DIY Door Gift - Gift Box (terpengaruh ngan surat rasmi ni..).

Maka tercipta la design sticker yg bakal dilekatkan pada Gift Box untuk Majlis Risik + Tunang.. Ni bru draft..



p/s : Sedang Happy.. sebabnya, gaji naik lagi.. hahaha... alhamdulillah, rezeki org nk kahwin..


Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...