Memaparkan catatan dengan label Konsep Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konsep Perkahwinan. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 10, 2013

Warna Tema & Konsep Majlis Persandingan


Salam blogger.. Warna tema majlis persandingan SHAHAYANA adalah PUTIH + MERAH + GOLD..

Source from Here 

Memandangkan kami berdua adalah Anak Jawa, konsep majlis kami adalah Jawa.. Padahal, saya tak pandai & tak faham pun bahasa Jawa.. Tapi keluarga kami adalah Jawa sejati.. Walaupun tak berapa nampak Jawa sangat, kami cuba masukkan elemen-elemen Jawa dalam majlis kami..


Tengok ticker tinggal 3 minggu.. Saya masih berfoya-foya.. Ya Allah, kau permudahkan urusan perkahwinan Muhamad Shafiq bin Shari dan Radiana binti Agus.. Amin..

p/s : Doakan kami ye kawan-kawan..


Jumaat, Mac 16, 2012

Rabu, Februari 23, 2011

Tukar Konsep, Boleh???

Tetiba rasa macam nak tukar konsep.. Maklumlah, saya ni rambang mata.. Nampak orang buat javanese, saya pun sbok nak jugak.. Orang buat konsep kayangan, saya jeles.. Orang buat Arabian concept, saya pun teringin nak.. Moroccan pun sama, Tradisional pun cantik, Moden Kotemporari pun not bad.. English lagi..

Saya suka vintage, tapi sepupu Shah dah buat konsep yang sama.. Sangat tak best kan???.. Masih sempat tukar konsep rasanya.. Any idea???..

Family saya dah dok bising sebab saya masih dalam mood berfoya-foya.. Sebenarnya, saya tak tau nak start dari mana..

Dalam diam-diam, DIY Door Gift - Bekas Telur (2) saya dah hampir 90% siap.. Chaiyo2..

Isnin, Oktober 25, 2010

Vantage vs Javanese Garden

Saya nak langsaikan hutang saya dalam post Saya Sudah Booking Bridal.. tentang KONSEP PERKAHWINAN.


Sila jamu mata dulu ye..


source from google


Saya bukan buat iklan pinggan mangkuk atau interior.. Tapi konsep majlis resepsi saya adalah VANTAGE.. Saya pernah tekankan sebelum ni, sila bagitau mak andam apa yang kita dah beli seperi doorgift, interior.. Jadi mereka boleh cadangkan konsep yang bersesuaian..

Kak Iena ( Classic Bridal House) yang cadangkan konsep ni.. Bila 1st time dengar, macam pelik jugak.. Tapi bila Kak Iena terangkan secara detail, saya terus setuju.. Kita tunggu dan lihat sentuhan beliau di majlis saya nanti ye..

Saya dan Shah berketurunan Jawa.. Jadi Shah berangan nak pakai BLONGKON masa majlis bertandang.. Jadi kami pilih konsep JAVANESE GARDEN..


source from here

Tapi saya tak nak lah main lukis2 kat muka. Tak nak terlalu tradisional.. Nak yang simple je macam gambar kat bawah ni..


source from here

Tapi kalau dapat pakai glamer macam Ning Baizura, bestnye.. Harap2 Kak Iena dapat tunaikan angan-angan saya ni..


credit to candidsyndrome


Isnin, September 06, 2010

Saya Sudah Booking Bridal..

Kejadian berlaku pada sabtu lepas.. Kerja half day, so sempat la balik rumah kejap amik mak.. Saja nak mak join sekali pergi jumpa mak andam.. Masalah mak bapak saya ni, diorang anggap saya terlalu berdikari.. Main setuju je walau apa pun keputusan saya.. Katanya, "duit kau, kau yang buat keputusan"..Cuma sesekali je diorang bersuara.. Kadang2 best gak, tp kadang2 rasa cam diorang tak amik pot lak.. huhuhu..

Saya pilih Classic Bridal House.. Masa saya sampai, kak Iena tengah tunggu student yang nak join kelas make-up.. Saya dan mak disambut dengan sangat mesra.. Memang PR diorang tip-top.. Mak seperti biasalah.. "Ikut suka korang la" sambil tersenyum simpul..

Perkara yang kami bincangkan :-
  • Deposit - Saya dah bayar deposit 10%..
  • Pakej - Harga yang saya dapat memang best.. Tips untuk b2b lain, kalau pasangan kita sedaerah atau senegeri (ada ke perkataan ni???).. Lebih baik guna bridal yang sama, mesti harga boleh runding..
  • Warna Tema - Bincang warna tema dua2 rumah.. Akan buat entry khas untuk warna tema hasil perbincangan saya dan Kak Iena.. Tips : sila bincang dengan mak andam tentang warna yang kita suka.. Mungkin combination colour yang kita pilih sebenarnya kurang match atau kurang meletop..
  • Konsep - Cadangan konsep yang Kak Iena bagi agak menarik.. Juga akan buat entry khas pasal ni.. Tips : sila bagitau mak andam apa yang kita dah beli seperi doorgift, interior.. Jadi mereka boleh cadangkan konsep yang bersesuaian..
Seatle satu perkara dari checklist saya.. Kenapa saya baru post arini? Sebab semalam saya sibuk buat kuih raya.. Selamat Hari Raya..

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...