Khamis, Disember 31, 2015
Exchange Link!!!
Sila nyatakan sekali ye korang ni b2b ke, mantan b2b ke & dari negeri mana.. biar senang nak wat rujukan.. kalau nak mention full biodata pun boleh.. huahuahua..
Selamat ber"exchange link"... (mesti cikgu b.m saya marah bila baca, hahaha..)
Jumaat, April 22, 2011
Tak tau nak update
Tak tau nak buat.. Hanya blogwalking..
Khamis, Oktober 14, 2010
Takde Mood Nak Kahwin!!!!...
Tapi diorang x tau yang kepercayaan diorang tu buat saya stress.. shah lak sekarang makin busy kerja, saya faham.. lagipun kerja baru.. mesti sungguh2.. kerja buat 2 shift..
Saya x de kakak.. kawan baik saya dah pindah singapore, dah ada anak.. nak contact pun susah.. apa saya nak buat???... Saya betul x de mood nak kahwin.. mesti shah sedih ble tau apa yang terbuku dalam hati saya ni..
Baru balik dari kampung.. Mak bapak saya sibuk canang tarikh kahwin saya kat orang kampung.. nampak cam xcited.. Tapi diorang x tanya pun apa yang nak dibuat??, nak buat camna??, kenapa buat camni??.. bila ajak teman beli barang ayat x boleh blah "ikut suka ko la.." bila saya merajuk, "kitorang x de pengalaman la".. saya ada pengalaman ke?????...
SAYA TAKDE MOOD NAK KAHWIN..
Khamis, Ogos 19, 2010
Rabu, Mei 19, 2010
Tersangatlah busy..
Semalam, berakhirlah MC Shah.. Hari ni dia dah start keja balik.. So, bekerja keras lah sayang ye untuk cover balik duit yang kita tershopping bulan ni.. hik3.. Tapi saya memang busy sejak akhir2 ni.. Hari2 OT smpai malam.. Nasib baik leh claim OT & allowance makan.. Lagipun, 11 Jun ni saya nak pegi Perth, Australia.. Company trip.. Maka, bertambah2 la kerja saya.. Tapi yang x bestnya, diorang suma bawak anak bini.. Saya nak bawak sape? Bos, tahun depan wat lagi boleh? Leh honeymoon skali, huhuhu...
Ahad, Mei 09, 2010
Selamat Hari Ibu..
Bila ku berduka, Engkau hiburkan selalu..
Ibu, ibu.. Engkaulah ratu hatiku..
Selamat Hari Ibu, Mummy!!!...
Nak wat suprise..
Hik3..
Saya share beli present ngan adik bongsu saya..
Maklumlah, save budget skit..
xtually, company saya wat trip g australia bulan depan..
So, simpan skit wat duit poket..
Tapi, ktorg belikan present yg best skit..
Beli cincin emas untuk Mummy..
Ala2 cincin tunang gitu..
(meroyan sbb kena postpone tarikh tunang.. huhuhu..)
Malam lak saya nk bwk mummy mkn seafood (favourite dia walaupun saya allergy..)
Kat Grand Strait View, Danga Bay..
Ramai kata makanan diorg best..
Harap mummy ske..
Khamis, Mei 06, 2010
Demi Bapa Tercinta..
Kalau ada yg perasan ticker untuk majlis risik + tunang dan majlis kahwin saya dah hilang.. Atas permintaan my beloved father, our enggangement and wedding ditunda.. Bapa saya sibuk nak sy kahwin next year.. 03.03.11 tarikh baik katanya (syarat pertama).. ikut kan je lah..
So, secara x langsung tarikh tunang pun ditunda sbb x boleh lebih 6 bulan bertunang (syarat ke-2).. banyak syarat kn?.. lebih kurang dlm bulan 9 bru leh tunang.. lamanya (gatal kn? huhuhu)..
syarat ke-3 lak, x nak majlis besar2.. 3 syarat je katanya.. yg lain x kisah, ske ati ktorg nk wat camna.. huhuhu.. mungkin ni dugaan untuk kami.. tapi x pe, kami redha je.. mungkin setiap perkara yang terjadi ada hikmah.. lagipun, shah masih mc smpai 18/05/2010.. tp dia sibuk wat part time kerja ngan member kat gerai murtabak..
nampaknya, masih banyak masa.. so, banyak benda yg boleh DIY..
Isnin, Mei 03, 2010
Dilema Risik + Tunang
Ya, saya pernah putus tunang suatu ketika dulu.. bukan perkara yg membanggakan.. tapi amat pedih untuk buat keputusan pada masa 2.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. sy jadi fobia untuk bertunang.. fobia untuk percaya cinta.. saya mengalami kemurungan.. sepikan diri.. larikan diri dari keluarga, kawan2 & masyarakat yg sibuk nk tau..
Puas Shah pujuk saya untuk lupakan perkara 2.. alhamdulillah, kebahagiaan yg kami kecapi buat saya lupa pasal peristiwa 2.. kami merancang x mahu b'tunang..
Tapi keluarga Shah mahukan kami bertunang.. yelah, bukan salah mereka sebab teruja mahu lihat anak lelaki sulung mereka bertunang.. x adil hukum kebahagiaan org lain demi pentingkn perasaan sendiri.. akhirnya akur..
Tapi, bila tiba2 ada yg kata "x perlu tunang", "membazir je macam dulu", "x yah lah sampai panggil mk andam segala", sarung cincin je dah la", "x yah lah smpai org lain tahu, malu je".. ada yg ungkit cerita lama.. sebak, sedih sangat..
tetiba rasa cam nk call kak jie, cancel pakej yg sy pilih aritu.. pkai baju kurung biasa je.. saya over sangat ke?.... saya buat keputusan yg salah ke?.. saya terlupa tentang pandangan masyarakat.. mungkin saya x layak bertunang buat kali ke-2.. takut........ sedih........ kecewa.........
maaf, sedang emo.. nk call shah dulu.. mengadu nasib..
Rabu, April 21, 2010
To be continued..
Setiap yg berlaku ada hikmahnya.. Dekat 2 bln tangan shah disimen.. Tp dpt mc lg sebulan.. agak down beberapa bulan ni sbb shah sakit & x dpt kerja.. Nasib baik kami agak 'Kiasu' (bahasa cina) dalam buat persiapan majlis risik + tunang.. Jadi x lah kelam kabut bila jadi perkara yang x diingini mcm ni.. Semalam shah dah mula ceria.. boleh continue persiapan kami..
Kawan2 doakan kami ya..
Ahad, Mac 21, 2010
Tag from Zahra Ashiqin
Jumaat, Mac 19, 2010
Beautiful Blogger Award
- Thank & link the person that gave you the award.
- Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
- Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
- State 7 things about yourself.
I've pass the award 2 other's 15 blogger already..
7 things about myself..
- Saya pernah putus tunang (lg 3 bln nk kawen).. sbb 2 sy fobia skit psl bab tunang2 ni.. lebih2 lg ble shah xcident kat tmpt kerja, walhal ktorg nk tunang bln 5 ni..
- Sebelum ni, kami sibuk wat preparation 4 our big day, bln lepas bru t'pikir yg ktorg lupa nk wat preparation utk enggangement..
- Banyak yang kami DIY (sajer nk rsa kemeriahan)
- Saya B2b yg bertuah sbb dapat pasangan yang rajin melayan saya potong reben n gunting kertas..
- Selain jd secretary, saya wat part time sbg business consultant (cari duit lebih..). So sesapa yg nk mntk advice psl bussiness act can contact me (iklan jap.. kuikuikui..)
- Saya ni ank sulung dlm famly, tp saya yg paling cinoni (kecik la kononnya..)
- Rajin google nama sndiri.. (2 yg bru prasan dpt award ni.. maceh lg skali kat SK)
Sabtu, Mac 13, 2010
Jiwa Kacau Lagi...
Xtually boleh je klu nk wat preparation.. Tp ble tgok tgn Shah, semangat nk wat trus hilang.. Lg2 ble dia asyik merengek nk bukak simen n sibok nk krj walaupun dy dpt mc 2 bln (cam lyn bdk kecik kn???).. Tetiba rsa blur, x tau nk wat tang mna dlu.. Tetiba je lupa kat mana letak wedding diary (xtually ada dlm keta, cuma x de mood nk bkk).. Masa berlalu makin pantas..
Khamis, Mac 04, 2010
Petua Seri Wajah
Sy terbaca entry ni kat pakarhowto.com & nak share dengan blogger yg lain.. Ada beberapa petua mudah untuk menjadikan muka kita lebih berseri iaitu :
Petua melicinkan kulit muka
1. Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. (Buat seperti masker)
2. Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering
3. Cuci muka dengan air bersih.
4. Ulang sebanyak 3 kali seminggu
Anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
Petua menaikkan seri wajah
1. Ambil air kelapa tua.
2. Sapukan ke muka.
3. Biarkan sampai kering sehingga beberapa minit.
4. Basuh muka anda dengan bersih.
InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.
Petua menghilangkan parut jerawat
1. Mula-mula ambilkan sedikit madu
2. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk.
3. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat.
4. Lakukan setidak-tidaknya 2 hari sekali.
Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
Sabtu, Januari 23, 2010
Bendera Separuh Tiang
Semua kerabat diraja akan berkabung 40 hari, manakala rakyat biasa akan berkabung tujuh hari start arini.
Peraturan berkabung :
- Lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.
- Lelakit bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam.
- Pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.
- Wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih.
- Wanita bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.
Jenazah Almarhum akan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, pada jam 1.20 tengah hari dan dijangka dimakamkan pada jam 2 petang.
Bagi sesapa yang nk menghadiri upacara pemakaman pun ada kod pakaian k, jgn main redah je.. pakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu. Bagi orang bukan Melayu lak kena pakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.
Jumaat, Januari 22, 2010
Petua Tradisional
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.
Hilangkan Daki dan Bau Badan
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.
Ketiak Hitam
Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Hilangkan Parut
Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.
Khasiat Oat
Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.
Menurunkan Berat Badan
- Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
- Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
- Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
- Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.
Perut Buncit
Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.
Sengal Tulang
Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan.
Keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Rabu, Januari 20, 2010
Fairy Tale..

Kredit to Ahmad Idham, revolusi citer melayu.. Barisan pelakon yang best.. Jalan citer yang simple n x nmpk plastik..
Cinta macam coklat kan? Ble tak de, rasa cam x complete je.. Ble dapat memang syok!!.. Ble terlebih makan, sakit lak.. Tapi cinta tu suci, so x patut timbul isu darjat or pangkat.. Yang penting kte ikhlas, inya'allah cinta tu bersatu..
Isnin, Januari 11, 2010
Adat Perkahwinan Melayu
MERISIK ATAU MENINJAU
Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.
UPACARA PEMINANGAN
Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang.
UPACARA MENGHANTAR TANDA
Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.
HANTARAN BELANJA
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.
MENJEMPUT
Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.
UPACARA NIKAH
Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.
BERINAI BESAR
Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.
HARI PERSANDINGAN
Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.
SAMBUT MENANTU
Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.
Selasa, Disember 22, 2009
Jiwa Kacau..
Bile adik aku sibuk perli2 sbb dy sibuk sgt nk kawen next year ngan budak yg dy bru knal 2 bln..
aku akn jwb, "Ada aku kisah?"..
Lantak lah org nk ckp pe..
Sebenarnya, aku pernah putus tunang..
Jadi bapak aku wat keputusan lepas ni x yah tunang lelama..
lps 3 bulan trus wat majlis..
3 bulan mana sempat nk wat preparation pak oii...
Lainlah kalau aku nk kawen ngan ank jutawan ke, x pun ngan wedding planner..
mesti suma siap kot..
Dah la boyfren aku ni krj biasa jek..
Ank org biasa jek..
Aku pun dari famly biasa gak..
Kerja pun mkn gaji..
Cuma ble ada projek bru la dpt side income..
So, aku n boyfren sepakat..
kte wat preparation skit2, senyap2..
ble da confirm senang..
Walaupn aku sibuk post kat blog, tp x yah risau sbb dyorg yg sibuk tanya n perli tu, buta IT..
Hik3..
Jahatnye aku..
Tapi aku rasa parents aku dah dpt bau..
hehehe..
Sbb tu bpk aku asyik mention psl kawen jek..
Dalam perancangan, kami nak langsung akhir tahun depan..
Tp parents dia lak nak bulan 6..
Tgok dlu camna..
Stakat ni ktorang da start wat p'siapan skit2..
Banyak gak yang DIY..
Tapi yang seronoknya, boyfren pun tolong wat skali..
Bagus2..
Biasanya, org lelaki ni mls nak amik pot psl gunting2 kertas/ riben ni..
Khamis, Disember 17, 2009
Menu Diet Untuk Seminggu (2)
Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu
Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad
Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren
Panduan:
-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat
Indeks Jisim Tubuh ( BMI )
BMI = | |
Berat (kg)
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m ) |
Jika BMI anda adalah
|
Anda adalah
|
Kurang daripada 18.5
|
Kurang Berat Badan
|
18.5 hingga kurang 25
|
Normal
|
25 hingga kurang 30
|
Berlebihan Berat Badan
|
30 atau lebih
|
Kegemukan / Obesiti
|
Masih Belum Ada Rezeki
L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...
-
Hi everybody!!!!.. dah ramai yang buat entry ni, saya baru terkedek-kedek nak post.. Harap2 bloger2 sekalian sudi exchange link dengan saya...
-
S alam B2B.. Hari ni saya nak cerita tentang bank draft atau dikenali sebagai banker cheque.. Maklumlah, tak de cheque book.. Guna lah Bank...
-
Maaf semua.. Satu lagi entry basi.. Disember lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson.. Sambil bercuti, sambil bershopping bara...








