Sabtu, Januari 23, 2010

Bendera Separuh Tiang

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor pada jam 7.15 malam tadi. So, arini Johor cuti.. Bendera Johor pun dikabarkan separuh tiang.. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat. Al-fatihah.....

Semua kerabat diraja akan berkabung 40 hari, manakala rakyat biasa akan berkabung tujuh hari start arini.

Peraturan berkabung :
  1. Lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.
  2. Lelakit bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam.
  3. Pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.
  4. Wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih.
  5. Wanita bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.

Jenazah Almarhum akan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, pada jam 1.20 tengah hari dan dijangka dimakamkan pada jam 2 petang.

Bagi sesapa yang nk menghadiri upacara pemakaman pun ada kod pakaian k, jgn main redah je.. pakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu. Bagi orang bukan Melayu lak kena pakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.

p/s : tgh dok pikir slama 7 hari ni kena pakai tudung putih.. cam g skolah lak..

8 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...