Jumaat, April 22, 2011

Tak tau nak update

Sejak tarikh kahwin kami ditunda, saya tak tau nak update apa...
Tak tau nak buat.. Hanya blogwalking..

Rabu, Februari 23, 2011

Tukar Konsep, Boleh???

Tetiba rasa macam nak tukar konsep.. Maklumlah, saya ni rambang mata.. Nampak orang buat javanese, saya pun sbok nak jugak.. Orang buat konsep kayangan, saya jeles.. Orang buat Arabian concept, saya pun teringin nak.. Moroccan pun sama, Tradisional pun cantik, Moden Kotemporari pun not bad.. English lagi..

Saya suka vintage, tapi sepupu Shah dah buat konsep yang sama.. Sangat tak best kan???.. Masih sempat tukar konsep rasanya.. Any idea???..

Family saya dah dok bising sebab saya masih dalam mood berfoya-foya.. Sebenarnya, saya tak tau nak start dari mana..

Dalam diam-diam, DIY Door Gift - Bekas Telur (2) saya dah hampir 90% siap.. Chaiyo2..

Khamis, Februari 10, 2011

Pengantin LUPA Ucap Terima Kasih???

Lama x meng-update blog bukan kerana saya malas.. Tapi saya kekeringan idea.. Banyak isu dalam dunia blogging.. Risau kalau saya tersalah kata atau terkasar bahasa..

Riview pasal restoran pun boleh kena saman.. Buat ulasan tentang isu semasa pun boleh kena saman.. Hal politik & agama lagi sensitif.. Kongsi idea pun kadang2 jadi isu bila idea tu sama atau hampir sama dengan orang lain.. Tapi saya sangat menyokong istilah "credit".. Tuan punya idea atau orang yang memanjangkan idea lebih rasa dihargai..

Berbalik pada tajuk asal..

Sebaik selepas majlis akad nikah, biasanya pengantin terus peluk mak bapak, mak bapak mertua, ipar-duai, rombongan mertua.. Tiba2 OP panggil suruh bergambar.. Lepas bergambar, terus layan rombongan lelaki makan (maklumlah, isteri dan menantu mithali).. Bila rombongan lelaki balik, sambung layan kawan2 bergambar pula.. Maklumlah excited jadi raja sehari..

Terlupa nak jumpa adik-beradik, pakcik-makcik, orang kuat majlis untuk ucap terima kasih.. Dulu, saya tak perasan pun perkara ni.. Tapi bila saya jadi antara orang yang dilupakan tu, terasa juga.. Lagi2 dengar makcik-pakcik yang bertungkus lumus, mula merungut.. Mungkin si pengantin terlupa.. Tapi ianya jadi pengajaran dan peringatan pada saya.. Semoga saya tak lupa.. Maklumlah, kata Tun Dr. Mahathir.. Melayu Mudah Lupa..

Bila fikir balik, bila masa sesuai nak selitkan sessi berterima kasih??
  • Mungkin boleh minta OP tunggu sementara pengantin jumpa saudara-mara.. (Customer always right)
  • Biasanya pengatin buat ucapan terima kasih pada majlis sanding.. Mungkin boleh tukar dalam majlis nikah..
  • Atau semasa pihak lelaki menjamu selera, ambil kesempatan jumpa saudara-mara walaupun mereka didapur.. (mesti mereka lebih semangat nak sambung kerja sebab rasa dihargai)
  • Kalau tak sempat, lepas rombongan lelaki balik pun boleh..

Mungkin rakan2 blogger ada pendapat lain untuk selitkan sessi berterima kasih.. Kadang2 terlepas pandang.. Lepas majlis mak bapak yang malu bila saudara-mara terasa hati..

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...