Memaparkan catatan dengan label Cincin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cincin. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 17, 2010

Majlis Risik + Tunang - Part 1


Hantaran dari pihak lelaki..


Sila fokus kepada Kotak Doorgit saya kat belakang..






Cincin Risik di sarung oleh Ibu Shah


Cincin Tunang disarung oleh Mak Ngah Shah


Duit Tanda diserahkan oleh Mak Ude & bersalaman dengan Mak Usu Shah.. Lengkap satu family..

Air mata saya menitik dengan deras semasa kedua-dua cincin disarungkan.. Terharu sangat.. Sebab banyak sangat dugaan yang kami tempuh untuk sampai ke tahap ni.. "Jangan lah nangis", bebel makcik-makcik Shah sambil gelakkan saya.. My bestie sibuk hulur tisu.. Hahaha.. Saya tak tau kenapa saya cengeng sangat masa tu..
Tapi ianya kenangan indah..








Selasa, Disember 14, 2010

Cincin Risik + Tunang

Cincin saya biasa je.. Tujuan post kali ni bukan nak menunjuk-nunjuk cincin-cincin yang tak seberapa ni.. Sekadar ingin berkongsi cerita dan tips yang saya dapat.

Cincin risik Shah pilih untuk saya.. Beli masa Tahun Baru Cina yang lepas.. Dah lama kan kami peram cincin ni.. Kami beli dekat Wah Chan Giant Plentong, Johor.. Ada promosi sempena Tahun Baru Cina..

Tips 1 : Harga emas turun masa Tahun Baru Cina.. Saya tak tau kenapa.. Tapi itu hakikatnya.. FMIL yang bagi tips ni.. Sebab dia ramai kawan berbangsa Cina..



Cincin tunang, FFIL yang pilih.. Bakal bapa mertua saya ni macam faham-faham je taste saya dan bajet Shah.. Bila dia tunjuk je, hati saya melompat2 riang.. Kami beli di Kedai emas di Smart, Johor Bahru. Kedai betul2 dekat pintu masuk..

Tips 2 : Sila bawa orang tua & berurusan terus dengan tokey kedai.. Mesti dapat harga yang best..

Tips 3 : Pergi kedai emas biasa je kalau kamu nak tawar menawar.. Mungkin design tak semegah kedai emas besar dan terkemuka, tapi kamu pasti boleh jumpa design yang sesuai dengan citarasa kamu..

Tips 4 : Sebaik sahaja jurujual bagitau harga, terus bagitau harga yang kamu inginkan kat tokey kedai.. Kena pandai2 kira berat emas dengan harga emas di pasaran.. So, kamu kena pandai2 bodek tokey untuk kurangkan harga upah.. Jangan guna ayat ni, "Kasi kurang sikit la tokey".. Ayat biasa yang diorang akan jawab, "Sudah bagi banyak kurang la boss, untung tak banyak la"..

Harap membantu b2b yang baru nak beli cincin.. :)

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...