Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan

Selasa, Mac 24, 2015

Doorgift - Majlis Kahwin Sepupu

Salam Tuesday Blues.. Hehehe.. Semalam Johor Public Holiday, arini la baru blues.. Saja nak share idea untuk doorgift yang praktikal, tupperware yang comel.. Boleh DIY kalau kreatif.. Saya dapat dari majlis kahwin sepupu.. Sekarang, tupperware ni saya guna untuk simpan brooch..


Doorgift Tupperware




Jumaat, Februari 13, 2015

DIY Doorgift - Homemade Chocolate


Salam Jumaat.. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Hasbullah Awang & Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Sayu rasa pagi ni.. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin..

Kesinambungan dari post Majlis Tunang Adik Bongsu, kami bagi homemade chocolate.. Kami bungkus 4 biji (2 coklat + 2 coklat putih) dalam plastik dan masukkan ke dalam tupperware kecil..








Rabu, Disember 24, 2014

DIY Sticker - Thank You Tag for Doorgift


Salam Rabu.. Harini saya sibuk buat back-up (salinan pendua) data dalam komputer, terjumpa pula design sticker untuk Thank You Tag untuk Doorgift Majlis Persanding saya.. Saya buat design serupa dengan design kad kahwin saya dari Red Card Marketing (M) Sdn. Bhd.  Sila lihat post Review - Kad Kahwin (RedCard)..

Sebenarnya, saya dapat free TQ tag semasa tempah kad, tapi design langsung tak sama & tak de print nama kami.. Saya malas nak complaint sebab barang free.. Lagipun salah saya sebab tak tanya banyak tentang free gift masa tempah kad.. Jadi saya ambil keputusan buat sendiri.. Saya guna software CorelDRAW X3.. Guna design kad kahwin (sedih dengan TQ tag yang diberi percuma).. Print kat office guna kertas sticker yang disponsor oleh family in-law.. Jadi, kos saya DIY sticker kali ni adalah RM0 + usaha dan kreativiti.. Hehehe, jimat-jimat..





Selasa, Disember 16, 2014

Review DIY Hantaran Tunang for Her (Adik Bongsu)


Harini saya share tentang hantaran dari pihak lelaki pula.. Untuk pengetahuan korang, hantaran ni pun saya yang diy.. Over tamak kan?.. Hahaha, suma saya bolot..  5 dulang.. Warna tema PINK + TURQUOISE

Siapa yang memang rajin baca blog ni dari dulu (perasan kan I? huhuhu..) mesti perasan yang saya recycle balik deko & dulang hantaran saya dulu.. Sila check post Review - Hantaran to him..


Masa ni blom tambah border kat bawah bantal.. Testing pkai sirih tipu..



1. Tepak sirih



2. Dua bentuk cincin (risik + tunang) & duit tanda



3. Telekung



4. Buah



5. Kek


Isnin, Disember 15, 2014

Review DIY Hantaran Tunang to Him (Adik Bongsu)

Seperti biasa, alasan klise saya, penyakit M punca utama tidak update blog.. Harap masih ada yang sudi baca blog cabuk yang selalu bersawang ni..

Harini, saya nak buat review tentang hantaran Majlis Tunang Adik Bongsu saya.. Dari pihak kami kepada pihak lelaki.. Adik saya tak tetapkan konsep untuk hantaran, cuma beliau request warna tema pink + purple.. 7 dulang.. Deko hantaran saya sponsor..


Gambar sebelum semua hantaran dibawa ke rumah mak.. Masa ni timbul rasa menyesal duduk apartment.. Susahnya nak mengangkut barang yang banyak walaupun unit rumah dan parking saya bertentangan dengan lift.. Nasiblah Shah sangat memahami hati isterinya yang cepat panas ni.. Disusun satu-satu dalam lift.. Sampai org lain x sampai hati nak masuk lift.. Nasib baik ada 2 lift kat setiap blok..



1. Sirih Junjung



2. Perfume



3. Kemeja



4. Dompet & Tali pinggang



5. Kek



6. Buah



7. Hamper (Maklumlah, masa ni raya kedua..)




Selasa, September 09, 2014

Majlis Tunang Adik Bongsu


Salam Selasa.. Hari kejadian adalah malam raya pertana.. Line broadband celcom yang sangat menyakitkan hati disulami penyakit M yang membuatkan post ini super basi.. Huhuhu.. 

Seperti biasa, hantaran DIY oleh saya untuk kedua-dua pihak.. Doorgift DIY home-made oleh adik kedua saya.. DIY bilik oleh saya.. DIY langsir oleh ibu saya.. Menu juga adalah masakan mak saya dan disponsor saya dan adik kedua.. Untungkan jadi anak bongsu??.. Jeles sungguh kak long ni..

Nanti saya buat review tentang DIY untuk hari kejadian..












Ahad, Ogos 10, 2014

DIY Manik Veil & Baju Nikah Adik



Satu lagi projek DIY saya untuk majlis adik kedua saya.. Saya jahit manik pada veil & baju nikah.. Sangat meletihkan tapi semua puji cantik pada hari kejadian.. Terus hilang rasa letih..



Baju warna off white.. Saya guna beeds warna purple, dark lavender, violet, cream & off white..

credit to their photog Habee Studio

credit to Habee Studio

credit to Habee Studio



Jumaat, Ogos 08, 2014

DIY Hantaran Adik (Part 2) - Konsep Garden



Salam Jumaat, harini saya nak bayar entry tertunggak DIY Hantaran Adik (Part 1) - Konsep Garden.

Saya DIY hantaran untuk adik saya yang ke-2.. Majlis dah lama berlalu, 14.2.2014.. Harini baru rajin nak update.. Maaf quality gambar yang kurang memuaskan..


Saya guna fake flower petal untuk cover bantal hantaran.. Gigih saya menampal satu-satu 
guna gam uhu.. Demi adik tersayang.. Huhuhu.. Sampai demam dibuatnya..


1. Sirih Junjung..


2. Tafsir Al-Quran..


3. Cincin..


4. Jam Tangan


5. Kasut..


6. Perfume..


7. Baju Kemeja..


8. Coklat..


9. Cupcake..

Selasa, Julai 01, 2014

Review - Hantaran to him


Salam Menyambut Ramadhan.. Ini tahun pertama kami menyambut puasa di rumah sendiri.. Tahun lepas, lagi beberapa hari nak raya kami sibuk pindah masuk rumah sendiri.. Jadi memang tak sempat sangat feel berpuasa di rumah sebab sibuk mengemas dan buat persiapan raya di rumah mak mertua.. Jadi balun, buka puasa kat rumah mak je lah..

Hari ni, seperti yang dijanjikan saya akan update pasal hantaran dari saya untuk encik suami..

Vendor : DIY

Warna tema :  BIRU + TURQUOISE + PINK..

Bilangan : 9 dulang

Post terdahulu : DIY - Hantaran Me For Him, 

Awal-awal saya siapkan deko semua dulang.. Kemudia baru pelbagaikan cara penyusunan hantaran..



1. Sirih Junjung (Sponsor by my flower girl)


2. Tafsir Al-Quran



3. Cincin (Vendor : Kedai emas Smart, Pandan)



4. Gadjet (kebetulan Hp Shah hilang..)



5. Tali pinggang + Dompet



6. Kasut


7. Jam Tangan


8. Buah


9. Coklat



Khamis, Jun 26, 2014

Review - Hantaran


Harini, saya nak buat review tentang hantaran kami pada hari kejadian.. 

Hantaran dari kedua-dua pihak..

Dari pihak perempuan, saya DIY sendiri seperti dalam post sebelum ni, DIY - Hantaran Me For Him, Bunga-bungaan - Ayer Itam & Dulang Hantaran.. Cuma Sirih junjung, saya niat nak upah orang buat sebab fresh flower dan saya tak cukup masa.. Tapi saya dapat free je.. Sponsor oleh flower girl saya.. Warna tema untuk hantaran saya adalah  BIRU + TURQUOISE + PINK..

Hantaran for him

Dari pihak lelaki, mereka hantar pada bridal lain untuk buatkan.. Sponsor oleh kakak Shah.. Warna tema hantaran mereka adalah MERAHGOLD + PUTIH

Hantaran for her

Alhamdulillah, sponsor di saat-saat akhir ni walaupun hanya perkara kecil buat saya rasa happy sangat pada majlis nikah kami.. Tu yang buat muka rasa berseri-seri (hahaha.. perasan sikit).. Mungkin, tak nampak dengan jelas rupa hantaran kami.. Next post saya akan highlight kan satu persatu..


Jumaat, Mei 30, 2014

Review - DIY Pulut Kuning Majlis Resepsi


Harini, saya nak review tentang pulut kuning 2 tingkat yang di-DIY-kan oleh mak & makcik-makcik saya untuk Majlis Resepsi.. Mula-mula niat hati nak tempah kek je.. Malas nak pikir banyak.. Tapi makcik-makcik saya bersungguh-sungguh suruh buat pulut kuning.. Baru JAWA katanya.. Layankan je lah.. Jimat RM350 peruntukan kek yang saya sediakan..

Cake Board dan tiang putih tu saya beli di pemborong barang plastik di Jalan Tampoi 5.. Tak ingat pulak nama kedai.. Macam-macam ada jual kat kedai ni, botol plastik, polistrin, periuk belanga, besen, segala jenis pembukus plastik dan kertas untuk makanan.. Ramai pembuat kuih raya beli botol plastik kat kedai ni.. Senang je nak kenal kedai ni, kat luar kedai biasanya penuh dengan botol plastik.. Harga, memang best siap boleh tawar-menawar..


Kami pilih Cake Board berbentuk empat segi sebab senang nak hias berbanding yang bulat..



Pulut kuning dan rendang, mak saya yang masak.. Makcik-makcik saya pulak tukang hias.. Masa acara potong pulut kuning baru saya nampak full design.. Paling suka alas dulang yang digunakan kat bawah pulut kuning tu.. Sangat klasik.. Adik saya yang cari..


Idea letak rendang dalam mangkuk kristal doorgift orang kahwin yang ada dalam koleksi mak saya, nampak berseri bila letak potongan daun pandan..


Tips dari kami, bila buat pulut kuning, sila jangan pakai pisau potong kek macam kami.. Sebab susah sangat nak potong.. Walau pulut mempunyai tekstur yang lembut, tapi bila sejuk permukaan luar pulut akan jadi keras.. Sebenarnya, kami memang dah terpikir tentang hal ni, tapi pihak yang sepatutnya sediakan pisau potong kek kurang bijak walau telah dipesan banyak kali.. Takpe, pada hari kejadian, kami hanya tersenyum gelakkan kebijaksanaan beliau.. Walaubagaimanapu, kami suka sangat dengan pulut kuning 2 tingkat kami.. Simple, murah, cantik dan sedap.. Yang paling penting, sesuai dengan konsep perkahwinan Jawa..




Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...