Harini, saya nak review tentang pulut kuning 2 tingkat yang di-DIY-kan oleh mak & makcik-makcik saya untuk Majlis Resepsi.. Mula-mula niat hati nak tempah kek je.. Malas nak pikir banyak.. Tapi makcik-makcik saya bersungguh-sungguh suruh buat pulut kuning.. Baru JAWA katanya.. Layankan je lah.. Jimat RM350 peruntukan kek yang saya sediakan..
Cake Board dan tiang putih tu saya beli di pemborong barang plastik di Jalan Tampoi 5.. Tak ingat pulak nama kedai.. Macam-macam ada jual kat kedai ni, botol plastik, polistrin, periuk belanga, besen, segala jenis pembukus plastik dan kertas untuk makanan.. Ramai pembuat kuih raya beli botol plastik kat kedai ni.. Senang je nak kenal kedai ni, kat luar kedai biasanya penuh dengan botol plastik.. Harga, memang best siap boleh tawar-menawar..
Kami pilih Cake Board berbentuk empat segi sebab senang nak hias berbanding yang bulat..
Pulut kuning dan rendang, mak saya yang masak.. Makcik-makcik saya pulak tukang hias.. Masa acara potong pulut kuning baru saya nampak full design.. Paling suka alas dulang yang digunakan kat bawah pulut kuning tu.. Sangat klasik.. Adik saya yang cari..
Idea letak rendang dalam mangkuk kristal doorgift orang kahwin yang ada dalam koleksi mak saya, nampak berseri bila letak potongan daun pandan..
Tips dari kami, bila buat pulut kuning, sila jangan pakai pisau potong kek macam kami.. Sebab susah sangat nak potong.. Walau pulut mempunyai tekstur yang lembut, tapi bila sejuk permukaan luar pulut akan jadi keras.. Sebenarnya, kami memang dah terpikir tentang hal ni, tapi pihak yang sepatutnya sediakan pisau potong kek kurang bijak walau telah dipesan banyak kali.. Takpe, pada hari kejadian, kami hanya tersenyum gelakkan kebijaksanaan beliau.. Walaubagaimanapu, kami suka sangat dengan pulut kuning 2 tingkat kami.. Simple, murah, cantik dan sedap.. Yang paling penting, sesuai dengan konsep perkahwinan Jawa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan