Selasa, Mei 27, 2014

Sistem Pendaftaran Rumah Mampu Milik Negeri Johor - eRumah Johor


Berita baik untuk warga Johor yang bercadang memiliki rumah mampu milik dan kos rendah. Kerajaan Negeri Johor menyediakan sistem pendaftaran secara online, eRumah Johor : erumah.johor.gov.my. Website ni dilancarkan oleh YB Datuk Seri Khalid.

Korang boleh isi borang secara online, kemudian hantar dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Perumahan. Pastikan dokumen lengkap. Lepastu, korang boleh buat semakan online.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh refer website eRumah Johor : erumah.johor.gov.my.

Sumber : http://erumah.johor.gov.my.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1.
WARGANEGARA MALAYSIA, MENETAP SELAMA 5 TAHUN DI NEGERI JOHOR DAN BERUMUR 18 TAHUN KEATAS.

2.
BERKAHWIN / BUJANG LAYAK MEMOHON

3.
HANYA SATU PERMOHONAN BAGI PASANGAN SUAMI/ISTERI. MANAKALA PERMOHONAN ISTERI KEDUA DAN SETERUSNYA PERLU MENGGUNAKAN NAMA ISTERI SEBAGAI PEMOHON.

4.
PEMOHON/PASANGAN YANG TELAH MEMILIKI RKR SELAMA 5 TAHUN KE ATAS LAYAK MEMOHON RUMAH KEDUA IAITU PKJ B

5.
PEMOHON/PASANGAN YANG TELAH MEMILIKI RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B BOLEH MEMOHON RMMJ

6.
PEMOHON/PASANGAN YANG TELAH MEMILIKI RUMAH KOS SEDERHANA/MEWAH TIDAK LAYAK MEMOHON

7.
SEMUA DOKUMEN SOKONGAN BERSERTA SURAT AKUAN SUMPAH HENDAKLAH DI HANTAR SENDIRI KE KAUNTER SUK BAHAGIAN PERUMAHAN DALAM TEMPOH 14 HARI BEKERJA DARI TARIKH PENDAFTARAN. SEKIRANYA MELEBIHI TEMPOH TERSEBUT, PERMOHONAN AKAN LUPUT/BATAL

8.
SEMUA DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAHYANG DIKIRIM MELALUI POS TIDAK AKAN DITERIMA.

9.
PEMOHON HENDAKLAH MEMBAWA KAD PENGENALAN ASAL SEMASA MEMBUAT PEMBAYARAN.


PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI JOHOR
Baca dengan teliti dan ikut kenyataan berikut.
Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas.
Borang permohonan dan SALINAN DOKUMEN yang dilampirkan perlu JELAS agar permohonan TIDAK DITOLAK
Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat didapati PALSU
Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00
Pastikan setiap bayaran yang dibuat diakui terima dengan RESIT RASMI
Tempoh sah pendaftaran ADALAH 5 TAHUN dan boleh mendaftar semula selepas tamat tempoh
Setiap perubahan/kemaskini maklumat hendaklah dirujuk ke Pentadbiran ini


SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
Berikut Pemilihan Kategori Rumah Bagi Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) / Rumah Komuniti Johor (PKJ A & PKJ B) / Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
KATEGORI
HARGA RUMAH
HAD PENDAPATAN
RKR 1
RM 25,000.00
Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 2
RM 28,000.00
Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 3
RM 30,000.00
Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKR 4
RM 35,000.00
Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKSR 5
RM 50,000.00
Pendapatan tidak melebihi RM 3,500.00
PKJ A
RM 42,000.00
Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
PKJ B
RM 80,000.00
Pendapatan tidak melebihi RM 4,500.00
RMMJ
RM 120,000.00 hingga RM 220,000.00
Pendapatan tidak melebihi RM 6,000.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...