Salam 1 Malaysia.. Post yang lepas (Dugaan Bertunang - Penyakit Tibi Kelenjar/ Saraf) saya janji nak cerita tentang kemalangan ngeri yang menimpa Shah pada 29 Dis 2012.. Terlebih dahulu, saya minta maaf sebab entry kali ni panjang bejela.. mesti korang rasa bosan baca..
Pukul 10pm 28 Dis 2012, Shah call saya bagitau yang dia baru balik kerja tapi nak terus pergi Pasir Gudang nak ambik abang angkat dia.. Pukul 12.30am, dia call lagi bagitau on the way balik dari Pasir Gudang, tapi bukan dia yang memandu sebab dia letih sangat.. Dia janji akan call saya bila sampai rumah.. Saya rasa lega, sekurang-kurangnya dia boleh tidur sementara sampai rumah..
Saya terlelap.. Pukul 1.30am, ayah Shah call.. Pelik juga kenapa bukan Shah yang call.. "Jangan terkejut ye.. Ayah nak bagitau ni, Shah accident.. Kereta terbalik, sekarang dalam rawatan..". Rasa nak gugur jantung, tapi saya kuatkan semangat, kejutkan parents minta izin nak ke hospital.. Mak saya sibuk nak ikut sambil menangis.. Mungkin dia risau saya memandu sorang-sorang pukul 2am..
Sampai hospital ibu Shah terus peluk saya dan bagitau Shah masih dalam ICU.. Kecut perut sebab tak sangka begitu serius..
Adik Shah minta tolong Jururawat kat ICU untuk benarkan saya tengok keadaan tunang saya.. Bila nampak dia terbaring dengan penuh lumpur, saya rasa nak pitam.. Dia langsung tak bergerak, cuma mata je berkaca-kaca.. Saya cuma berbisik kat dia, "Sayang, awak mesti kuat, saya tunggu awak.." Masa tu saya risau tentang banyak perkara.. Lagi 3 bulan nak kahwin dugaan yang amat berat..
Yang peliknya, 3 orang dalam kereta, hanya Shah yang masuk ICU.. Pemandu dan penumpang belakang cedera ringan je.. Mereka kata, pemandu mengantuk dan bawa laju.. Nasib Shah tarik handbreak.. Tapi pemandunya panik dan masih tekan minyak.. Tu yang kereta berpusing dan terbalik.. Shah tercampak dalam lumpur.. Ambulan tak dapat datang sebab tak cukup pemandu.. Nasib baik ada van yang berhenti tawar diri hantar ke hospital.. Diorang kata, masa tu nafas Shah dah tak stabil..
Tapi, Alhamdulillah kecederaan Shah tak terlalu serius.. Tulang rusuk retak, kena jahit sikit kat tangan, luka-luka kat tangan, perut dan belakang badan.. Dah seminggu Shah kemalangan.. Saya pun tak sangka dia cepat sembuh.. Saya paksa dia makan vitamin C (keringkan luka) dan pati ikan haruan (untuk sembuhkan luka dalaman)..
Kalau tengok dari keadaan kereta, orang ingat penumpang sebelah pemandu mesti mati sebab bahagian tu yang kemek teruk.. Kereta memang "total lost".. Patut hantar timbang kilo je.. Dah tak ada rupa kereta.. Tapi, jodoh kami masih panjang.. Alhamdulillah..
Shah asyik ucap terima kasih dan minta maaf sebab selalu buat saya sedih dan susahkan saya.. Dia kata rasa macam dapat peluang kedua untuk hidup dan cuba buat yang terbaik.. Rasa sebak setiap kali dia cakap macam tu..
Saya rasa nak tunda skit ke bulan 5, tapi orang sekeliling tak faham masalah saya.. Banyak benda yang saya belum buat disebabkan Shah sakit Tibi Kelenjar/ Saraf, lepastu kemalangan lagi.. Kurang 3 bulan, saya belum tempah katering, dewan, khemah, photog pun belum finalise, belum ambil borang, baju nikah belum hantar tailor.. Shah belum pergi kursus.. Banyak benda belum buat.. Saya perlu kumpul kekuatan.. Siapa boleh bantu saya, sila angkat tangan..
p/s : Ya Allah permudahkanlah urusan kami..
Memaparkan catatan dengan label Remeh-Temeh Majlis Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Remeh-Temeh Majlis Kahwin. Papar semua catatan
Jumaat, Januari 04, 2013
Selasa, Januari 01, 2013
Dugaan Bertunang - Penyakit Tibi Kelenjar/ Saraf
Selamat Tahun Baru.. Banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2012..
Betul kata orang tua-tua.. Banyak dugaan semasa bertunang.. Sebenarnya, saya takde idea nak teruskan persiapan perkahwinan kami.. Bila dah lama berehat, tak tau nak mula balik dari mana.. Sebenarnya dah ada tarikh, tapi tak berani nak publish.. Tak berani nak war-warkan pada sesiapa pun sebab tak yakin dengan diri..

Dua bulan lepas, memang dugaan agak berat yang kami terima.. Shah positif Tibi Kelenjar/ Saraf di leher.. Doktor tak boleh nak operation sebab bengkak kat leher tu kena saraf yang bersambung dengan otak.. Nak pitam saya dengar berita ni.. Seminggu masuk wad.. Hampir Dua bulan MC tak boleh bekerja.. Hari-hari kena makan ubat sebanyak 14 biji di depan nurse di klinik kesihatan atau hospital selama 6 bulan.. Tiga minggu pertama, dia tak lalu makan.. Muntah-muntah macam orang mengandung.. Mood kurang stabil.. Dalam hati saya ni sebak sangat.. Persiapan saya hentikan sementara.. Fokus pada kesihatan tunang tersayang..
Makcik-makcik Shah risau sangat dan perkenalkan PAMOGA
credit to : http://www.vidabeauty.com.my/
- Membantu merawat pelbagai penyakit
- Angin Ahmar & lumpuh
- Buasir
- Kulit melecur
- Kaki kulit pecah
- Lemah otot, radang dan Gaut
- Mengawal & merawat tekanan darah tinggi & kencing manis
- Masalah jantung & ginjal
- Masalah kitaran haid dan dalaman wanita
- mata lebam / kurang tidur
- Pedih ulu hati & batu karang
- Pencernaan, keracunan & sembelit
- Rambut ( gugur / tidak lebat)
- Selepas bersalin dan sistem peranakan
- Tumbesaran & kecerdasan kanak-kanak.
Alhamdulillah, lepas seminggu minum, ada perubahan.. Doktor pun terkejut dengan perubahan positif.. Bengkak pun susut..
Next time saya akan cerita tentang Shah ditimpa kemalangan pada 29/12/12 yang lalu.. Dugaan yang paling berat sepanjang tempoh perkenalan kami.. Kemalangan yang hampir meragut nyawa dia.. Kereta declare as "total lost"..
p/s : sekarang ni, FMIL sedang sakit gout sampai tak boleh jalan.. Dugaan..
Isnin, Julai 16, 2012
Stress Semasa Membuat Persiapan Perkahwinan..
Salam Isnin, blogger.. Blog ni dah bersawang.. Maklumlah, kekangan masa dan kemalasan yang melanda di tahap kritikal membuatkan lama saya tak update blog..
Ramai orang kata banyak dugaan masa bertunang.. Saya dapat rasa bahangnya.. Tapi, alhamdulillah kami dapat harungi dengan tabah..
Sekarang ni, FFIL saya tengah menunggu giliran untuk operation kat HSA.. Nasib baik bukan penyakit yang kritikal.. Cuma pembedahan kecil.. Tapi saya cuba berpandangan positif.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. Sedikit tips dari saya :
Walau nampak remeh dan senang, tapi bukan mudah untuk melaksanakannya.. Mungkin Ex-B2b ada tips yang boleh dikongsi untuk hadapi stress..
* Doakan kami supaya dipermudahkan segala urusan.. AMIN..

- Bila dengar perkara yang kurang menyenangkan, sila BERTENANG.. Tarik nafas dalam2.. Jangan panik..
- Jangan suka dengar khabar angin atau cakap2 orang.. SIASAT dulu.. Dikhuatiri sebab khabar angin, kamu berperang dengan tunang kamu.. Walaupun yang memberi khabar tu keluaga sendiri atau bakal keluarga.. Kadang2 mereka ni pun cuma dengar khabar angin..
- Yang paling penting, jangan buat keputusan sendiri.. BINCANG... Lelaki rasa terabai kalau kita tak bincang dengan mereka walau sebenarnya kita memang dah buat keputusan.. Sekurang2nya, kita dengan pendapat mereka..
- LUAHKAN perasaan pada orang yang rasional lebih baik berbanding keluarga.. Kata2 keluarga biasanya akan berat sebelah.. Kawan yang baik mestilah orang yang menegur kamu jika kamu salah, bukan yang sentiasa menyokong setiap tindakan kamu..
- Cari cara ALTENATIF untuk menangani stress.. Kalau saya dan Shah, biasanya kami suka pergi lepak kat Stulang, dengar bunyi ombak sambil mkn tahu bakar atau steambot.. Ataupun lepak kat Hutan Bandar sambil bagi makan ikan atau kura2 kat tasik.. Masa ni lah kami bebincang dan fikirkan PLAN B..
- BERDOA.. Minta dari DIA dipermudahkan segala urusan..
Walau nampak remeh dan senang, tapi bukan mudah untuk melaksanakannya.. Mungkin Ex-B2b ada tips yang boleh dikongsi untuk hadapi stress..
* Doakan kami supaya dipermudahkan segala urusan.. AMIN..
Isnin, Februari 27, 2012
Perabot sebagai hantaran.
Sangat tertarik dengan idea hantaran Anaztasia Tie The Knot. Sangat praktikal bila perabot & pekakas elektrik dijadikan sebagai hantaran. Lepas kahwin, tak payah kelam kabut fikir pasal perabot rumah.. Juga tak payah bazir beli hantaran yang memang tak digunakan pun lepas kahwin..
Tips hantaran yang sangat praktikal..
p/s : Nak cadangkan pada Shah..
Tips hantaran yang sangat praktikal..
p/s : Nak cadangkan pada Shah..
Jumaat, Februari 17, 2012
Restu Ibu Bapa Penting!!!..
Restu kedua-dua belah pihak Ibu Bapa sangat penting.. Kami bersyukur kerana kedua-dua belah pihak ibu bapa kami bersifat terbuka.. Alhamdulillah, Ya Allah permudahkanlah segalanya...
Tak kira Majlis Merisik, Pertunangan, Pernikahan, Persandingan mahupun Bertandang penglibatan keluarga amat penting.. Memang majlis tu majlis kita, tapi tanpa restu ibu bapa, tak berkat majlis.. Walaupun ibu bapa cerewet, pendapat mereka berbeza, sekurang-kurangnya cuba libatkan mereka.. Jangan abaikan mereka walaupun majlis kamu tak guna sesen pun duit mereka..
Bila dapat restu dari mereka, insya'allah perjalanan majlis akan lancar dan dipermudahkan..
-----------------------------------------------------------------------------
Kisah benar.. bukan nak menceritakan keaiban orang lain.. Cuma sekadar berkongsi pengajaran.. Kadang-kadang kita terlepas pandang..
Zaman sekarang bercinta, tak kenalkan pun si teman lelaki pada ibu bapa.. Nak betunang pun cuma beritahu si bapa, keluarga si dia nak datang pada sekian tarikh (tanpa kenalkan pada ibu bapa) dan bagi duit untuk jamuan makan.. kecik ati ibu bapa tu kan?
Hantaran, baju, pendek kata semua lah.. tak update pun kat si ibu bapa ni.. sampaikan orang tua risau jadi ke x?.. risau saudara-mara datang majlis x jadi..
Sehari sebelum majlis si kakak hantar hantaran ke rumah, kawan2 hantar doorgift, baru lah tau si anak pakat wat semua di rumah si kakak.. keciknye hati si ibu..
Pada hari majlis, pihak lelaki x sampai2 sbb tayar pancit, maklumlah dari utara ke selatan.. perjalanan yang sgt jauh.. Si bapa dah nak mengamuk, risau majlis x jadi.. tetamu ada yang terpaksa pulang sebab lama menunggu.. Malunya si bapa..
Si anak dalam bilik mula menangis, bergaduh dgn si bakal tunang sebab lambat sgt.. Masa tu baru rasa bersalah pada si ibu bapa walaupun hanya ibu tiri.. Tapi dia tetap Ibu.. Teringat nak mintak maaf pada si ibu bapa.. Selepas tu, majlis pun berjalan dengan lancar..

Khamis, Februari 10, 2011
Pengantin LUPA Ucap Terima Kasih???
Lama x meng-update blog bukan kerana saya malas.. Tapi saya kekeringan idea.. Banyak isu dalam dunia blogging.. Risau kalau saya tersalah kata atau terkasar bahasa..
Riview pasal restoran pun boleh kena saman.. Buat ulasan tentang isu semasa pun boleh kena saman.. Hal politik & agama lagi sensitif.. Kongsi idea pun kadang2 jadi isu bila idea tu sama atau hampir sama dengan orang lain.. Tapi saya sangat menyokong istilah "credit".. Tuan punya idea atau orang yang memanjangkan idea lebih rasa dihargai..
Berbalik pada tajuk asal..
Sebaik selepas majlis akad nikah, biasanya pengantin terus peluk mak bapak, mak bapak mertua, ipar-duai, rombongan mertua.. Tiba2 OP panggil suruh bergambar.. Lepas bergambar, terus layan rombongan lelaki makan (maklumlah, isteri dan menantu mithali).. Bila rombongan lelaki balik, sambung layan kawan2 bergambar pula.. Maklumlah excited jadi raja sehari..
Terlupa nak jumpa adik-beradik, pakcik-makcik, orang kuat majlis untuk ucap terima kasih.. Dulu, saya tak perasan pun perkara ni.. Tapi bila saya jadi antara orang yang dilupakan tu, terasa juga.. Lagi2 dengar makcik-pakcik yang bertungkus lumus, mula merungut.. Mungkin si pengantin terlupa.. Tapi ianya jadi pengajaran dan peringatan pada saya.. Semoga saya tak lupa.. Maklumlah, kata Tun Dr. Mahathir.. Melayu Mudah Lupa..
Bila fikir balik, bila masa sesuai nak selitkan sessi berterima kasih??

- Mungkin boleh minta OP tunggu sementara pengantin jumpa saudara-mara.. (Customer always right)
- Biasanya pengatin buat ucapan terima kasih pada majlis sanding.. Mungkin boleh tukar dalam majlis nikah..
- Atau semasa pihak lelaki menjamu selera, ambil kesempatan jumpa saudara-mara walaupun mereka didapur.. (mesti mereka lebih semangat nak sambung kerja sebab rasa dihargai)
- Kalau tak sempat, lepas rombongan lelaki balik pun boleh..
Mungkin rakan2 blogger ada pendapat lain untuk selitkan sessi berterima kasih.. Kadang2 terlepas pandang.. Lepas majlis mak bapak yang malu bila saudara-mara terasa hati..
Selasa, Disember 22, 2009
Jiwa Kacau..
Bile setiap kali orang tanya "bila nak kawen?" aku just senyum je..
Bile adik aku sibuk perli2 sbb dy sibuk sgt nk kawen next year ngan budak yg dy bru knal 2 bln..
aku akn jwb, "Ada aku kisah?"..
Lantak lah org nk ckp pe..
Sebenarnya, aku pernah putus tunang..
Jadi bapak aku wat keputusan lepas ni x yah tunang lelama..
lps 3 bulan trus wat majlis..
3 bulan mana sempat nk wat preparation pak oii...
Lainlah kalau aku nk kawen ngan ank jutawan ke, x pun ngan wedding planner..
mesti suma siap kot..
Dah la boyfren aku ni krj biasa jek..
Ank org biasa jek..
Aku pun dari famly biasa gak..
Kerja pun mkn gaji..
Cuma ble ada projek bru la dpt side income..
So, aku n boyfren sepakat..
kte wat preparation skit2, senyap2..
ble da confirm senang..
Walaupn aku sibuk post kat blog, tp x yah risau sbb dyorg yg sibuk tanya n perli tu, buta IT..
Hik3..
Jahatnye aku..
Tapi aku rasa parents aku dah dpt bau..
hehehe..
Sbb tu bpk aku asyik mention psl kawen jek..
Dalam perancangan, kami nak langsung akhir tahun depan..
Tp parents dia lak nak bulan 6..
Tgok dlu camna..
Stakat ni ktorang da start wat p'siapan skit2..
Banyak gak yang DIY..
Tapi yang seronoknya, boyfren pun tolong wat skali..
Bagus2..
Biasanya, org lelaki ni mls nak amik pot psl gunting2 kertas/ riben ni..

Langgan:
Catatan (Atom)
Masih Belum Ada Rezeki
L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...
-
S alam B2B.. Hari ni saya nak cerita tentang bank draft atau dikenali sebagai banker cheque.. Maklumlah, tak de cheque book.. Guna lah Bank...
-
Maaf semua.. Satu lagi entry basi.. Disember lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson.. Sambil bercuti, sambil bershopping bara...
-
Hi everybody!!!!.. dah ramai yang buat entry ni, saya baru terkedek-kedek nak post.. Harap2 bloger2 sekalian sudi exchange link dengan saya...