Isnin, Julai 16, 2012

Stress Semasa Membuat Persiapan Perkahwinan..

Salam Isnin, blogger.. Blog ni dah bersawang.. Maklumlah, kekangan masa dan kemalasan yang melanda di tahap kritikal membuatkan lama saya tak update blog..

Ramai orang kata banyak dugaan masa bertunang.. Saya dapat rasa bahangnya.. Tapi, alhamdulillah kami dapat harungi dengan tabah..

Sekarang ni, FFIL saya tengah menunggu giliran untuk operation kat HSA.. Nasib baik bukan penyakit yang kritikal.. Cuma pembedahan kecil.. Tapi saya cuba berpandangan positif.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. Sedikit tips dari saya :

  • Bila dengar perkara yang kurang menyenangkan, sila BERTENANG.. Tarik nafas dalam2.. Jangan panik..
  • Jangan suka dengar khabar angin atau cakap2 orang.. SIASAT dulu.. Dikhuatiri sebab khabar angin, kamu berperang dengan tunang kamu.. Walaupun yang memberi khabar tu keluaga sendiri atau bakal keluarga.. Kadang2 mereka ni pun cuma dengar khabar angin..
  • Yang paling penting, jangan buat keputusan sendiri.. BINCANG... Lelaki rasa terabai kalau kita tak bincang dengan mereka walau sebenarnya kita memang dah buat keputusan.. Sekurang2nya, kita dengan pendapat mereka..
  • LUAHKAN perasaan pada orang yang rasional lebih baik berbanding keluarga.. Kata2 keluarga biasanya akan berat sebelah.. Kawan yang baik mestilah orang yang menegur kamu jika kamu salah, bukan yang sentiasa menyokong setiap tindakan kamu..
  • Cari cara ALTENATIF untuk menangani stress.. Kalau saya dan Shah, biasanya kami suka pergi lepak kat Stulang, dengar bunyi ombak sambil mkn tahu bakar atau steambot.. Ataupun lepak kat Hutan Bandar sambil bagi makan ikan atau kura2 kat tasik.. Masa ni lah kami bebincang dan fikirkan PLAN B.. 
  • BERDOA.. Minta dari DIA dipermudahkan segala urusan..

Walau nampak remeh dan senang, tapi bukan mudah untuk melaksanakannya.. Mungkin Ex-B2b ada tips yang boleh dikongsi untuk hadapi stress..

* Doakan kami supaya dipermudahkan segala urusan.. AMIN..


2 ulasan:

  1. ada 2 jenis stress semasa nak kawen ni. satu stress nak wat persiapan kawen, dua stres dengan hubungan tak kisahla dengan tunang , family or lain2.. pepun bawa bertenang dan utamakan yang mana penting dahulu. nora dulu masa tunang, brother in law eksident koma.. majlis ditangguhkan dekat 5 bulan.. stress dgn tekanan sekeliling.. tp Alhamdullilah Allah Maha Mengetahui bila masa yang terbaik dear :) eh panjang lebar plak. saja share experience.

    BalasPadam
  2. Thanks Nora singgah blog cabuk ni.. Tp memang betul,DIA maha mengetahui.. Allah bagi kita dugaan sebab DIA tau kita mampu harunginya..

    BalasPadam

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...