Jumaat, Disember 24, 2010

Hantaran Risik + Tunang

Saya tidak berniat pun nak kecoh tentang majlis Risik + Tunang saya yang sangat simple & sederhana.. Cuma nak kongsi dengan b2b, walaupun majlis yang kecil dengan bajet yang ciput, kemeriahan masih boleh dirasai dan dikongsi..

Hantaran saya sangat simple.. Masih Tema Klasik, sebab tu saya gunakan bakul.. Tapi saya suruh Shah tolong spray warna putih.. Biar berseri bila digandingkan dengan warna hijau.. Saya nak tonjolkan barang hantaran, jadi saya gunakan hiasan & bunga yang minima.. Dibantu oleh 2 orang bestie sampai pukul 4 pagi sebelum majlis..


Sirih Junjung & Samping


Kain Ela (untuk buat baju nikah) & Kasut


Buah & Kek (beli 2 jam sebelum majlis)


Coklat



Kenapa alas dulang saya warna putih? sebab gambar ni diambil setelah sessi penyerahan hantaran.. OP adalah abang ipar Shah & datang sekali dengan rombongan.. Jadi banyak gambar semasa majlis berlangsung je.. OP pun free, jadi saya tak banyak complaint.. :)

Warna Tema Hanataran Shah adalah Grey.. Pada mulanya, Shah nak bagi 5 dulang + Tepak sirih.. Tiba-tiba last minute sponsor makcik dia sponsor puding pulak.. So, jadilah 7 dulang berbalas 7 juga..




Tepak sirih & cincin risik


Sirih Junjung & Duit Tanda (adat Johor)


Cincin tunang & Kain Ela + Tudung


Coklat


Puding



1 ulasan:

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...