Rabu, Disember 15, 2010

Warna & Konsep Majlis Risik + Tunang

Hijau.. Segala ton warna hijau ada dalam majlis saya.. Sebenarnya, saya pilih warna hijau sebab warna kegemaran mak saya.. Supaya tak kelihatan seperti pokok dan rumput, saya highligtkan dengan warna putih dan off-white..

source from here

Konsep asal majlis ni, Melayu Klasik.. Dapat inspirasi dari drama dokumentari TV3 yang ditayangkan pada Hari Raya Puasa yang lepas, "Manikam Kalbu". Kisah asal-usul baju kurung buat saya rasa bangga dengan keunikan adat & budaya bangsa melayu.. Disebabkan 2 minggu je tempoh persiapan, saya buat je ala-kadar.. Takde lah klasik sangat.. Tapi bolehlah.. Asal ada bau-bau klasik..

source from google

source from google & my-artis.blogspot.com

Bila tengok cerita "Lembing Awang Pulang Ke Dayang" kat Astro buat hati teruja nak pakai baju songket.. Suka tengok wanita melayu dulu-dulu jadikan kain sarung atau kain batik sebagai selendang.. Nampak sangat ayu & sopan.. Blog Khayrani Fadzlyny menguatkan lagi tekad saya nak gunakan selendang songket sebagai veil..

Bila mak offer kebaya songket bunga raya yang mak dapat sebagai hantaran kahwin dulu, hati melonjak2 riang.. Memang bersesuaian dengan konsep dan yang penting, jimat.. Tak payah beli atau sewa baju & veil.. Hahaha, nampak gaya b2b yang kedekut tak???..

2 ulasan:

  1. salam..hi! hehehe..tahniah dah bertunang..semoga jodoh berpanjangan dan kekal hingga ke anak cucu yer. ^_^
    saya pun baru jer bertunang.skang tengah prepare untuk kenduri bulan 3 ni.tapi saat ni ape pun tak buat lagi.haha.gila relaks ni.awk punya baju songket time tunang tu cantik la.ayu je.^_^.apa2 pun thanks for all d info.ada apa2 info yang best kongsi2 la ye.

    BalasPadam
  2. salam Husna.. terima kasih.. da nak masuk tahun baru ni.. semoga majlis awak bulan 3 ni berjalan lancar ye.. baju hijau 2 mak punya..^-^.. kalau awak ada apa2 info, jgn lupa kongsi ye.. keep in touch..

    BalasPadam

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...