Kad kahwin, kami order yang readymade je.. Memang tak ada masa nak design.. Maklumlah kami adalan Wedding Planner untuk majlis kami sendiri.. Disebabkan saya ni pembaca setia Majalah Pesona Pengantin, saya jumpa iklan promosi kad kahwin dari RedCard..
Kami terus walk-in ke kedai mereka dan terus pilih.. Isi borang & bayar deposit.. Selepas tu, kami hanya berbalas email untuk confirmkan isi kandungan.. Untuk peta lokasi rumah pengantin, saya lukis sendiri guna aplikasi
"Coral Draw".. Saya cuma nak pastikan penerima kad kami jelas dengan
peta lokasi.. Saya juga masukkan kod GPS bagi memudahkan pengguna GPS..
Walaupun kami hanya perlukan 700 kad, tapi promosi hanya untuk minimum 1,000 keping.. Kami proceed je dengan 1,000 keping sebab harga yang lebih murah..
Alamat RedCard di Johor Bahru :
Red Card Marketing (M) Sdn. Bhd.
66, Jalan Indah 1, Taman Bukit Indah,
Johor Bharu, 81200 Johor Bahru,
Johor.
Customer service mereka semasa edit isi kandungan dan font memang best.. Tapi, barang promosi taklah semengah yang diiklankan.. Contohnya, kad terima kasih yang diberi percuma, memang saya tak guna.. sebab langsung tak sama dengan kad.. Tapi memang tak dinyatakan pun dalam iklan ianya dari design yang sama.. Memang ada pro & kontra bila beli barang promosi.. Jadi saya redha..
Sumber : RedCard website..
Saya pilih design ni sebab, kena dengan konsep majlis resepsi kami iaitu Konsep Jawa..
Pesanan saya kepada b2b, semakin hampir hari perkahwinan, sila lah bersangka baik dan redha.. Pasti majlis akan berjalan dengan lancar.. Kalau kita meroyan, semua jadi kelam-kabut dan tak rasa happy pun masa majlis berlangsung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan