Selasa, Disember 31, 2013

Mertua vs Menantu

Salam blogger... Bila teringat drama bersiri mertua vs menantu di astro, senyum sendiri.. Macam-macam ragam mertua dan menantu bila tinggal sebumbung..

Sebelum kahwin, tidak terlintas langsung yang saya akan tinggal sebumbung dengan mertua atau ipar-duai.. Kami hanya mampu merancang, DIA yang menentukan..

Drama kami mencari rumah dan menumpang di rumah akak ipar boleh check dalam post Teratak Pertama SHAHAYANA.. Bulan ketiga perkahwinan, kami dapat rasa hidup berdua selama sebulan setengah.. Disebabkan  ibu dan bapa mertua saya selalu sakit dan perlu berulang-alik ke hospital, kami buat keputusan untuk bawa ayah, ibu dan adik Shah tinggal bersama.. Maklumlah, Sekurang-kurangnya, kami boleh jaga makan minum mereka..

Perkara asas bila tinggal sebumbung ni, hormat dan bertolak-ansur.. Hati orang tua sangat sensitif, mengalah adalah tindakan paling efektif.. Dari sudut positif, balik kerja rumah bersih, makanan dah siap terhidang, baju siap berlipat.. Kadang-kadang timbul rasa segan.. Memang ada Pro & kontra.. Tapi yang penting bersabar, bersabar, bersabar & positif.. Shah anak lelaki sulung.. Tanggungjawab saya agak berat sebab terpaksa ambil alih tugas Shah yang hari-hari kerja overtime sampai malam.. Uruskan keperluan rumah, kesihatan serta masalah ibu bapa mertua & adik beradik ipar..


Tips Tinggal Sebumbung dengan Mertua (Pengalaman saya)

1.                  Biasakan Diri & Bergaul Mesra
Biasakan diri dengan rutin keluarga mertua & cuba bergaul mesra.. Contohnya, cara pemakanan & aktiviti yang selalu mereka lakukan.. Saya biarkan je.. Makan je apa yang mertua masak.. Kalau terlalu pedas, saya kurangkan kuah.. Tak semua aktivi mereka saya sertai.. Tapi saya tolak cara baik & bagi alasan yang munasabah..

2.                  Ringan Tulang
Pandai-pandai bawa diri.. Bantu ibu mertua buat kerja rumah.. jangan jadikan mereka seperti orang gaji..

3.                  Tanggungjawab seorang isteri
Jangan abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.. Ingat, tindak-tanduk kita diperhatikan dan dinilai.. Contohnya, layan suami makan, ambilkan air bila suami pulang kerja..

4.                  Beri Ruang & Mengalah
Seorang ibu ada naluri ingin jadi contoh yang baik kepada menantu dalam menangani keluarga.. Jadi, bagi je mereka menang.. Tak payah nak pertikaikan walaupun cara kita tak sama.. Kalau bab memasak pun sama.. Tapi bila turn saya masak, baru saya ikut cara saya..

5.                  Jangan Kedekut
Bab bagi makan orang tua jangan kedekut.. Insya’ Allah murah rezeki.. pasti ada bahagian lain untuk kita.. 

6.                  Jangan campur tangan dalam perdebatan keluarga
Kalau mereka berkumpul sekeluarga, saya akan bagi peluang untuk mereka berbincang tanpa saya..

7.                  Cipta ruang privasi
Minta perhatian dengan cara yang sangat baik kepada mertua tentang ruang privasi terutamanya bilik tidur.. Nasib baik bilik kami ada bilik air..

8.                  Percaya pada pasangan
Ingat!!!.. Percaya pada suami.. Walaupun mertua atau ipar duai bercerita macam-macam, sila percaya pada suami anda.. Berbincang jika terdengar perkara yang mencurigakan dan jangan terus melenting..


Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...