Khamis, Mac 28, 2013

Bank Draft - Duit Hantaran

Salam B2B.. Hari ni saya nak cerita tentang bank draft atau dikenali sebagai banker cheque.. Maklumlah, tak de cheque book.. Guna lah Bank Draft..

Family Shah nak hantar duit belanja, tapi takut nak bawa cash bebanyak.. Walaupun rumah sebelah taman je.. Maklumlah, zaman sekarang ni macam-macam jenayah.. Kalau bank-in je, bank-in slip tu kecik sangat.. Bapak saya rabun skit.. So, kami buat keputusan untuk buat bank draft..

Contoh borang..

Contoh bank draft..

Senang je cara nak beli bank draft ni.. Isi borang (mintak kat customer service).. Saya bawak cash sebab bank RHB kat ground floor bangunan ofis saya je.. Siap-siap bawak cash, sebab ATM Machine boleh keluar maksimum RM2,000 je sehari.. Kalau ada buku bank senang lah.. Saya boleh lupa pulak letak buku bank kat mana.. Kalau nak deduct dari account bank, kena pastikan buat dekat bank tempat kita bukak account bank tu.. Leceh skit lah.. Tapi tak tau lah bank lain, RHB punya prosedur macam tu..

Bila clear kan bank draft ni, prosedur nya sama macam cek biasa.. Masuk kat cheque deposit machine & amik masa 2 - 3 hari bekerja..

* Sharing is caring.. Mana lah tau tips ni berguna kepada b2b yang lain..

p/s : Sebenarnya, banyak perkara yang saya tak sempat nak update.. Tinggal 2 bulan lebih je lagi.. Sibuk dengan kerja lagi.. Dan-dan ni lah assistant saya nak berhenti lak.. Kusut2.. Kawan-kawan, doakan kami ye..



Jumaat, Mac 01, 2013

DIY - Bunga Kecil aka Hiasan Doorgift

Salam semua.. Harini saya nak kongsi aktiviti DIY yang sedang saya usahakan dengan bersungguh-sungguh.. Harap korang masih ingat entry DIY Door Gift - Bekas Telur (2).. Bunga kecil sebagai hiasan penyeri cawan tu kurang lagi 300pcs.. 

Memandangkan banyak trend baru, maka tak jumpa lagi patern bunga yang sama.. Harga sekarang mahal okey.. Lebih kurang 45sen / pcs kalau beli banyak.. Nak cari warna yang dikehendaki sangat lah payah.. Setelah meronda dekat 10 kedai masih tak jumpa yang berkenan di hati (Cantik tapi murah..).. Akhirnya, hati nekad untuk DIY.. Huhuhu.. Saje nak tambah kerja, walhal tinggal 3 bulan je lagi..

Proses pembikinan..

Hasilnya..

 
Yang kiri, bunga kecil yang saya beli dulu.. Saja nak bandingkan.. 

Proses pembikinan baru 40%..  Tinggal sikit lagi.. Chaiyok2.. Dengan gigihnya, saya buat sorang-sorang ambil tengok cd drama Korea.. Maklumlah, saya kan anak sulong.. Adik-adik, kalau ajak pergi shopping, laju lah.. Kalau bab creativity ni adalah agak rabun.. Doakan saya.. Urusan melekatkan pada cawan, biar Shah yang buat.. Hahaha (Ketawa jahat).. Segmen mendera bakal suami..




Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...