Selasa, Julai 08, 2014

Review Baju Resepi - Konsep Jawa



Saya dan Shah berketurunan Jawa.. Saya inginkan majlis yang sederhana tapi diingati.. Sebab tu saya pilih konsep Jawa walaupun saya memang tak faham pun bahasa Jawa.. Tapi tak lah buat majlis yang ikut adat istiadat Jawa.. Adat Melayu berkonsepkan Jawa.. Maklumlah adat Jawa ni banyak.. Saya malas nak pikir banyak sangat..

Kami memang tak tukar-tukar baju, jimat masa.. Sebab, Shah kata dia nak majlis kami jadi majlis meraikan tetamu.. Outdoor photoshoot pun kami buat lepas majlis nikah.. Shah taknak tetamu yang datang tak dapat tengok pengantin sebab pengantin sibuk nak tukar baju, lepastu sibuk nak gi photoshoot lak.. Lepas bersanding & bergambar kami berjalan sekeliling dewan untuk beramah-mesra dengan tetamu, penanggah dan kawan-kawan..


Kalau ikutkan pakaian tradisional Jawa, lelaki pakai kain batik.. 
Tapi Shah taknak..

Saya memang request dengan Kak Iena aksesori kepala yang besar, bunga melati yang jurai-jurai & aksesori bling-bling kat belakang kepala (tak tau nama aksesori tu, main hentam je.. Hahaha..).. Shah pulak request Blangkon yang berekor panjang.. Kak Iena, custom made special untuk dia sebab kat butik semua yang biasa.. Saya suruh Shah pakai crown tapi dia taknak.. Bila tengok gambar, dia rasa ralat lak tak dengar cadangan saya.. Hahaha, padan muka..


Ketibaan kami disambut oleh paluan kompang dan persembahan silat..


Kami memang tak ada masalah dengan kasut sebab semua disediakan oleh Kak Iena.. Jimat masa, jimat wang dan menepati konsep.. Pakej lengkap..

Kami berdua pakai kasut ni.. Feeling Javanese abes..


Isnin, Julai 07, 2014

Review - Hantaran to her



Salam Ramadhan.. Hari ni, saya nak buat review tentang  hantaran dari pihak lelaki.. Dari pihak lelaki, mereka hantar pada bridal lain untuk buatkan.. Sponsor oleh kakak Shah.. 7 Dulang.. Warna tema hantaran mereka adalah MERAHGOLD + PUTIH


1. Sirih Junjung


2. Duit Maskahwin & Cincin


3. Buku Agama


4. Kasut


5. Body Shower


6. Handbag


7. Buah



Selasa, Julai 01, 2014

Review - Hantaran to him


Salam Menyambut Ramadhan.. Ini tahun pertama kami menyambut puasa di rumah sendiri.. Tahun lepas, lagi beberapa hari nak raya kami sibuk pindah masuk rumah sendiri.. Jadi memang tak sempat sangat feel berpuasa di rumah sebab sibuk mengemas dan buat persiapan raya di rumah mak mertua.. Jadi balun, buka puasa kat rumah mak je lah..

Hari ni, seperti yang dijanjikan saya akan update pasal hantaran dari saya untuk encik suami..

Vendor : DIY

Warna tema :  BIRU + TURQUOISE + PINK..

Bilangan : 9 dulang

Post terdahulu : DIY - Hantaran Me For Him, 

Awal-awal saya siapkan deko semua dulang.. Kemudia baru pelbagaikan cara penyusunan hantaran..



1. Sirih Junjung (Sponsor by my flower girl)


2. Tafsir Al-Quran



3. Cincin (Vendor : Kedai emas Smart, Pandan)



4. Gadjet (kebetulan Hp Shah hilang..)



5. Tali pinggang + Dompet



6. Kasut


7. Jam Tangan


8. Buah


9. Coklat



Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...