Selasa, Julai 08, 2014

Review Baju Resepi - Konsep Jawa



Saya dan Shah berketurunan Jawa.. Saya inginkan majlis yang sederhana tapi diingati.. Sebab tu saya pilih konsep Jawa walaupun saya memang tak faham pun bahasa Jawa.. Tapi tak lah buat majlis yang ikut adat istiadat Jawa.. Adat Melayu berkonsepkan Jawa.. Maklumlah adat Jawa ni banyak.. Saya malas nak pikir banyak sangat..

Kami memang tak tukar-tukar baju, jimat masa.. Sebab, Shah kata dia nak majlis kami jadi majlis meraikan tetamu.. Outdoor photoshoot pun kami buat lepas majlis nikah.. Shah taknak tetamu yang datang tak dapat tengok pengantin sebab pengantin sibuk nak tukar baju, lepastu sibuk nak gi photoshoot lak.. Lepas bersanding & bergambar kami berjalan sekeliling dewan untuk beramah-mesra dengan tetamu, penanggah dan kawan-kawan..


Kalau ikutkan pakaian tradisional Jawa, lelaki pakai kain batik.. 
Tapi Shah taknak..

Saya memang request dengan Kak Iena aksesori kepala yang besar, bunga melati yang jurai-jurai & aksesori bling-bling kat belakang kepala (tak tau nama aksesori tu, main hentam je.. Hahaha..).. Shah pulak request Blangkon yang berekor panjang.. Kak Iena, custom made special untuk dia sebab kat butik semua yang biasa.. Saya suruh Shah pakai crown tapi dia taknak.. Bila tengok gambar, dia rasa ralat lak tak dengar cadangan saya.. Hahaha, padan muka..


Ketibaan kami disambut oleh paluan kompang dan persembahan silat..


Kami memang tak ada masalah dengan kasut sebab semua disediakan oleh Kak Iena.. Jimat masa, jimat wang dan menepati konsep.. Pakej lengkap..

Kami berdua pakai kasut ni.. Feeling Javanese abes..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...