Isnin, September 09, 2013

Teratak Pertama SHAHAYANA..


Happy Monday.. Harini, off topic pasal wedding.. Nak cerita kehidupan lepas kahwin..

Lepas majlis persandingan, kami bermalam di rumah keluarga saya.. Satu malam je.. Lepas tu, kami bermalam di rumah keluarga Shah 2 malam.. Bukan pilih kasih ye kawan-kawan, sebab rumah saya tak banyak bilik.. Kesian pulak kat makcik n pakcik yang masih blom hilang penat bantu majlis saya kena tidur luar sebab nak bagi can kat pengantin.. Huhuhu..

Lepas tu, kami terus pindah masuk rumah kakak Shah.. Kira kakak ipar saya lah kan??.. Nak tau kenapa kami tak cari rumah sendiri?.. Banyak drama sebenarnya sebelum majlis kami berlangsung.. Dari A sampai Z, semuanya jadi isu.. Tapi kami cuba bersangka baik.. Alhamdulillah dipermudahkan..

Sebulan sebelum majlis, kami dah cari rumah sewa yang sangat menepati citarasa kami.. Pakcik tuan rumah tu pun berjanji seminggu sebelum majlis kami, kami boleh masuk rumah dan serah deposit.. Tapi malangnya, pakcik tu tak dapat dikesan bila sampai waktunya.. Lagi seminggu, mana ada masa nak cari rumah lain.. Akhirnya, Shah buat keputusan tinggal sementara di rumah kakak dia, yang betul-betul berhadapan dengan rumah mak mertua saya..

Mula-mula rasa kekok tinggal dengan ipar, banyak dugaannya.. Tapi saya cuba biasakan diri.. Bukan senang nak cari rumah sewa.. Bila dapat, kami kena tunggu lagi sebulan tunggu penyewa sebelumnya keluar.. Akhirnya, selepas dua bulan menumpang dirumah kakak ipar, kami dapat mulakan hidup berdua.. 

Ruang tamu dari pintu masuk..

Pelik sikit sebab masuk je nampak meja makan dulu, dapur sebelah kanan.. Lepas tu baru ruang tamu.. Perabot asas je.. Kami sedang kumpul sikit-sikit.. Kebanyakan perabot kami angkut dari rumah keuarga, kawan-kawan bagi.. Untung juga kerja dalam bidang hartanah ni.. Kadang2 client dah nak letgo TV, Negotiator kami yang uruskan residential akan tanya saya nak x.. Alhamdulillah, semua yang asas kami ada..

Dah sebulan kami bermastautin di rumah ni.. Mak dan Ibu mertua yang menyumbangkan idea untuk susun-atur perabot.. Langsir, mak saya jahitkan khas untuk saya.. Sweetkan??..




Selasa, September 03, 2013

Review - Make-up

Salam 1 blogger, ampun bebanyak.. Kehidupan lepas kahwin sangat sibuk.. Kerja kat ofis pun semakin banyak.. Ni free pun sebab bos pergi business trip kat London..

Memandangkan saya banyak hutang, hari ni kita mulakan dengan review make-up.. 




Dua hari yang buat saya perasan yang saya adalah seorang perempuan yang cantik.. Giler perasan kan??? Huhuhu.. 


Kak Iena dari Clasic Bridal House


Ni assisstant Kak Iena.. Lupa lak nama dia..






Rabu, Jun 19, 2013

31 May 2013


Salam Blogger.. Mintak ampun banyak-banyak kat kawan-kawan blogger.. Banyak sangat post saya tak update.. Nak buat Save the Date pun tak sempat.. Banyak sangat drama sebelum dan selepas majlis.. Buat saya hilang mood nak meng-update.. Mungkin semua tu dugaan.. Tapi, Alhamdulillah.. Kami selamat menjadi suami isteri dengan sekali lafaz..








Selasa, Mei 14, 2013

Teaser - DIY Veil Nikah


Salam blogger.. Walaupun masa agak suntuk, project diy veil nikah saya masih belum selesai.. Tinggal sikit je lagi.. Doakan saya ye kawan-kawan..




Jumaat, Mei 10, 2013

Warna Tema & Konsep Majlis Persandingan


Salam blogger.. Warna tema majlis persandingan SHAHAYANA adalah PUTIH + MERAH + GOLD..

Source from Here 

Memandangkan kami berdua adalah Anak Jawa, konsep majlis kami adalah Jawa.. Padahal, saya tak pandai & tak faham pun bahasa Jawa.. Tapi keluarga kami adalah Jawa sejati.. Walaupun tak berapa nampak Jawa sangat, kami cuba masukkan elemen-elemen Jawa dalam majlis kami..


Tengok ticker tinggal 3 minggu.. Saya masih berfoya-foya.. Ya Allah, kau permudahkan urusan perkahwinan Muhamad Shafiq bin Shari dan Radiana binti Agus.. Amin..

p/s : Doakan kami ye kawan-kawan..


Khamis, Mei 09, 2013

Warna Tema Majlis Pernikahan


Salam semua.. Warna tema majlis pernikahan SHAHAYANA adalah warna BIRU + TURQUOISE + PINK.. Tapi saya pakai baju warna off-white.. Suci gitu..


Source from here

p/s : Kawan-kawan, doakan supaya urusan kami dipermudahkan dan dimurahkan rezeki ye.. Banyak dugaan dan ujian, tapi kami cuba positif..


Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...