Isnin, September 05, 2016

Masih Belum Ada Rezeki

Lebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Wedding ticker kat sebelah menunjukkan dah 3 tahun 3 bulan & 5 hari kami berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat.. Belum ada rezeki.. Insya' Allah suatu hari nanti..

Macam-macam usaha yang kami buat.. 3 Disember 2016, saya operation fibroid.. Next post saya akan share pengalaman mempunyai fibroid & operation yang saya jalani.. Setelah 9 bulan operation, "masih belum ada rezeki".. DIA tahu yang terbaik untuk kami..








Khamis, Disember 31, 2015

Exchange Link!!!

Hi everybody!!!!.. dah ramai yang buat entry ni, saya baru terkedek-kedek nak post.. Harap2 bloger2 sekalian sudi exchange link dengan saya.. Maklumla, kadang2 main follow je, tapi dalam profile takde link.. tu yang tak dapat nak follow balik..

Sila nyatakan sekali ye korang ni b2b ke, mantan b2b ke & dari negeri mana.. biar senang nak wat rujukan.. kalau nak mention full biodata pun boleh.. huahuahua..

Selamat ber"exchange link"... (mesti cikgu b.m saya marah bila baca, hahaha..)

Sabtu, Jun 13, 2015

Senarai Lagu Gamelan Majlis Resepsi


Uhuk, uhuk.. Berhabuk dah blog ni.. Lama tak menulis.. Masa bongkar fail-fail lama dalam external hard disk, tetiba terjumpa fail lagu yang saya download untuk majlis resepsi dulu.. Burn CD lagu sendiri siap2 bagi kat DJ.. Tetiba terkenang memori menguruskan majlis kahwin sendiri.. Penat, tapi sweet..

Sepanjang majlis, DJ memainkan lagu cinta yang sweet-sweet je.. Awal-awal dah pesan taknak lagu frust menonggeng sebab orang datang majlis nak happy..

Tapi, start pukul 12.00 tengahari sehingga kompang pengantin berbunyi, saya request lagu gamelan..  Sebab majlis saya kan konsep Jawa.. Saya siapkan link untuk download sekali.. Mana tau ada b2b yang memerlukan.. Tak payah bersusah payah cari satu2 macam saya dulu..

  1. Gamelan Antawada.mp3
  2. Gamelan Ayak-Ayak.mp3
  3. Gamelan Gendang Sembilan.mp3
  4. Gamelan Kembang Pacar.mp3
  5. Gamelan Lambang Sari.mp3
  6. Gamelan Perang Manggung.mp3
  7. Gamelan Selanting.mp3
  8. Gamelan Timang Burung.mp3
  9. Gamelan Togok.mp3
  10. Gamelan Topeng.mp3

Selasa, Mac 24, 2015

Doorgift - Majlis Kahwin Sepupu

Salam Tuesday Blues.. Hehehe.. Semalam Johor Public Holiday, arini la baru blues.. Saja nak share idea untuk doorgift yang praktikal, tupperware yang comel.. Boleh DIY kalau kreatif.. Saya dapat dari majlis kahwin sepupu.. Sekarang, tupperware ni saya guna untuk simpan brooch..


Doorgift Tupperware




Jumaat, Februari 13, 2015

DIY Doorgift - Homemade Chocolate


Salam Jumaat.. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Hasbullah Awang & Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Sayu rasa pagi ni.. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin..

Kesinambungan dari post Majlis Tunang Adik Bongsu, kami bagi homemade chocolate.. Kami bungkus 4 biji (2 coklat + 2 coklat putih) dalam plastik dan masukkan ke dalam tupperware kecil..








Rabu, Disember 24, 2014

DIY Sticker - Thank You Tag for Doorgift


Salam Rabu.. Harini saya sibuk buat back-up (salinan pendua) data dalam komputer, terjumpa pula design sticker untuk Thank You Tag untuk Doorgift Majlis Persanding saya.. Saya buat design serupa dengan design kad kahwin saya dari Red Card Marketing (M) Sdn. Bhd.  Sila lihat post Review - Kad Kahwin (RedCard)..

Sebenarnya, saya dapat free TQ tag semasa tempah kad, tapi design langsung tak sama & tak de print nama kami.. Saya malas nak complaint sebab barang free.. Lagipun salah saya sebab tak tanya banyak tentang free gift masa tempah kad.. Jadi saya ambil keputusan buat sendiri.. Saya guna software CorelDRAW X3.. Guna design kad kahwin (sedih dengan TQ tag yang diberi percuma).. Print kat office guna kertas sticker yang disponsor oleh family in-law.. Jadi, kos saya DIY sticker kali ni adalah RM0 + usaha dan kreativiti.. Hehehe, jimat-jimat..





Sabtu, Disember 20, 2014

Hari-hari Masak Walau Bekerja - Tom Yam Paste Segera


Saya suka masak sebab Shah memang suka makan di rumah.. Kami hanya makan di luar atau tapau pada hujung minggu ataupun bila saya sakit.. Hari Ahad adalah hari saya dan Shah bermalas-malasan.. Buat kerja rumah pun sikit-sikit je.. 

Pesakit fibroid macam saya ni akan sakit hampir setiap kali period.. Bukan setakat sakit, sampai tahap tak larat nak pijak lantai pun.. Biasanya, bila saya sakit, mak akan masak untuk kami.. Maklumlah, dari rumah mak drive 5 minit je..

Shah suka makan lauk yang berkuah, terutamanya sup, tomyam dan gulai.. Senang.. Kalau saya tak sempat nak de-frost ikan atau ayam, masak gulai yang paling mudah dan jimat masa.. Dalam masa yang singkat untuk masak, kadang-kadang saya guna yang segera juga.. Tapi bukan 100%, saya modified juga rasa mengikut citarasa suami..

Panjang sangat mukadimah.. Nak citer pasal tentang Tom Yam Paste segera je kot.. Setelah banyak eksperimen yang dijalankan, saya memang stick dekat jenama ni je.. Maklumlah, masak tom yam sangat mudah.. Tak payah masak banyak jenis lauk.. Campur je ayam, daging dan sayur-sayuran..



Tom Yam paste favorite.. Jenama Peace Brand..


Resepi Tom Yam Ayam Daging cara saya.. 
Hahaha.. Suka-suka bagi nama..

Bahan-bahan (2 orang) :
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 inci halia - di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
1 batang serai - di ketuk
Cili padi (ikut suka) - di ketuk
3 Sudu besar tom yam paste segera
Ayam dan daging potong kecil
Bunga kobis, lobak merah, cendawan, putik jagung, tomato
Jus limau nipis
Garam
Daun ketumbar
4 cawan air


Cara-cara :

Tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi dan tom yam pes segera, menggunakan sedikit minyak (saya memang guna sikit je minyak zaitun).. Bila naik bau, masukkan air.. 

Masukkan ayam dan daging.. Biarkan sebentar.. Bila sudah mendidih, masukkan jus limau nipis dan garam.. 

Akhir sekali masukkan sayur, sayuran. Kecilkan api sebentar, kemudian matikan api..Tabur hirisan daun ketumbar sebelum menghidang..


Selamat mencuba..



Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...