Isnin, Julai 30, 2012

Dulang Hantaran

Jumaat lepas, adik saya pergi ke Melaka untuk temankan kawan dia yang akan berkahwin  ogos ni untuk membeli persiapan kahwin.. Alang2, saya kirim dulang hantaran.. Hasil perbualan melalui video call, inilah hasilnya... Cantik dan murah!!!..


Vendor : VR Star, Nilai
Harga : RM9.90 / pcs..

Kat JB, x dapat harga camni.. Sedang mencari idea untuk deko.. Disebabkan dulang ni rendah, kena cari idea supaya hantaran nampak tinggi..

Selasa, Julai 17, 2012

Sequin Chiffon aka Kain baju nikah

Ramai b2b suka dengan chiffon.. Saya pun teringin nak pakai chiffon masa nikah.. Sebenarnya dah beli material lace yang sangat simple wakna pink masa Shah bagi hantaran bertunang.. Tapi bapa saya request warna putih untuk nikah.. Jadi kami pun beli kain baru.. 

Harga beaded chiffon agak mahal.. Memandangkan saya ni b2b yang kedekut, so saya memilih chiffon yang berlabuci.. Tak tau orang panggil apa.. Saya panggil Sequin Chiffon.. Kain ni warna off white, labuci warna silver.. Bila kena cahaya, dia berkilau je.. Jadi saya hanya akan tambah sikit beads pada kaki baju supaya dia berat skit dan jatuh cantik pada badan..



Saya beli di JJ Textile S/B di Giant Tampoi.. Customer service yang sangat best.. Rasa macam nak pergi lagi.. Recommended!!!

Saya nak buat baju kurung modern macam dalam gambar ni.. (Source from Majalah Pesona Pengantin).. Sangat suka dengan kain yang plain tapi flowing.. Ala2 suci gitu..

* Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. -Amin-

Isnin, Julai 16, 2012

Stress Semasa Membuat Persiapan Perkahwinan..

Salam Isnin, blogger.. Blog ni dah bersawang.. Maklumlah, kekangan masa dan kemalasan yang melanda di tahap kritikal membuatkan lama saya tak update blog..

Ramai orang kata banyak dugaan masa bertunang.. Saya dapat rasa bahangnya.. Tapi, alhamdulillah kami dapat harungi dengan tabah..

Sekarang ni, FFIL saya tengah menunggu giliran untuk operation kat HSA.. Nasib baik bukan penyakit yang kritikal.. Cuma pembedahan kecil.. Tapi saya cuba berpandangan positif.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. Sedikit tips dari saya :

  • Bila dengar perkara yang kurang menyenangkan, sila BERTENANG.. Tarik nafas dalam2.. Jangan panik..
  • Jangan suka dengar khabar angin atau cakap2 orang.. SIASAT dulu.. Dikhuatiri sebab khabar angin, kamu berperang dengan tunang kamu.. Walaupun yang memberi khabar tu keluaga sendiri atau bakal keluarga.. Kadang2 mereka ni pun cuma dengar khabar angin..
  • Yang paling penting, jangan buat keputusan sendiri.. BINCANG... Lelaki rasa terabai kalau kita tak bincang dengan mereka walau sebenarnya kita memang dah buat keputusan.. Sekurang2nya, kita dengan pendapat mereka..
  • LUAHKAN perasaan pada orang yang rasional lebih baik berbanding keluarga.. Kata2 keluarga biasanya akan berat sebelah.. Kawan yang baik mestilah orang yang menegur kamu jika kamu salah, bukan yang sentiasa menyokong setiap tindakan kamu..
  • Cari cara ALTENATIF untuk menangani stress.. Kalau saya dan Shah, biasanya kami suka pergi lepak kat Stulang, dengar bunyi ombak sambil mkn tahu bakar atau steambot.. Ataupun lepak kat Hutan Bandar sambil bagi makan ikan atau kura2 kat tasik.. Masa ni lah kami bebincang dan fikirkan PLAN B.. 
  • BERDOA.. Minta dari DIA dipermudahkan segala urusan..

Walau nampak remeh dan senang, tapi bukan mudah untuk melaksanakannya.. Mungkin Ex-B2b ada tips yang boleh dikongsi untuk hadapi stress..

* Doakan kami supaya dipermudahkan segala urusan.. AMIN..


Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...