Khamis, Jun 26, 2014

Review - Hantaran


Harini, saya nak buat review tentang hantaran kami pada hari kejadian.. 

Hantaran dari kedua-dua pihak..

Dari pihak perempuan, saya DIY sendiri seperti dalam post sebelum ni, DIY - Hantaran Me For Him, Bunga-bungaan - Ayer Itam & Dulang Hantaran.. Cuma Sirih junjung, saya niat nak upah orang buat sebab fresh flower dan saya tak cukup masa.. Tapi saya dapat free je.. Sponsor oleh flower girl saya.. Warna tema untuk hantaran saya adalah  BIRU + TURQUOISE + PINK..

Hantaran for him

Dari pihak lelaki, mereka hantar pada bridal lain untuk buatkan.. Sponsor oleh kakak Shah.. Warna tema hantaran mereka adalah MERAHGOLD + PUTIH

Hantaran for her

Alhamdulillah, sponsor di saat-saat akhir ni walaupun hanya perkara kecil buat saya rasa happy sangat pada majlis nikah kami.. Tu yang buat muka rasa berseri-seri (hahaha.. perasan sikit).. Mungkin, tak nampak dengan jelas rupa hantaran kami.. Next post saya akan highlight kan satu persatu..


Rabu, Jun 25, 2014

Review - Kereta Pengantin


Kejutan dari bakal adik ipar (sekarang dah jadi adik ipar), kereta pengantin.. Beliau sendiri yang jadi driver kami.. Sebenarnya, kami dah standby kereta lain.. Sehari sebelum majlis, adik bagitau yang bakal suami dia nak buat kejutan kereta pengantin..

Alhamdulillah, walaupun banyak DUGAAN BERTUNANG  yang kami tempuhi, tapi majlis kami berjalan lancar.. Allah gantikan dengan nikmat yang memang di luar jangkaan kami..

Classic Bridal House juga yang deko kereta pengantin..







Selasa, Jun 24, 2014

Alhamdulillah, walaupun.......


Alhamdulillah,  walaupun rumahtangga kami masih belum lengkap.. Tapi, kami sangat bahagia.. Anak adalah soalan wajib setiap kali kami berselisih dengan saudara-mara ataupun kawan-kawan.. Letih juga nak jawab.. Tapi memandangkan mereka sangat ambil berat, kami cuba positif.. Setiap kali ditanya, jawapan kami, "belum ada rezeki lagi, jangan lupa doakan ye".. Secara spontan diorang tak jadi nak ceramah panjang.. Automatik terdetik dalam hati mereka mendoakan kita..

Banyak sebenarnya dugaan dalam rumahtangga kami.. Lain-kali saya share ye..  Alhamdulillah,  setakat ni, kami dapat lalui dengan sabar & positif.. Kami percaya, DIA bagi ujian kecil untuk kami, kemudian digantikan dengan nikmat yang besar.. Shah selalu pesan, "Sabar, Insya' Allah ada bahagian lain untuk kita.."




Rabu, Jun 18, 2014

1st Anniversary - 31.05.2014


Lambat post.. Saya pun kadang-kadang tak pasti apa yang buat saya terlalu sibuk.. Tapi kami sama-sama sibuk.. Jadi memang tak sempat nak celebrarate bagai.. Cuma Shah bagi hadiah yang comel (psst, harga emas masih murah sekarang ni.. sila ambil kesempatan..)




Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...