Alhamdulillah, walaupun rumahtangga kami masih belum lengkap.. Tapi, kami sangat bahagia.. Anak adalah soalan wajib setiap kali kami berselisih dengan saudara-mara ataupun kawan-kawan.. Letih juga nak jawab.. Tapi memandangkan mereka sangat ambil berat, kami cuba positif.. Setiap kali ditanya, jawapan kami, "belum ada rezeki lagi, jangan lupa doakan ye".. Secara spontan diorang tak jadi nak ceramah panjang.. Automatik terdetik dalam hati mereka mendoakan kita..
Banyak sebenarnya dugaan dalam rumahtangga kami.. Lain-kali saya share ye.. Alhamdulillah, setakat ni, kami dapat lalui dengan sabar & positif.. Kami percaya, DIA bagi ujian kecil untuk kami, kemudian digantikan dengan nikmat yang besar.. Shah selalu pesan, "Sabar, Insya' Allah ada bahagian lain untuk kita.."
Source from http://inspirably.com/quotes/by-saun-chatami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan