Salam Isnin Biru.. Maaf, blog saya dah tumbuh lumut.. Sejak lepas kahwin, banyak dugaan yang kami suami isteri tempuhi.. Jatuh bangun kami lalui berdua.. Lebih setahun kami bernikah, tapi masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.. Kali ini post agak panjang, harap tak membosankan..
Kami cuba positif.. Mungkin Allah merancang yang lebih baik untuk kami.. Alhamdulillah, walaupun kami baru setahun jagung menempuh alam perkahwinan, namun rezeki kami agak stabil untuk kami memenuhi keperluan serta kehendak kami dan kedua ibu bapa kami..
Ramai juga yang bertanya, lebih-lebih lagi bila adik kedua saya yang berkahwin Februari lepas, dah mengandung 8 bulan.. Saya bahagia, tapi sedih juga.. Macam-macam usaha yang kami buat, tapi belum berhasil..
Empat bulan lepas, saya pergi buat pemeriksaan di pakar puan, saya disahkan FIBROID.. Sedih, hancur, luluh hati.. Tapi saya percaya, setiap dugaan yang Allah bagi pasti ada hikmahnya.. Boss saya yang beria-ia offer nak tanggung semua kos pembedahan, buat saya rasa happy sikit.. Tapi doktor tak benarkan untuk buat operation sebab, keadaan fibroid saya yang akan menyebabkan doktor terpaksa buang rahim.. Sedih kan???..
Doktor suruh saya positif.. Cara terbaik adalah berusaha untuk mengandung.. Doktor kata, memang susah sikit, tapi tak mustahil.. Bila kami suami isteri buat ujian kesuburan, alhamdulillah kami berdua normal.. Cuma mungkin belum tiba masanya lagi..
Keluarga nasihatkan kami untuk beri lebih masa untuk kami berdua dating.. Maklumlah, sejak lepas kahwin kami terlalu sibuk dengan karier dan ibu-bapa masing-masing.. Jadi kami jarang ada masa berdua walaupun kami tinggal berdua je.. Maklumlah, kedua-dua keluarga kerap datang lepak di rumah kami.. Sebab tu, saya cakap setiap perkara ada hikmahnya, sekarang kami diberi lebih ruang untuk kami berdua.. Shah pun cuba kurangkan OT.. Saya pula, cuba kurangkan bawa kerja ofis ke rumah.. Boss pun kurang bagi tekanan bila saya bercuti, biasanya walaupun bercuti, hp saya memang sentiasa bedering.. Semua cuba memahami kami..
Insyaallah...saya doakan semoga Allah murahkan rezeki awak...semoga awak dan semua perempuan dapat nikmat mengandung dan melahirkan anak...amin
BalasPadam