Khamis, Februari 11, 2010

Bunga Telur

Berangan nak bunga telur camni.. Very simple n nice.. credit to them..


source from here


also like this..

source from here



bunga telur berangan tahap gaban


source from here


Nak DIY, tapi x tau nk cri bahan kat mana di JB ni.. sapa2 yg tau mana leh aku cari brg2 tok DIY bunga ni, sila la share.. tp jgn la jejauh..

Selasa, Februari 02, 2010

DIY Door Gift - Favor Box (lagi..)

Ini lah hasil favour box yang telah ditouch-up.. Lepas print template, Shah dgn bersungguh-sungguh lipat suma kotak2 ni.. Aku cuma tampal reben + jd Quality Inspector.. Hahaha... Order je kan?..

Khamis, Januari 28, 2010

DIY Door Gift - Favor Box Template

Sila download pdf file untuk template DIY Door Gift - Box :

DIY Door Gift - Box Template

  • Aku guna paper A4 160gm.. terpulang kat korang nk guna paper apa..
  • Jgn lupa double tape, gunting / cutter
  • Page 1, tutup box.. Page 2, box yg bawah lah (x tau nk panggil apa)..
  • Garisan putus2 - gunting / potong
  • Garisan biasa - lipat
  • Ble dah siap, jgn lupa hiaskan secukup rasa..

Tips :
  • Suggest guna A4 paper drpd kertas size yg lebih besar sbb leceh nak ukur, lukis lg.. kalau guna A4, korang cuma fotostat template kat atas ni.. then gunting ikut garisan.. simple n jimat masa..
  • Tak semestinya kena ikut exactly kat garisan template. Biasanya ble dah lipat, korang kena pandai2 adjust skit.. Sbb, aku draw template ni guna imaginasi aku yg ske berangan ni.. Maklumlah, curi waktu kerja.. Tp korang jgn risau sbb aku dah aplikasikan template tu, gerenti jadik..

DIY Door Gift - Favor Box

Hari ni nak citer pasal box yg telah kami DIY untuk letak Tasbih (Ingat tak entry Tasbih Cinta).. Tolong abaikan mejaku yg b'sepah itu.. Ni versi belum siap hias ngan reben..



p/s : korang rasa, patut tak aku post template utk buat box ni? Mslhnya, ada ke org yg berminat nk buat?

Sabtu, Januari 23, 2010

Bendera Separuh Tiang

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor pada jam 7.15 malam tadi. So, arini Johor cuti.. Bendera Johor pun dikabarkan separuh tiang.. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat. Al-fatihah.....

Semua kerabat diraja akan berkabung 40 hari, manakala rakyat biasa akan berkabung tujuh hari start arini.

Peraturan berkabung :
  1. Lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.
  2. Lelakit bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam.
  3. Pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.
  4. Wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih.
  5. Wanita bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.

Jenazah Almarhum akan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, pada jam 1.20 tengah hari dan dijangka dimakamkan pada jam 2 petang.

Bagi sesapa yang nk menghadiri upacara pemakaman pun ada kod pakaian k, jgn main redah je.. pakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu. Bagi orang bukan Melayu lak kena pakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.

p/s : tgh dok pikir slama 7 hari ni kena pakai tudung putih.. cam g skolah lak..

Jumaat, Januari 22, 2010

Petua Tradisional

Gambir Penawar Gatal
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

Hilangkan Daki dan Bau Badan
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

Ketiak Hitam
Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Hilangkan Parut
Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.

Khasiat Oat
Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.

Menurunkan Berat Badan
- Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

- Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

- Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

- Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Perut Buncit
Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

Sengal Tulang
Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan.

Keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Rabu, Januari 20, 2010

Tasbih Cinta..

Macam tajuk citer lak.. Discuss ngan Shah pasal door gifts time nikah. Yang best nye, Shah mesti layan stiap kali aku bukak citer pasal wedding preparation.. Itu yang buat tambah sayang.. hehehe.. Jangan ada yang muntah darah ble baca entry ni ea.. hik3..

Mula-mula ktorang berkenan ngan surah yassin yang siap print nama, tp ble dikaji cam kurang sesuai lak.. Mana tau ada yang period atau letak sepah2 ke.. Macam2 kebarangkalian yang kami pikir.. At last, ktorg decide nak bagi tasbih (pengaruh citer ni)..

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...