Rabu, Januari 20, 2010

Fairy Tale..

Semalam g tgok movie Adnan Sempit kat CS, cam Fairy Tale Story lak.. Tp sepanjang tgok movie ni, Shah senyum je.. Orang lain ketawa tak hingat, dia senyum je.. Dalam keta, aku tanya pendapat dia tentang citer tu.. Dia jawab, "Cam lebih kurang citer kita kan?".. Terus dia tanya, "Syg, sepanjang kte bersama, u rasa bahagia x?"..



Kredit to Ahmad Idham, revolusi citer melayu.. Barisan pelakon yang best.. Jalan citer yang simple n x nmpk plastik..

Cinta macam coklat kan? Ble tak de, rasa cam x complete je.. Ble dapat memang syok!!.. Ble terlebih makan, sakit lak.. Tapi cinta tu suci, so x patut timbul isu darjat or pangkat.. Yang penting kte ikhlas, inya'allah cinta tu bersatu..

Selasa, Januari 19, 2010

Theme Colour..

Famly Shah nak tukar kaler lak, Gold + White..

Tak kesah lah, asalkan cantik.. I follow..
Nak gi tgok movie jap lg ni.. Adnan Rempit.. Ramai yg suggest, kata best.. Kena tgok dlu bru judge..

Ahad, Januari 17, 2010

DIY Door Gift - Bekas Telur (2)

Ingat lagi x entry lepas, ni la hasilnya..



-



-



-



-



-
tadaaaa...

Baru 65% siap.. Akanku siapkan dengan penuh semangat.. chaiyoo2.. Air tangan pengantin k.. Tak terdapat dipasaran.. Tak leh tunjuk lelebih.. Nanti tak suprise lak.. Klu org nak copy pun, biarlah lepas november.. Yang penting aku jadi perintis k..

Aku plan nak isi telur pindang (anak jati Johor la katakan..).. Aku buat special untuk tetamu yang datang.. May b ada yg rasa cam awal sangat buat door gift.. Tapi pada aku, biarlah.. Tak nak telepas pandang ble majlis dah nak dekat nanti.. Bukannya nak perfect sgt.. Selagi boleh elak, kita elak.. Masa tu, lagi banyak benda yg nak difikirkan..

Rabu, Januari 13, 2010

DIY Door Gift - Gift Box (2)

Terharu sangat masa kol my dear (shah) smalam..

me : ngah wat pe 2? (ayat wajib tanya stiap kali tepon)
shah : tengah siapkan kte punya gift box.. tinggal skit lagi ni, t da siap baru i kol u balik ea..
me : ... (speechless)
shah : nape ni?
me : u ni teruk la..
shah : nape syg?
me : menyampah la dgn u ni, ske buat i terharu tau..
shah : x de la, ni kan tanggungjawab i jgk..
me : ye la, tp biasa mana de lelaki yg b'sungguh2 nk main gunting2 kertas ni, keje remeh la katakan..
shah : x kan la buat persiapan kahwin kita, benda remeh.. klu camtu, kte kahwin pun kira remeh la..
me : tima kasih syg..

sori, kalau ada yg nyampah ngan entry yg gedix ni.. biasanya, ktorang buat gift box ni sesama stiap kali shah cuti.. tp smalam kan dia keje, so x sangka yang balik krj dia trus ngadap gift box 2..

ble da siap touch-up suma aksesori kat gift box tu aku akn post gambar dia.. arini lepas krj nk g check hasil kerja shah la.. cam Q.C lak hik3... but seriously, he always make me touching... waaaa... (air mata terharu)

Selasa, Januari 12, 2010

Berangan nak DIY Bunga Dip

Mana nak cari bahan-bahan untuk buat bunga dip kat area jb ni ea?..
Maklumlah, x pernah tau bab bunga-bunga ni..
Tapi berangan nak buat..

Isnin, Januari 11, 2010

Adat Perkahwinan Melayu

Dalam sibuk menggoogle, tetiba jumpa artikel ni. Ada yg biasa dengar, ada yg x prnh tau pn.. x sure lak adat ni utk certain negeri atau x.. Sumber dari laman web Sektor Kebudayaan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan

MERISIK ATAU MENINJAU
Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

UPACARA PEMINANGAN
Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang.

UPACARA MENGHANTAR TANDA
Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.

HANTARAN BELANJA
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.

MENJEMPUT
Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

UPACARA NIKAH
Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.

BERINAI BESAR
Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

HARI PERSANDINGAN
Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

SAMBUT MENANTU
Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

Selasa, Januari 05, 2010

Pusat Aksesori Pengantin

Lama x update blog.. bz skit sjak akhir2 ni..
bz wat survey..

Semalam, g survey kdai aksesori pengantin ngan my dear..
Saje jek nk cri bunga telur murah2..
Then jumpa..
Memang xcited gler RM19.90 (50 pcs)..
Memang murah banget..
Tp bunga telur yg biasa je la..
Harga brg kat kdai ni mmg agak murah dr kat tmpt lain (maksud aku kat jb)..
Drpd g jauh2 kat Ayer Itam kn?..
Save skit minyak..

Bride to be dr jb leh la pegi kdai 2 kat Pandan City (Dpn Psr Borong Pandan)..
Nama kdai tu PUSAT AKSESORI PENGANTIN OK (memang OK)..
Depan Hotel Pandan..xtually kat situ ada 2 kdai..
Tp kdai yg aku pegi ni, kdai bru..
Sbb bru bkk, so harga memang best gler..
Paper bag pn murah2 then blh mntk tawar lg..
Owner dy pn friendly..

So, dgn hati yg b'bunga2, aku pn borong ar kat kdai 2..
Sambar bunga telur 150 pcs (wat tmbh2), alas dulang 9 pcs, ribbon 12 roll (utk wat doorgift) dan paper bag 100 pcs..
My dear pn x ketinggalan shopping cam pompuan..
Dia pn amik bunga telur 100 pcs, kaki pahar dan souvenir utk my famly..
Abes RM300++ gak..
Tp ok kn harga tu, kira mampu la..

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...