Selasa, Ogos 17, 2010

Butik Pengantin JB - Aroma Bridal

Cuba tengok piture ni betul2..



Alternatif lain kalau b2b tak sempat nak tempah kek..


Fruit Tower
Both pic taken from facebook Nana Aroma

Kali nak post entry pasal Aroma Bridal lak.. Kedai diorang ni kat depan pasar Kampung Melayu Majidee, JB. Mereka ni kreatif sangat... Ada diskaun kalau dua-dua pihak pengantin amik pakej ngan diorang..

Selasa, Ogos 10, 2010

Butik Pengantin JB - Classic Bridal House

Sebenarnya dah lama nak post pasal ni. Tapi disebabkan busy dengan kehidupan harian, x sempat nak post. Saya nak share ngan b2b di Johor tentang bridal yang saya survey. Classic Bridal House merupakan salah sebuah wedding stop centre di Taman Putera, Johor Bahru (berhampiran Giant Xtra, Taman Suria).

Saya senang berunding dengan mereka sebab customer service diorang memang best. Bukan setakat bridal, mereka juga tawarkan khidmat kanopi, mandi bunga & lulur, catering & photographer. Untuk maklumat boleh check di blog mereka, classicbridal.blogspot.com atau facebook owner nya Azlina Binti Jummat Iena



Semua gambo ni saya amik dari blog & facebook kak iena, tuan punya bridal.. Saya suka sebab diorang ni flexible. Baju diorang pun cantik2.. Saya betul dah jatoh chenta ngan collection mereka..

Selasa, Julai 20, 2010

Vendor

Kenapa sy sgt silent skrg?.. sbb sedang sibuk mencari mak andam, katering, photog.. pendek kata, suma vendor yg berkaitan lah.. sedang buat comparison harga & pakej.. saya dan shah dah survey beberapa butik mak andam.. masih dalam mood survey..

Ada cadangan? sy nak cari sekitar jb.. so, jimat kos pengangkutan.. maklumlah, buat masa sekarang ni, penjimatan kos perkara yg amat penting.. harap kawan2 blogger bantu..

Selasa, Julai 06, 2010

Sponsor - Honeymoon..

Hati berbunga-bunga.. Belum apa2, kami dah dapat sponsor yang pertama.. Walaupun bukan di lokasi yang gah, tapi alhamdulillah ada gak yang sudi..

Penyabong, Mersing, Johor.. Kampung nelayan yang dikomersialkan sebagai salah sebuah pusat perlancongan di Johor.. Memang dah banyak kali kami kesana.. Sebenarnya, kami berdua ni berkongsi hobi yang sama, memancing.. Sebab tu kami suka laut..

Terima kasih En. Zul (Owner Chalet) sbb sudi nak sponsor kami.. Jasamu ku kenang hingga akhir hayat (chewah, kipas kuat skit).. Next time leh sponsor lagi.. Huhuhu...





Isnin, Julai 05, 2010

DIY Bunga Telur Silver vs Gold

Frenz ingat x Entry Pusat Aksesori Pengantin? Kami beli bunga telur dengan harga RM19.90 untuk 50pcs. Disebabkan Shah fanatik ngan kaler putih, dia pun pilih bunga kaler putih silver.. Sampai je rumah, mak dia bebel sbb theme colour kat rumah dia kaler gold..

DIY Bunga Telur Silver vs Gold

Bila sampai rumah, saya pun memerah idea camna nak transform bunga tu jadi kaler gold.. Lagipun bunga telur ni akan diletakkan kat pelamin. So, saya nak dia nampak eksklusif. Bermula aktiviti DIY bunga pahar pada hujung minggu yang lalu..

Bahan-bahannya :-

  • Bunga telur murah
  • Tape bunga kaler putih
  • Reben organza kaler gold
  • Reben organza bercorak
  • Reben satin kaler putih & gold
  • Dawai bunga (halus)

Isnin, Jun 21, 2010

Theme Colour (3)

Sejak akhir2 ni banyak soalan yg bermain dalam kepala.. Kali ni nak ajak blogger discuss pasal theme colour lak.. Persoalan biasa bagi b2b..


Source from Mr. Google..

Gold & Putih, theme colour kat rumah Shah.. White & Red, theme colour kat rumah saya (Walaupun saya x ske pakai baju kaler merah)..

Slalu kita dengar, pengantin tenggelam dalam warna.. Warna baju pengantin sama ngan pelamin.. Kalau kaler pelamin gold, baju pengantin, baju pengapit, baju mak bapak pengantin, scallop khemah, suma nak kaler gold.. Sampai susah nak cam mana satu mak pengantin..

Nak mintak jasa baik kengkawan bagi cadangan dari segi pelamin, baju pengantin, baju mak bapak pengantin, pengapit, flower girl, scallop khemah.. Senang kata colour combination yang sesuai.. Memanglah kat google banyak, tp kebanyakan idea berani mat salleh.. memandangkan saya ni terpaksa mengambil kira ajk majlis yg terdiri drpd kaum keluarga yg kurang updated, so kena cari combination colour yg boleh diterima pakai oleh semua lapisan umor.. huhuhu.. (banyak songeh lak b2b ni kan???...)


Isnin, Jun 14, 2010

Camna Nak Anggarkan Tetamu, Makanan, Doorgift????

Windunya, kat blog yg dh berhabuk ni..

Perkara yang ganggu feel cuti saya, Camna Nak Anggarkan Tetamu, Makanan, Doorgift????.. Tetiba banyak lak soalan yg bermain kat kepala ni..

Orang slalu kata, makanan kena doublekn daripada jumlah tetamu yang dijemput..
Tapi orang slalu lupa, semua yg dijemput 2, confirm dtg ke?
Saya lak kata, kalau terlalu banyak yg terlebih kan membazir..
(pengalaman join wedding sedara-mara, rasa sedih ble tgok nasi & lauk-pauk yg x terhabis dihumban dalam parit dgn kejamnya.. wah, drama..)

Yang paling saya bingung, doorgift pun nak doublekan ke? Kalau jemputan saya 500, nk prepare 1000 doorgift ke? Pengsan kejap..

Saya rasa ramai gak b2b yg pening pikir hal ni.. So, kepada ex-b2b sila2 la share pengalaman anda ye.. Timakaceh...

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...