Rabu, Januari 02, 2013

The Brides of 2013

Hi uolls.. Buat bride 2 be 2013, nak share tentang facebook The Brides of 2013: 


Cover Photo


Seronok sangat join group ni.. Boleh share idea dan masalah tentang persiapan perkahwinan.. Kalau b2b 2013 nak join secret group ni, cuba korang search The Brides of 2013 kat ruangan search fb korang.. Tapi kena tunggu admin approve baru boleh join..

Selasa, Januari 01, 2013

Dugaan Bertunang - Penyakit Tibi Kelenjar/ Saraf

Selamat Tahun Baru.. Banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2012..

Betul kata orang tua-tua.. Banyak dugaan semasa bertunang.. Sebenarnya, saya takde idea nak teruskan persiapan perkahwinan kami.. Bila dah lama berehat, tak tau nak mula balik dari mana.. Sebenarnya dah ada tarikh, tapi tak berani nak publish.. Tak berani nak war-warkan pada sesiapa pun sebab tak yakin dengan diri..

Dua bulan lepas, memang dugaan agak berat yang kami terima.. Shah positif Tibi Kelenjar/ Saraf di leher.. Doktor tak boleh nak operation sebab bengkak kat leher tu kena saraf yang bersambung dengan otak.. Nak pitam saya dengar berita ni.. Seminggu masuk wad.. Hampir Dua bulan MC tak boleh bekerja.. Hari-hari kena makan ubat sebanyak 14 biji di depan nurse di klinik kesihatan atau hospital selama 6 bulan.. Tiga minggu pertama, dia tak lalu makan.. Muntah-muntah macam orang mengandung.. Mood kurang stabil.. Dalam hati saya ni sebak sangat.. Persiapan saya hentikan sementara.. Fokus pada kesihatan tunang tersayang..

Makcik-makcik Shah risau sangat dan perkenalkan PAMOGA


  • Membantu merawat pelbagai penyakit
  • Angin Ahmar & lumpuh
  • Buasir
  • Kulit melecur
  • Kaki kulit pecah
  • Lemah otot, radang dan Gaut
  • Mengawal & merawat tekanan darah tinggi & kencing manis
  • Masalah jantung & ginjal
  • Masalah kitaran haid dan dalaman wanita
  • mata lebam / kurang tidur
  • Pedih ulu hati & batu karang
  • Pencernaan, keracunan & sembelit
  • Rambut ( gugur / tidak lebat)
  • Selepas bersalin dan sistem peranakan
  • Tumbesaran & kecerdasan kanak-kanak.

Alhamdulillah, lepas seminggu minum, ada perubahan.. Doktor pun terkejut dengan perubahan positif.. Bengkak pun susut..


Next time saya akan cerita tentang Shah ditimpa kemalangan pada 29/12/12 yang lalu.. Dugaan yang paling berat sepanjang tempoh perkenalan kami.. Kemalangan yang hampir meragut nyawa dia.. Kereta declare as "total lost".. 

p/s : sekarang ni, FMIL sedang sakit gout sampai tak boleh jalan.. Dugaan.. 


Ahad, Disember 30, 2012

Nagoya Sale - Lace

Salam 1 Malaysia.. Entry basi, sebab lambat update.. Minggu lepas, saya pergi Nagoya Plentong.. Rupanya ada sale.. Maklumlah Y.E.S.. Sebenarnya nak survey border lace untuk DIY Veil nikah.. Tapi ternampak lace ada offer.. RM16++ semeter.. Ok lah kan?.. Dari beli border lace RM25++ semeter paling murah.. Saya pilih yang banyak bunga.. Boleh patch pada veil.. Tapi kena gigih patch satu-satu lah kan.. Chaiyo!!.. Kalau beli border lace semeter memang tak cukup..


Mak saya siap beli kain untuk buat langsir majlis saya nanti.. So touching.. Tapi lupa nak snape gambar kain.. Katanya, dah pilih design pun.. Terima kasih mak, sebab buat saya happy.. Semangat untuk saya yang dah hampir putus asa..


Jumaat, Disember 28, 2012

Idea Kad Kahwin - Tiket F1

Hi everybody.. Rinduuuuu sangat dengan korang.. Dah bersawang blog ni.. Bila virus "M" melanda, memang tak boleh nak kata apa lah.. Arini "mood" rajin dah datang.. Mari kita mulakan dengan bismillah..

Harini nak share tentang idea kad kahwin.. Majlis kawan adik saya..

Kad Kahwin - Tiket Formula 1


Credit to : AE Multiskill Services

p/s : Bagi yang suka menonton wayang, mungkin boleh guna idea ni.. Mesti seronok kalau dapat tiket wayang yang besar.. huhuhu..


Selasa, September 11, 2012

Photography Jb - Silent Click Photography

Hello everybody.. Lama tak update blog.. Sangat malas kan??. Saya dah install mobile blogspot.. Cuma belum mahir lagi.. Mungkin, bila dah pandai nanti akan lebih rajin untuk mengupdate..

Hari ni nak share tentang Photography di JB.. Silent Click Photography.. Karya yang menarik dengan harga yang sangat reasonable.. Customer service juga sangat best.. Email pun di reply dengan cepat.. Recomended..




Boleh check facebook mereka di www.facebook.com/SilentClicksPhotography
atau call 012-269 8200
atau email : silent.clicks@gmail.com


Isnin, Julai 30, 2012

Dulang Hantaran

Jumaat lepas, adik saya pergi ke Melaka untuk temankan kawan dia yang akan berkahwin  ogos ni untuk membeli persiapan kahwin.. Alang2, saya kirim dulang hantaran.. Hasil perbualan melalui video call, inilah hasilnya... Cantik dan murah!!!..


Vendor : VR Star, Nilai
Harga : RM9.90 / pcs..

Kat JB, x dapat harga camni.. Sedang mencari idea untuk deko.. Disebabkan dulang ni rendah, kena cari idea supaya hantaran nampak tinggi..

Selasa, Julai 17, 2012

Sequin Chiffon aka Kain baju nikah

Ramai b2b suka dengan chiffon.. Saya pun teringin nak pakai chiffon masa nikah.. Sebenarnya dah beli material lace yang sangat simple wakna pink masa Shah bagi hantaran bertunang.. Tapi bapa saya request warna putih untuk nikah.. Jadi kami pun beli kain baru.. 

Harga beaded chiffon agak mahal.. Memandangkan saya ni b2b yang kedekut, so saya memilih chiffon yang berlabuci.. Tak tau orang panggil apa.. Saya panggil Sequin Chiffon.. Kain ni warna off white, labuci warna silver.. Bila kena cahaya, dia berkilau je.. Jadi saya hanya akan tambah sikit beads pada kaki baju supaya dia berat skit dan jatuh cantik pada badan..



Saya beli di JJ Textile S/B di Giant Tampoi.. Customer service yang sangat best.. Rasa macam nak pergi lagi.. Recommended!!!

Saya nak buat baju kurung modern macam dalam gambar ni.. (Source from Majalah Pesona Pengantin).. Sangat suka dengan kain yang plain tapi flowing.. Ala2 suci gitu..

* Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. -Amin-

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...