Rabu, Februari 23, 2011
Tukar Konsep, Boleh???
Saya suka vintage, tapi sepupu Shah dah buat konsep yang sama.. Sangat tak best kan???.. Masih sempat tukar konsep rasanya.. Any idea???..
Family saya dah dok bising sebab saya masih dalam mood berfoya-foya.. Sebenarnya, saya tak tau nak start dari mana..
Dalam diam-diam, DIY Door Gift - Bekas Telur (2) saya dah hampir 90% siap.. Chaiyo2..
Khamis, Februari 10, 2011
Pengantin LUPA Ucap Terima Kasih???
Riview pasal restoran pun boleh kena saman.. Buat ulasan tentang isu semasa pun boleh kena saman.. Hal politik & agama lagi sensitif.. Kongsi idea pun kadang2 jadi isu bila idea tu sama atau hampir sama dengan orang lain.. Tapi saya sangat menyokong istilah "credit".. Tuan punya idea atau orang yang memanjangkan idea lebih rasa dihargai..
Berbalik pada tajuk asal..
Sebaik selepas majlis akad nikah, biasanya pengantin terus peluk mak bapak, mak bapak mertua, ipar-duai, rombongan mertua.. Tiba2 OP panggil suruh bergambar.. Lepas bergambar, terus layan rombongan lelaki makan (maklumlah, isteri dan menantu mithali).. Bila rombongan lelaki balik, sambung layan kawan2 bergambar pula.. Maklumlah excited jadi raja sehari..
Terlupa nak jumpa adik-beradik, pakcik-makcik, orang kuat majlis untuk ucap terima kasih.. Dulu, saya tak perasan pun perkara ni.. Tapi bila saya jadi antara orang yang dilupakan tu, terasa juga.. Lagi2 dengar makcik-pakcik yang bertungkus lumus, mula merungut.. Mungkin si pengantin terlupa.. Tapi ianya jadi pengajaran dan peringatan pada saya.. Semoga saya tak lupa.. Maklumlah, kata Tun Dr. Mahathir.. Melayu Mudah Lupa..
Bila fikir balik, bila masa sesuai nak selitkan sessi berterima kasih??
- Mungkin boleh minta OP tunggu sementara pengantin jumpa saudara-mara.. (Customer always right)
- Biasanya pengatin buat ucapan terima kasih pada majlis sanding.. Mungkin boleh tukar dalam majlis nikah..
- Atau semasa pihak lelaki menjamu selera, ambil kesempatan jumpa saudara-mara walaupun mereka didapur.. (mesti mereka lebih semangat nak sambung kerja sebab rasa dihargai)
- Kalau tak sempat, lepas rombongan lelaki balik pun boleh..
Mungkin rakan2 blogger ada pendapat lain untuk selitkan sessi berterima kasih.. Kadang2 terlepas pandang.. Lepas majlis mak bapak yang malu bila saudara-mara terasa hati..
Khamis, Disember 30, 2010
Doorgift & Menu Majlis Risik + Tunang
Maaf, gambar dari hp cap ayam.. OP terlupa nak amik gambo door gift.. Redha, sebab OP free.. Idea asal tak de tangkai.. Tapi mak bising takut orang susah nak pegang.. Jadi, saya pun gunakan reben yang ada sebagai tangkai (pemegang).. Saya lekatkan dari dalam box menggunakan double tape..
Saya cuma masukkan coklat yang kami beli kat Apollo sehari sebelum Majlis.. kan dah kata, majlis kelam-kabut.. jadi, haruslah semuanya last minute.. saya beli terus dari kilang Apollo.. sangat murah, dan berbaloi.. kilangnya tak jauh pun dari rumah.. kat Kawasan Perindustrian Larkin.. Sebenarnya, bos kilang tu client syarikat saya bekerja.. tapi bukan banyak sangat pun saya beli.. x jadi nak amik kesempatan atas hubungan tu.. may be next time, saya borong lebih..
Tetamu ingat kami upah keterer.. Sebenarnya, menu utama dimasak oleh mak saya dan dibantu oleh saya.. Kami memang doublekan.. Tapi ramai yang makan bertambah-tambah.. Bukan 2 kali tambah tau, tapi berkali-kali.. Siap mintak tapau lagi.. Alhamdulillah, memang licin.. Saya & bapak tak sempat rasa.. Tapi, kami puas hati sangat..
- Nasi Beriani Ayam (resepi keluarga)
- Ayam masak black-paper (resepi keluarga)
- Sambal tumis udang harimau
- Acar rampai
- Karipap (beli yang segera)
- Kek marble (sponsor by my bestie)
- Agar-agar susu (resepi keluarga)
- Air oren Sunquick
Jumaat, Disember 24, 2010
Hantaran Risik + Tunang
Hantaran saya sangat simple.. Masih Tema Klasik, sebab tu saya gunakan bakul.. Tapi saya suruh Shah tolong spray warna putih.. Biar berseri bila digandingkan dengan warna hijau.. Saya nak tonjolkan barang hantaran, jadi saya gunakan hiasan & bunga yang minima.. Dibantu oleh 2 orang bestie sampai pukul 4 pagi sebelum majlis..

Sirih Junjung & Samping

Kain Ela (untuk buat baju nikah) & Kasut

Buah & Kek (beli 2 jam sebelum majlis)
Coklat

Kenapa alas dulang saya warna putih? sebab gambar ni diambil setelah sessi penyerahan hantaran.. OP adalah abang ipar Shah & datang sekali dengan rombongan.. Jadi banyak gambar semasa majlis berlangsung je.. OP pun free, jadi saya tak banyak complaint.. :)
Warna Tema Hanataran Shah adalah Grey.. Pada mulanya, Shah nak bagi 5 dulang + Tepak sirih.. Tiba-tiba last minute sponsor makcik dia sponsor puding pulak.. So, jadilah 7 dulang berbalas 7 juga..

Tepak sirih & cincin risik

Sirih Junjung & Duit Tanda (adat Johor)

Cincin tunang & Kain Ela + Tudung

Coklat

Puding
Isnin, Disember 20, 2010
Orang Kuat Majlis..

My lovely mummy.. Mak lah yang masak hidangan utama yang sangat best.. Semua tetamu makan bertambah.. Siap mintak tapau.. hahaha.. Sangat puas hati.. Mak juga yang sponsor baju saya.. Cadar yang sangat klasik.. Segala peralatan makan yang baru.. Terima kasih mummy...
Adik saya yang bongsu (baju songket biru).. Orang yang bertungkus lumus tolong mak dari pagi.. Maceh Adik Noi..
Adik kedua saya (baju songket purple).. Balik dari seremban sabtu pagi, terus jadi driver saya dan mak.. lepas majlis terus balik seremban semula disebabkan tugas.. Esoknya, balik Jb lagi.. Cian dia.. Tukang sponsor tudung, kek dan buah hantaran.. TQ very much dear..

My beloved father yang tengah dok sengih kat pintu.. Tukang sponsor katil saya.. Balik kerja terus cat & kemaskan bilik saya.. Sebab tau anak dia ni alergik mengemas.. Bukan malas ye kawan2.. Saya alergik habuk.. Takut pengsan lak bila sinus menyerang..

My bestie, Ardiana (sebelah saya) & Amy (depan saya).. Tanpa korang, saya mungkin patah semangat.. Tukang buat hantaran saya, walaupun balik kerja kol 10pm.. terus datang rumah tolong saya.. Tukang teman saya wat persiapan sampai kol 4 pagi.. Tukang hias bilik ikut kemahuan saya, maklumlah saya agak cerewet.. Tukang sponsor kek untuk tetamu.. Teman saya tido sebelum majlis walaupun tido 2 jam je.. Tukang layan kepanikan saya sebab belum bersiap masa rombongan lelaki sampai.. Memang kelakar yang indah.. Penat yang berbaloi kan?..

Tunang tercinta, jadi driver saya.. walaupun saya pemilik lesen penuh, tapi sangat malas ngadap jalan jam kat JB ni.. Tukang kuar duit.. Tukang tadah telinga bila saya marah, sedih, stress.. Tukang cari sireh untuk saya tengah2 malam, sebab ada orang yang terlupa nak belikan saya sireh.. Terima Kasih Sayang..
Terima kasih semua..
Sabtu, Disember 18, 2010
Majlis Risik + Tunang - Part 2

Acara menyerahkan hantaran.. Sila tengok bapa saya, ketawa tak hengat sambil duduk di pintu.. Masa ni semua perut dah kenyang, depan pintu pun jadi..

Kami dah selamat bertunang.. hehehe.. Agak malu-malu.. Shah sebenarnya tak datang.. Tapi oleh kerana tugas dia pada hari tu sebagai pemandu kepada pakcik & makcik dia.. tu yang pakai seluar jeans..

My best buddy.. Yen..

Handsome tak mamat ni pakai baju melayu.. Kan dah kena balik tukar baju.. tu lah siapa yang soh datang pakai seluar jeans.. Sibuk nak gambo ngan mak jugak..

Alhamdulillah.. Doakan kami ye..
Jumaat, Disember 17, 2010
Majlis Risik + Tunang - Part 1

Hantaran dari pihak lelaki..

Sila fokus kepada Kotak Doorgit saya kat belakang..



Cincin Risik di sarung oleh Ibu Shah

Cincin Tunang disarung oleh Mak Ngah Shah
Duit Tanda diserahkan oleh Mak Ude & bersalaman dengan Mak Usu Shah.. Lengkap satu family..
Air mata saya menitik dengan deras semasa kedua-dua cincin disarungkan.. Terharu sangat.. Sebab banyak sangat dugaan yang kami tempuh untuk sampai ke tahap ni.. "Jangan lah nangis", bebel makcik-makcik Shah sambil gelakkan saya.. My bestie sibuk hulur tisu.. Hahaha.. Saya tak tau kenapa saya cengeng sangat masa tu..
Tapi ianya kenangan indah..
Masih Belum Ada Rezeki
L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...
-
Hi everybody!!!!.. dah ramai yang buat entry ni, saya baru terkedek-kedek nak post.. Harap2 bloger2 sekalian sudi exchange link dengan saya...
-
S alam B2B.. Hari ni saya nak cerita tentang bank draft atau dikenali sebagai banker cheque.. Maklumlah, tak de cheque book.. Guna lah Bank...
-
Maaf semua.. Satu lagi entry basi.. Disember lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson.. Sambil bercuti, sambil bershopping bara...

