Isnin, Mei 26, 2014

Majlis Resepsi - Pelamin & Meja Makan Damai


Masih belum habis review majlis kami walau hampir setahun berlalu.. Alhamdulillah lepas kahwin rezeki kami bertambah murah.. Kerja pun makin bertambah.. Kami cuba sedaya-upaya membahagikan masa dengan kerja, rumah-tangga dan tanggungjawab sebagai anak & menantu..

Proses pemasangan pelamin dan meja makan damai oleh team Klasik Bridal House.. Masa ni saya belum confident lagi dengan hasilnya.. Tapi mereka pasang awal.. Lepas isya' mereka dah mula pasang pelamin.. Saya risau sebenarnya bila ramai b2b yang sampai bersengkang mata tunggu pelamin siap pasang.. Alhamdulillah, proses pemasangan pelamin saya tak ada drama..


Bila masuk dewan, saya sangat happy dengan pelamin kami..

Meja makan damai kami yang berlatar-belakangkan pelamin.. Dewan kami kecil je..

sumber google..

Inspirasi pelamin yang Shah pilih.. Dia lagi excited google gambar pelamin dari saya.. Dia yang berbincang dengan Kak Iena tentang bunga, kain dan reka-bentuk yang sesuai sebab dewan kami agak kecil.. Walaupun nampak kecoh macam perempuan, tapi rasa happy tengok kesungguhan dia..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...