Khamis, Januari 17, 2013

Paper Bag - VR Star, Nilai 3

Maaf semua.. Satu lagi entry basi.. Disember lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson.. Sambil bercuti, sambil bershopping barang kahwin.. Adik kedua saya punya last minute plan.. Lagipun memang dia dah berjanji nak sponsor doorgift saya.. Alhamdulillah, rezeki orang nak kahwin.. Huhuhu.. Balik tak sempat nak update blog sebab banyak perkara berlaku.. Dugaan..

Kami sewa apartment 2 bilik.. Sangat berbaloi daripada sewa hotel.. Paling mahal pun RM200.. Kalau sewa bilik, mahu RM800++ untuk dua bilik..

Hasil tangkapan di VR Star, Nilai 3.. Paper bag & uncang.. Harga memang sangat berbaloi.. Kalau nak dibandingkan dengan kedai lain kat Nilai, saya rasa VR Star paling mengancam.. Ingat x entry tentang Dulang Hantaran yang adik saya tolong belikan kat VR Star jugak.. Saya ingatkan nak request paper bag yang murah-murah je.. Tapi orang yang sponsor pilih ni.. Mak bapak saya semua pun excited nampak beg ni.. Tapi memang cantik sangat sebab hot stamp.. Ambil 2 warna.. Merah dan gold (Insya'allah, tema majlis resepsi).. Lagipun, kami pergi bukan semata-mata ke Nilai.. Memang niat nak bercuti..

Niat di hati memang malas nak paper bag bagai.. Tapi biasa lah, mak sibuk nak sumbat macam-macam.. Tu yang kena pakai paper bag.. Kalau tak kerana kami bawak satu kereta je, memang memborong sakan kat sana.. Nasib baik Gen 2 CPS bonet besar.. Belum barang lain yang mak shopping.. Baju kami untuk 3hari 2 malam lagi.. Lain kali kena bawak van.. huhuhu..

Selasa, Januari 15, 2013

Bunga-bungaan - Ayer Itam

Salam semua.. Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang sudi bagi saya semangat.. Menitis air mata, saya baca komen kalian.. Sekarang Shah nampak sihat.. Dah mula kerja.. Saya dah buat keputusan majlis akan ditunda sedikit.. Shah setuju.. Mak saya pun sokong dan back-up saya bila adik-beradik dan bapa saya merungut.. Saaaayang mak.. Ramai yang bising sebab asyik tunda je.. Tapi, bukan kami yang minta.. Kami pun harap semua berjalan lancar.. Doakan kami ye..

Dua minggu lepas, saya hantar makcik ke kukup, pontian.. Mak ajak singgah ke Ayer Itam.. Jauh giler rupanya kukup ke ayer Itam.. Sakit pinggang driving.. Maklumlah, masa tu Shah masih belum sembuh sepenuhnya, jadi saya tak ajak dia.. Saje je jalan-jalan shopping kerepek.. Tapi hati saya terpaut dengan bunga-bunga kat sana.. Murah sangat..

Hasil tangkapan..


Sepokok RM2 je.. Murah kan??? Biasa jumpa 3 pokok RM10.. Boleh DIY mini pelamin atau bilik pengantin..

Bunga ni, kilat-kilat.. Sebenarnya, warna turquoise.. Kesan pencahayaan terlampau menyebabkan warna gambar nampak lain sikit.. Bunga ni mahal sikit.. Bunga hydrangae RM8 sepokok (3 jambak bunga).. Mak kata lain sikit, asyik bunga ros je.. Harga sebenar RM9.50.. Bodek auntie tu sikit.. hehehe..

Percubaan ke atas dulang hantaran berkaki pendek ni.. Mungkin saya akan campurkan dengan bunga warna putih.. Masih menggoogle untuk cari idea..

Banyak-banyak kedai, kedai ni je ada bunga-bunga yang menawan hati.. Dari jauh macam tak selera je nak masuk kan?.. Tapi macam-macam ada.. Kalau nak beli beads dan pearl pun ada jual kat sini.. Bukan yang packing kecik-kecik tu.. Diorang dah siap packing tapi besar lah jugak dan harga berbaloi.. Yang paling penting boleh tawar-menawar.. Kedai ni bertentangan dengan bazar Ayer Itam yang orang sibuk beli kerepek & pasu tu..

Official warna tema untuk majlis nikah saya adalah turquoise + putih.. Tapi konsep belum dapat pikir lagi..

p/s: Semalam adik Shah accident motor.. Tangan patah.. Yang tak bestnye, dia pakai motor member.. Hmmmm.. Dugaan kan?.. Kesian Shah sebab dia anak lelaki sulung.. Ya Allah permudahkanlah urusan kami.. Amin..

Jumaat, Januari 04, 2013

Dugaan Bertunang - Kemalangan Ngeri

Salam 1 Malaysia.. Post yang lepas (Dugaan Bertunang - Penyakit Tibi Kelenjar/ Sarafsaya janji nak cerita tentang kemalangan ngeri yang menimpa Shah pada 29 Dis 2012.. Terlebih dahulu, saya minta maaf sebab entry kali ni panjang bejela.. mesti korang rasa bosan baca..

Pukul 10pm 28 Dis 2012, Shah call saya bagitau yang dia baru balik kerja tapi nak terus pergi Pasir Gudang nak ambik abang angkat dia.. Pukul 12.30am, dia call lagi bagitau on the way balik dari Pasir Gudang, tapi bukan dia yang memandu sebab dia letih sangat.. Dia janji akan call saya bila sampai rumah.. Saya rasa lega, sekurang-kurangnya dia boleh tidur sementara sampai rumah..

Saya terlelap.. Pukul 1.30am, ayah Shah call.. Pelik juga kenapa bukan Shah yang call.. "Jangan terkejut ye.. Ayah nak bagitau ni, Shah accident.. Kereta terbalik, sekarang dalam rawatan..". Rasa nak gugur jantung, tapi saya kuatkan semangat, kejutkan parents minta izin nak ke hospital.. Mak saya sibuk nak ikut sambil menangis.. Mungkin dia risau saya memandu sorang-sorang pukul 2am..

Sampai hospital ibu Shah terus peluk saya dan bagitau Shah masih dalam ICU.. Kecut perut sebab tak sangka begitu serius..

Adik Shah minta tolong Jururawat kat ICU untuk benarkan saya tengok keadaan tunang saya.. Bila nampak dia terbaring dengan penuh lumpur, saya rasa nak pitam.. Dia langsung tak bergerak, cuma mata je berkaca-kaca.. Saya cuma berbisik kat dia, "Sayang, awak mesti kuat, saya tunggu awak.." Masa tu saya risau tentang banyak perkara.. Lagi 3 bulan nak kahwin dugaan yang amat berat..

Yang peliknya, 3 orang dalam kereta, hanya Shah yang masuk ICU.. Pemandu dan penumpang belakang cedera ringan je.. Mereka kata, pemandu mengantuk dan bawa laju.. Nasib Shah tarik handbreak.. Tapi pemandunya panik dan masih tekan minyak.. Tu yang kereta berpusing dan terbalik.. Shah tercampak dalam lumpur.. Ambulan tak dapat datang sebab tak cukup pemandu.. Nasib baik ada van yang berhenti tawar diri hantar ke hospital.. Diorang kata, masa tu nafas Shah dah tak stabil..

Tapi, Alhamdulillah kecederaan Shah tak terlalu serius.. Tulang rusuk retak, kena jahit sikit kat tangan, luka-luka kat tangan, perut dan belakang badan.. Dah seminggu Shah kemalangan.. Saya pun tak sangka dia cepat sembuh.. Saya paksa dia makan vitamin C (keringkan luka) dan pati ikan haruan (untuk sembuhkan luka dalaman)..

Kalau tengok dari keadaan kereta, orang ingat penumpang sebelah pemandu mesti mati sebab bahagian tu yang kemek teruk.. Kereta memang "total lost".. Patut hantar timbang kilo je.. Dah tak ada rupa kereta.. Tapi, jodoh kami masih panjang.. Alhamdulillah..

Shah asyik ucap terima kasih dan minta maaf sebab selalu buat saya sedih dan susahkan saya.. Dia kata rasa macam dapat peluang kedua untuk hidup dan cuba buat yang terbaik.. Rasa sebak setiap kali dia cakap macam tu..

Saya rasa nak tunda skit ke bulan 5, tapi orang sekeliling tak faham masalah saya.. Banyak benda yang saya belum buat disebabkan Shah sakit Tibi Kelenjar/ Saraf, lepastu kemalangan lagi.. Kurang 3 bulan, saya belum tempah katering, dewan, khemah, photog pun belum finalise, belum ambil borang, baju nikah belum hantar tailor.. Shah belum pergi kursus.. Banyak benda belum buat.. Saya perlu kumpul kekuatan.. Siapa boleh bantu saya, sila angkat tangan..

p/s : Ya Allah permudahkanlah urusan kami..



Khamis, Januari 03, 2013

Shopping Online - Mix Pearl

Hi peeps!!.. Dah jadi trend zaman sekarang shopping online (membeli-belah atas talian)..
Saya ni lebih suka beli secara life kat kedai.. Tapi terjumpa fb https://www.facebook.com/iena.shahreena..

Macam-macam ada dalam fb Iena Shahreena.. Ada border lace.. Ada pearl.. Memandangkan first time saya nak jahit manik pada baju, saya memang tak tau nak mix matchkan warna, saiz dan jenis manik atau pearl.. Dari page Iena, dia siap campurkan ikut kemahuan pembeli..

Saya request warna off white : silver = 2 : 1.. Sebungkus RM18 = 90g++ tak termasuk courier charge.. Tapi pada saya, memang berbaloi..


p/s : Baju belum hantar tailor dah sibuk beli beads bagai.. Over excited kan???...



Rabu, Januari 02, 2013

The Brides of 2013

Hi uolls.. Buat bride 2 be 2013, nak share tentang facebook The Brides of 2013: 


Cover Photo


Seronok sangat join group ni.. Boleh share idea dan masalah tentang persiapan perkahwinan.. Kalau b2b 2013 nak join secret group ni, cuba korang search The Brides of 2013 kat ruangan search fb korang.. Tapi kena tunggu admin approve baru boleh join..

Selasa, Januari 01, 2013

Dugaan Bertunang - Penyakit Tibi Kelenjar/ Saraf

Selamat Tahun Baru.. Banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2012..

Betul kata orang tua-tua.. Banyak dugaan semasa bertunang.. Sebenarnya, saya takde idea nak teruskan persiapan perkahwinan kami.. Bila dah lama berehat, tak tau nak mula balik dari mana.. Sebenarnya dah ada tarikh, tapi tak berani nak publish.. Tak berani nak war-warkan pada sesiapa pun sebab tak yakin dengan diri..

Dua bulan lepas, memang dugaan agak berat yang kami terima.. Shah positif Tibi Kelenjar/ Saraf di leher.. Doktor tak boleh nak operation sebab bengkak kat leher tu kena saraf yang bersambung dengan otak.. Nak pitam saya dengar berita ni.. Seminggu masuk wad.. Hampir Dua bulan MC tak boleh bekerja.. Hari-hari kena makan ubat sebanyak 14 biji di depan nurse di klinik kesihatan atau hospital selama 6 bulan.. Tiga minggu pertama, dia tak lalu makan.. Muntah-muntah macam orang mengandung.. Mood kurang stabil.. Dalam hati saya ni sebak sangat.. Persiapan saya hentikan sementara.. Fokus pada kesihatan tunang tersayang..

Makcik-makcik Shah risau sangat dan perkenalkan PAMOGA


  • Membantu merawat pelbagai penyakit
  • Angin Ahmar & lumpuh
  • Buasir
  • Kulit melecur
  • Kaki kulit pecah
  • Lemah otot, radang dan Gaut
  • Mengawal & merawat tekanan darah tinggi & kencing manis
  • Masalah jantung & ginjal
  • Masalah kitaran haid dan dalaman wanita
  • mata lebam / kurang tidur
  • Pedih ulu hati & batu karang
  • Pencernaan, keracunan & sembelit
  • Rambut ( gugur / tidak lebat)
  • Selepas bersalin dan sistem peranakan
  • Tumbesaran & kecerdasan kanak-kanak.

Alhamdulillah, lepas seminggu minum, ada perubahan.. Doktor pun terkejut dengan perubahan positif.. Bengkak pun susut..


Next time saya akan cerita tentang Shah ditimpa kemalangan pada 29/12/12 yang lalu.. Dugaan yang paling berat sepanjang tempoh perkenalan kami.. Kemalangan yang hampir meragut nyawa dia.. Kereta declare as "total lost".. 

p/s : sekarang ni, FMIL sedang sakit gout sampai tak boleh jalan.. Dugaan.. 


Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...