Selasa, Februari 18, 2014

Review - DIY Tudung, Veil Nikah & Beading


Post kali ni banyak sikit gambar.. Antara projek DIY saya adalah Tudung Nikah, Veil Nikah & Beading..


Tudung nikah..

Saya beli kain satin yang kurang berkilat 1 meter, potong empat segi sama dan suruh tailor tolong jahit tepi.. Siap.. Saya pun ada spare kan tudung bawal putih sebagai back-up plan.. Tapi pada hari kejadian saya guna tudung diy saya sebab, kain satin lebih keras.. senang nak bentuk daripada tudung bawal..

Post yang lepas saya ada share tentang projek DIY veil nikah dalam post Nagoya Sale - Lace & Teaser - DIY Veil Nikah

Pandangan veil saya dari belakang.. Masa ni baru selesai majlis nikah.. Gambar candid yang adik saya ambil.. Kononnya raja sehari sedang memerhatikan rakyat jelata yang sedang makan di khemah.. Huhuhu..

Saya beli kain chiffon 1.5 meter di Nagoya dan potong bentuk half moon.. Terserlah kerendangan saya berbanding Shah kan? Sebab tu saya tak pilh veil yang panjang.. Tak nak nampak makin rendang lah kononnya..

Pearl yang saya jahit sendiri.. 

Saya ada post tentang Shopping Online - Mix Pearl sebelum ni.. Tapi pearl warna turquoise tu saya beli di Indonesia masa bercuti dengan keluarga.. Dah lama saya simpan, ~akhirnya berguna jua (ala-ala Rahim SepahTu..)..


Cara saya pakai veil..

Veil dari pandangan sisi..

Tambah aksesori pada tudung..

Beading pada veil & baju nikah sedondon..





Isnin, Februari 17, 2014

Review - Baju Nikah


Post yang lepas, saya ada share tentang Teaser Baju Nikah. Baju Nikah saya menggunakan Sequin Chiffon seperti dalam post Sequin Chiffon aka Kain baju nikah. 

Saya pilih baju kurung moden.. Baju nikah agak besar sebab tetiba berat badan turun dan takde masa nak pergi fitting lagi.. jadi saya redha je pakai baju besar.. Nasib baik semua orang cakap baju, beading, veil, semualah cantik.. kembang sekejap.. Jadi tak lah rasa ralat.. Inilah antara drama dalam majlis kami.. Tapi memang saya dah set kan minda supaya redha walau apapun jadi pada hari kejadian.. Alhamdulillah, ianya terapi yang paling baik..

Baju Shah, baju melayu cekak musang.. Samping warna turquoise sedondon dengan beading pada veil dan baju saya.. Saya pilih kain yang flowy..

credit to our official photog Silent Clicks Photography

Ada 6 biji butang sampul pada tangan baju.. Gedik kan mintak macam-macam kat tailor???


Sabtu, Februari 15, 2014

Review Outdoor Photoshoot - Nusajaya


Walaupun sudah lebih lapan bulan kami berkahwin, baru saya sedar betapa banyaknya hutang post review majlis kami.. Kali ni saya nak buat review tentang Outdoor Photoshoot kami pada 31.05.2013 di Nusajaya.. Kami pilih untuk buat Outdoor Photoshoot selepas majlis nikah.. Jadi kami ada banyak masa selepas majlis bersanding.. Kami taknak lah ada tetamu yang datang tak sempat nak jumpa pengantin pada hari persandingan tu nanti.. Pengalaman kami bila pergi majlis persandingan, pengantin kadang-kadang lewat sampai pada hari persandingan, lepas tu sibuk makan beradab, lepas tu pula sibuk potong kek, kemudian bergambar atas pelamin, lepas tu terus sibuk nak pergi outdoor..



credit to our official photog - Silent Clicks Photography

Silent Clicks Photography

Silent Clicks Photography





Rabu, Februari 12, 2014

DIY Hantaran Adik (Part 1) - Konsep Garden


Salah satu tugas saya untuk majlis adik saya adalah DIY Hantaran.. Disebabkan majlis nikah & reception mereka pada hari yang sama, memang tak sempat saya nak guna fresh flower.. Saya kan kakak sulung, mesti kena menepek kat dewan sepanjang hari.. Lagi pun majlis mereka kebetulan  jatuh pada "Hari Valentine's Day" (walau kami tak berniat nak sambut).. Mesti fresh flower mahal masa ni.. Saya guna fake flower je..

Tapi, saya buat kelainan sikit pada hantaran ni bagi membuktikan hantaran guna fake flower pun cantik tau.. Saya guna fake flower petal warna cream.. Beli dekat PSB Ayer Itam.. RM4.90/pckt.. Adik saya request hantaran guna bantal.. Saya guna bantal polistrin je, jimat masa.. Sedang gigih membahagikan masa bekerja, mengurus rumah tangga dan menguruskan majlis adik.. Nantikan hasilnya!!!..

Fake Flower Petal


Selasa, Februari 11, 2014

Kad Kahwin Adik - Warna Tema Biru + Pink


Alasan klishe saya lama tak update blog adalah, sangat sibuk.. Menguruskan kerajaan rumah-tangga sebagai timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan.. Hahaha.. Sebenarnya saya sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan adik perempuan saya.. Last minute preparation, sebab bakal pengatin sibuk sangat.. Adik saya staff nurse di hsajb (hospital yang paling bz di JB ni)..

Konsep majlis beliau adalah "Garden".. So, warna tema boleh campur-campur.. Combine majlis dengan pihak lelaki juga macam majlis saya dulu.. Mudah, jimat masa & kos.. Penat pun sekali.. Majlis nikah pun buat pada hari yang sama dan di dewan yang sama..

Kad kahwin adik saya.. 

Warna tema kad adalah biru & pink.. Hasil design pihak lelaki, mereka hantar printing je.. So, kami memang tak ambil port atas typing error dan sebagainya.. Maklumlah, kad sponsor..




Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...