Rabu, Disember 24, 2014

DIY Sticker - Thank You Tag for Doorgift


Salam Rabu.. Harini saya sibuk buat back-up (salinan pendua) data dalam komputer, terjumpa pula design sticker untuk Thank You Tag untuk Doorgift Majlis Persanding saya.. Saya buat design serupa dengan design kad kahwin saya dari Red Card Marketing (M) Sdn. Bhd.  Sila lihat post Review - Kad Kahwin (RedCard)..

Sebenarnya, saya dapat free TQ tag semasa tempah kad, tapi design langsung tak sama & tak de print nama kami.. Saya malas nak complaint sebab barang free.. Lagipun salah saya sebab tak tanya banyak tentang free gift masa tempah kad.. Jadi saya ambil keputusan buat sendiri.. Saya guna software CorelDRAW X3.. Guna design kad kahwin (sedih dengan TQ tag yang diberi percuma).. Print kat office guna kertas sticker yang disponsor oleh family in-law.. Jadi, kos saya DIY sticker kali ni adalah RM0 + usaha dan kreativiti.. Hehehe, jimat-jimat..





Sabtu, Disember 20, 2014

Hari-hari Masak Walau Bekerja - Tom Yam Paste Segera


Saya suka masak sebab Shah memang suka makan di rumah.. Kami hanya makan di luar atau tapau pada hujung minggu ataupun bila saya sakit.. Hari Ahad adalah hari saya dan Shah bermalas-malasan.. Buat kerja rumah pun sikit-sikit je.. 

Pesakit fibroid macam saya ni akan sakit hampir setiap kali period.. Bukan setakat sakit, sampai tahap tak larat nak pijak lantai pun.. Biasanya, bila saya sakit, mak akan masak untuk kami.. Maklumlah, dari rumah mak drive 5 minit je..

Shah suka makan lauk yang berkuah, terutamanya sup, tomyam dan gulai.. Senang.. Kalau saya tak sempat nak de-frost ikan atau ayam, masak gulai yang paling mudah dan jimat masa.. Dalam masa yang singkat untuk masak, kadang-kadang saya guna yang segera juga.. Tapi bukan 100%, saya modified juga rasa mengikut citarasa suami..

Panjang sangat mukadimah.. Nak citer pasal tentang Tom Yam Paste segera je kot.. Setelah banyak eksperimen yang dijalankan, saya memang stick dekat jenama ni je.. Maklumlah, masak tom yam sangat mudah.. Tak payah masak banyak jenis lauk.. Campur je ayam, daging dan sayur-sayuran..



Tom Yam paste favorite.. Jenama Peace Brand..


Resepi Tom Yam Ayam Daging cara saya.. 
Hahaha.. Suka-suka bagi nama..

Bahan-bahan (2 orang) :
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 inci halia - di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
1 batang serai - di ketuk
Cili padi (ikut suka) - di ketuk
3 Sudu besar tom yam paste segera
Ayam dan daging potong kecil
Bunga kobis, lobak merah, cendawan, putik jagung, tomato
Jus limau nipis
Garam
Daun ketumbar
4 cawan air


Cara-cara :

Tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi dan tom yam pes segera, menggunakan sedikit minyak (saya memang guna sikit je minyak zaitun).. Bila naik bau, masukkan air.. 

Masukkan ayam dan daging.. Biarkan sebentar.. Bila sudah mendidih, masukkan jus limau nipis dan garam.. 

Akhir sekali masukkan sayur, sayuran. Kecilkan api sebentar, kemudian matikan api..Tabur hirisan daun ketumbar sebelum menghidang..


Selamat mencuba..



Selasa, Disember 16, 2014

Review DIY Hantaran Tunang for Her (Adik Bongsu)


Harini saya share tentang hantaran dari pihak lelaki pula.. Untuk pengetahuan korang, hantaran ni pun saya yang diy.. Over tamak kan?.. Hahaha, suma saya bolot..  5 dulang.. Warna tema PINK + TURQUOISE

Siapa yang memang rajin baca blog ni dari dulu (perasan kan I? huhuhu..) mesti perasan yang saya recycle balik deko & dulang hantaran saya dulu.. Sila check post Review - Hantaran to him..


Masa ni blom tambah border kat bawah bantal.. Testing pkai sirih tipu..



1. Tepak sirih



2. Dua bentuk cincin (risik + tunang) & duit tanda



3. Telekung



4. Buah



5. Kek


Isnin, Disember 15, 2014

Review DIY Hantaran Tunang to Him (Adik Bongsu)

Seperti biasa, alasan klise saya, penyakit M punca utama tidak update blog.. Harap masih ada yang sudi baca blog cabuk yang selalu bersawang ni..

Harini, saya nak buat review tentang hantaran Majlis Tunang Adik Bongsu saya.. Dari pihak kami kepada pihak lelaki.. Adik saya tak tetapkan konsep untuk hantaran, cuma beliau request warna tema pink + purple.. 7 dulang.. Deko hantaran saya sponsor..


Gambar sebelum semua hantaran dibawa ke rumah mak.. Masa ni timbul rasa menyesal duduk apartment.. Susahnya nak mengangkut barang yang banyak walaupun unit rumah dan parking saya bertentangan dengan lift.. Nasiblah Shah sangat memahami hati isterinya yang cepat panas ni.. Disusun satu-satu dalam lift.. Sampai org lain x sampai hati nak masuk lift.. Nasib baik ada 2 lift kat setiap blok..



1. Sirih Junjung



2. Perfume



3. Kemeja



4. Dompet & Tali pinggang



5. Kek



6. Buah



7. Hamper (Maklumlah, masa ni raya kedua..)




Isnin, Oktober 20, 2014

Dugaan berumah-tangga - Adik yang pregnant dulu..


Salam Isnin Biru.. Maaf, blog saya dah tumbuh lumut.. Sejak lepas kahwin, banyak dugaan yang kami suami isteri tempuhi.. Jatuh bangun kami lalui berdua.. Lebih setahun kami bernikah, tapi masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.. Kali ini post agak panjang, harap tak membosankan..

Kami cuba positif.. Mungkin Allah merancang yang lebih baik untuk kami.. Alhamdulillah, walaupun kami baru setahun jagung menempuh alam perkahwinan, namun rezeki kami agak stabil untuk kami memenuhi keperluan serta kehendak kami dan kedua ibu bapa kami..

Ramai juga yang bertanya, lebih-lebih lagi bila adik kedua saya yang berkahwin Februari lepas, dah mengandung 8 bulan.. Saya bahagia, tapi sedih juga.. Macam-macam usaha yang kami buat, tapi belum berhasil..

Empat bulan lepas, saya pergi buat pemeriksaan di pakar puan, saya disahkan FIBROID.. Sedih, hancur, luluh hati.. Tapi saya percaya, setiap dugaan yang Allah bagi pasti ada hikmahnya.. Boss saya yang beria-ia offer nak tanggung semua kos pembedahan, buat saya rasa happy sikit.. Tapi doktor tak benarkan untuk buat operation sebab, keadaan fibroid saya yang akan menyebabkan doktor terpaksa buang rahim.. Sedih kan???.. 

Doktor suruh saya positif.. Cara terbaik adalah berusaha untuk mengandung.. Doktor kata, memang susah sikit, tapi tak mustahil.. Bila kami suami isteri buat ujian kesuburan, alhamdulillah kami berdua normal.. Cuma mungkin belum tiba masanya lagi..

Keluarga nasihatkan kami untuk beri lebih masa untuk kami berdua dating.. Maklumlah, sejak lepas kahwin kami terlalu sibuk dengan karier dan ibu-bapa masing-masing.. Jadi kami jarang ada masa berdua walaupun kami tinggal berdua je.. Maklumlah, kedua-dua keluarga kerap datang lepak di rumah kami.. Sebab tu, saya cakap setiap perkara ada hikmahnya, sekarang kami diberi lebih ruang untuk kami berdua.. Shah pun cuba kurangkan OT.. Saya pula, cuba kurangkan bawa kerja ofis ke rumah.. Boss pun kurang bagi tekanan bila saya bercuti, biasanya walaupun bercuti, hp saya memang sentiasa bedering.. Semua cuba memahami kami..




Selasa, September 09, 2014

Majlis Tunang Adik Bongsu


Salam Selasa.. Hari kejadian adalah malam raya pertana.. Line broadband celcom yang sangat menyakitkan hati disulami penyakit M yang membuatkan post ini super basi.. Huhuhu.. 

Seperti biasa, hantaran DIY oleh saya untuk kedua-dua pihak.. Doorgift DIY home-made oleh adik kedua saya.. DIY bilik oleh saya.. DIY langsir oleh ibu saya.. Menu juga adalah masakan mak saya dan disponsor saya dan adik kedua.. Untungkan jadi anak bongsu??.. Jeles sungguh kak long ni..

Nanti saya buat review tentang DIY untuk hari kejadian..












Ahad, Ogos 10, 2014

DIY Manik Veil & Baju Nikah Adik



Satu lagi projek DIY saya untuk majlis adik kedua saya.. Saya jahit manik pada veil & baju nikah.. Sangat meletihkan tapi semua puji cantik pada hari kejadian.. Terus hilang rasa letih..



Baju warna off white.. Saya guna beeds warna purple, dark lavender, violet, cream & off white..

credit to their photog Habee Studio

credit to Habee Studio

credit to Habee Studio



Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...