Jumaat, April 26, 2013

Kad Kahwin "SHAHAYANA" Dah Siap


Kad kahwin kami dah siap!!!.. Banyak drama sebelum kad sampai ke tangan kami.. Alhamdulillah, kami tempuhi dengan sabar..


Hehehe.. Rasa lain bila nampak nama sendiri dekat kad.. Terharu, bangga, seram.. Semua ada.. Hampir semua persiapan, kami berdua yang buat sendiri.. Dua-dua keluarga kurang ambil bahagian.. Tapi ada hikmahnya walaupun banyak yang kami ter"ambil hati".. Sekurang-kurangnya, kami boleh buat keputusan sendiri.. Maklumlah bajet memang kami keluarkan sendiri.. Kalau banyak sangat campur-tangan tak ter"bajet" lak kami nanti.. Nasib baik kawan-kawan banyak bagi sokongan.. Sebab tu rasa touching sangat bila dapat kad ni..

Kad yang biasa.. Tapi bersesuaian dengan konsep majlis saya.. Konsep "Jawa".. Masih hutang cerita tentang warna tema, konsep majlis dan banyak lagi.. Teringin juga nak kad yang comel bagai.. Tapi Shah kata macam "Kad Harijadi".. Huh, menyampah kan??..

Pasal vendor, saya akan review kemudian..


Sesi menulis nama & melipat kad.. Sila abaikan suasana yang bersepah itu.. Siapa nak, angkat tangan!!!.. Belum edar lagi.. Bulan May baru start open event kat facebook..


Khamis, April 25, 2013

Teaser Baju Nikah


Salam semua.. Mengada-ngada nak teaser jugak.. Gambar ni ambik masa fitting.. Dah siap pun, tengah DIY beading.. Saja nak glamour skit.. Nak beli beaded chiffon mahal sangat.. Jadi saya beli Sequin Chiffon.. Baju kurung moden je.. Alhamdulillah, baju yang dijahit oleh tailor biasa ni amat selesa dipakai dengan harga yang saya mampu.. Hohoho, maklumlah pengantin bajet tipis..


Sekarang ni, sedang gigih mem"beading" walau pun masa agak suntuk.. Saya pun ada DIY veil sendiri.. Next time bila dah siap saya buat review..



Selasa, April 16, 2013

Draft Kad Kahwin

Salam b2b.. Draft Kad Kahwin.. Rasa lain bila nampak nama sendiri.. Berdebar-debar + Bangga + Seram-sejuk.. Peta saya lukis sendiri guna Coral Draw.. GPS Code guna google maps.. 

Saya pilih ready made card je.. Mula-mula berangan nak design.. Tapi disebabkan sekarang ni kerja kat ofis ni berlambak-lambak, terpaksa lupakan niat tu.. Pilih kad ni sebab menepati konsep majlis kami.. Lain kali saya cerita pasal konsep dan tema majlis ye..

Kad yang sangat murah.. Mesti b2b yang rajin baca majalah Pesona Pengantin pernah nampak gambar kad ni.. Bila kad siap saya akan review vendor kad..


p/s : Doakan persiapan kami dipermudahkan NYA.. Amin..


Ahad, April 14, 2013

Pasu Bunga - Romantika


Salam semua.. Saya baru belajar berblog menggunakan android.. Agak ketinggalan zaman kan?..
Salah satu projek DIY saya memerlukan pasu bunga.. Saya beli dari Romantika Plaza Angsana.. RM29.90 seunit.. Agak besar dan cantik.. Juga nampak mahal..


Jumaat, April 12, 2013

Tiada Majlis Bertandang


Salam.. Kalau b2b perasan, saya dah letak wedding ticker.. Masa sangat suntuk.. Selama ni tak berani nak letak.. B2b yang mengikuti blog cabuk saya ni mesti tau yang saya pernah putus tunang.. Tapi dengan orang lain.. Berdebar-debar pulak tengok ticker tu..

Seperti biasa, kami hanya mampu merancang.. Kami ni pengantin bajet.. B2b yang rajin baca blog saya mesti tau banyak dugaan yang kami tempuhi dalam tempoh pertunangan ni.. Sila klik SINI untuk b2b yang baru jumpa blog cabuk ni.. Sebenarnya banyak lagi, cuma malas nak cerita..

Mengikut perancangan awal, kami akan bernikah pada 31 May 2013, Bersanding pada 1 Jun 2013 & Majlis Bertandang pada 2 Jun 2013.. Tapi malangnya, pada tarikh 1 Jun tu, dewan kecil yang kami tempah, dah ada orang booking.. Hanya kosong pada 2 Jun.. Saudara mara Shah ramai dan tinggal jauh.. Jadi takkan kerana kami mereka terpaksa turun JB 2 minggu berturut-turut.. Kesian kan?.. Jadi kami sepakat buat satu majlis je.. Sebab tu tak de majlis bertandang.. Tapi ada hikmahnya.. JIMAT!!!.. Bukan Jimat wang je, jimat masa pun.. Alhamdulillah, dipermudahkan..



Isnin, April 08, 2013

HIV Test - Hospital Sultanah Aminah, JB


Salam 1 Malaysia.. Seperti biasa entry basi.. Sejak akhir-akhir ni sangat sibuk dengan persiapan kahwin.. Maklumlah kami berdua uruskan sendiri..

13/3/2013, kami ambil cuti.. Konon-konon nak pergi Pejabat Agama untuk ambil borang permohonan kebenaran nikah..

Pej. Agama Islam Daerah Johor Bahru,
Aras 2 Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jln Masjid Abu Bakar,
80990 Johor Bahru.

Sampai je tingkat 2, Shah terus pergi kaunter pertanyaan / Kaunter borang.. Tapi, kata akak kat kaunter tu, sesiapa yang nikah bulan April onwards, kena isi borang permohonan nikah on-line.. Sistem e-NCR.. Jadi, kami hanya ambil borang ujian HIV.. Percuma ye kawan-kawan..



Belakang borang, terdapat senarai jadual klinik kesihatan yang buat HIV test di Johor Bahru.. Tapi gambar tak berapa clear.. Sila rujuk jadual di bawah..


KK Majidee
Isnin
Waktu Pejabat
KK Tampoi
Isnin
Waktu Pejabat
KK Pasir Gudang
Selasa
Waktu Pejabat
KK Kempas
Selasa
Petang
KK Tebrau
Rabu
Waktu Pejabat
KK Masai
Rabu
Waktu Pejabat
KK Ulu Tiram
Khamis
Petang
JPL (OPD) HSA
Khamis
Petang
KK Ibu & Anak Johor Bahru
Jumaat
Waktu Pejabat
KK Larkin
Jumaat
Waktu Pejabat
KK Gelang Patah
Jumaat
Waktu Pejabat


14/03/2013, kami sambung cuti.. Sebab hari Khamis, kami pergi Hospital Sultanah Aminah.. Tapi bahagian Pesakit Luar ye kawan-kawan.. kat Jalan Mahmoodiah.. Masa ni, Shah tak sihat.. Jadi, saya ambil alih tugas jadi driver.. Mungkin dia terlalu letih dan stress sebab nak bahagikan masa dengan kerja dan persiapan kahwin.. Tapi dia gagahkan diri jugak pergi.. Saya nampak dia sangat serius.. Wah, jatuh cinta sekali lagi rasanya.. Suka tengok lelaki yang bersungguh-sungguh.. Alhamdulillah ujian ni tak lama.. 

Isi borang siap-siap, Ambil nombor.. Kena isi borang dari pihak HSA.. Tunggu, bila dipanggil bagitau diorang yang kita nak ambil ujian HIV & serahkan borang.. Diorang akan bagitau kena pergi bilik mana untuk ambil darah.. Bila dipanggil, kita akan diberi penerangan sikit tentang ujian ni.. Kami berdua ambil masa dalam 15 minit je.. Ada charge 20 sen sorang untuk sampul surat.. Kalau korang nak bawak sampul surat siap-siap pun boleh.. Sampul surat size biasa je.. Bukan yang besar ye.. Mudah je rupanye..

Bila dah siap, kalau negative, nurse akan serahkan sampul surat yang di seal untuk diserahkan kepada pejabat agama bersama borang permohonan nikah nanti.. Kalau positive, diorang akan terus serahkan kes pada doktor untuk ambil alih.. Ujian ni valid untuk 6 bulan..

Sharing is caring.. Harap info ni dapat membantu b2b lain..

p/s : Doakan urusan kami dipermudahkan..



Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...