Jumaat, April 12, 2013

Tiada Majlis Bertandang


Salam.. Kalau b2b perasan, saya dah letak wedding ticker.. Masa sangat suntuk.. Selama ni tak berani nak letak.. B2b yang mengikuti blog cabuk saya ni mesti tau yang saya pernah putus tunang.. Tapi dengan orang lain.. Berdebar-debar pulak tengok ticker tu..

Seperti biasa, kami hanya mampu merancang.. Kami ni pengantin bajet.. B2b yang rajin baca blog saya mesti tau banyak dugaan yang kami tempuhi dalam tempoh pertunangan ni.. Sila klik SINI untuk b2b yang baru jumpa blog cabuk ni.. Sebenarnya banyak lagi, cuma malas nak cerita..

Mengikut perancangan awal, kami akan bernikah pada 31 May 2013, Bersanding pada 1 Jun 2013 & Majlis Bertandang pada 2 Jun 2013.. Tapi malangnya, pada tarikh 1 Jun tu, dewan kecil yang kami tempah, dah ada orang booking.. Hanya kosong pada 2 Jun.. Saudara mara Shah ramai dan tinggal jauh.. Jadi takkan kerana kami mereka terpaksa turun JB 2 minggu berturut-turut.. Kesian kan?.. Jadi kami sepakat buat satu majlis je.. Sebab tu tak de majlis bertandang.. Tapi ada hikmahnya.. JIMAT!!!.. Bukan Jimat wang je, jimat masa pun.. Alhamdulillah, dipermudahkan..



Isnin, April 08, 2013

HIV Test - Hospital Sultanah Aminah, JB


Salam 1 Malaysia.. Seperti biasa entry basi.. Sejak akhir-akhir ni sangat sibuk dengan persiapan kahwin.. Maklumlah kami berdua uruskan sendiri..

13/3/2013, kami ambil cuti.. Konon-konon nak pergi Pejabat Agama untuk ambil borang permohonan kebenaran nikah..

Pej. Agama Islam Daerah Johor Bahru,
Aras 2 Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jln Masjid Abu Bakar,
80990 Johor Bahru.

Sampai je tingkat 2, Shah terus pergi kaunter pertanyaan / Kaunter borang.. Tapi, kata akak kat kaunter tu, sesiapa yang nikah bulan April onwards, kena isi borang permohonan nikah on-line.. Sistem e-NCR.. Jadi, kami hanya ambil borang ujian HIV.. Percuma ye kawan-kawan..



Belakang borang, terdapat senarai jadual klinik kesihatan yang buat HIV test di Johor Bahru.. Tapi gambar tak berapa clear.. Sila rujuk jadual di bawah..


KK Majidee
Isnin
Waktu Pejabat
KK Tampoi
Isnin
Waktu Pejabat
KK Pasir Gudang
Selasa
Waktu Pejabat
KK Kempas
Selasa
Petang
KK Tebrau
Rabu
Waktu Pejabat
KK Masai
Rabu
Waktu Pejabat
KK Ulu Tiram
Khamis
Petang
JPL (OPD) HSA
Khamis
Petang
KK Ibu & Anak Johor Bahru
Jumaat
Waktu Pejabat
KK Larkin
Jumaat
Waktu Pejabat
KK Gelang Patah
Jumaat
Waktu Pejabat


14/03/2013, kami sambung cuti.. Sebab hari Khamis, kami pergi Hospital Sultanah Aminah.. Tapi bahagian Pesakit Luar ye kawan-kawan.. kat Jalan Mahmoodiah.. Masa ni, Shah tak sihat.. Jadi, saya ambil alih tugas jadi driver.. Mungkin dia terlalu letih dan stress sebab nak bahagikan masa dengan kerja dan persiapan kahwin.. Tapi dia gagahkan diri jugak pergi.. Saya nampak dia sangat serius.. Wah, jatuh cinta sekali lagi rasanya.. Suka tengok lelaki yang bersungguh-sungguh.. Alhamdulillah ujian ni tak lama.. 

Isi borang siap-siap, Ambil nombor.. Kena isi borang dari pihak HSA.. Tunggu, bila dipanggil bagitau diorang yang kita nak ambil ujian HIV & serahkan borang.. Diorang akan bagitau kena pergi bilik mana untuk ambil darah.. Bila dipanggil, kita akan diberi penerangan sikit tentang ujian ni.. Kami berdua ambil masa dalam 15 minit je.. Ada charge 20 sen sorang untuk sampul surat.. Kalau korang nak bawak sampul surat siap-siap pun boleh.. Sampul surat size biasa je.. Bukan yang besar ye.. Mudah je rupanye..

Bila dah siap, kalau negative, nurse akan serahkan sampul surat yang di seal untuk diserahkan kepada pejabat agama bersama borang permohonan nikah nanti.. Kalau positive, diorang akan terus serahkan kes pada doktor untuk ambil alih.. Ujian ni valid untuk 6 bulan..

Sharing is caring.. Harap info ni dapat membantu b2b lain..

p/s : Doakan urusan kami dipermudahkan..



Khamis, Mac 28, 2013

Bank Draft - Duit Hantaran

Salam B2B.. Hari ni saya nak cerita tentang bank draft atau dikenali sebagai banker cheque.. Maklumlah, tak de cheque book.. Guna lah Bank Draft..

Family Shah nak hantar duit belanja, tapi takut nak bawa cash bebanyak.. Walaupun rumah sebelah taman je.. Maklumlah, zaman sekarang ni macam-macam jenayah.. Kalau bank-in je, bank-in slip tu kecik sangat.. Bapak saya rabun skit.. So, kami buat keputusan untuk buat bank draft..

Contoh borang..

Contoh bank draft..

Senang je cara nak beli bank draft ni.. Isi borang (mintak kat customer service).. Saya bawak cash sebab bank RHB kat ground floor bangunan ofis saya je.. Siap-siap bawak cash, sebab ATM Machine boleh keluar maksimum RM2,000 je sehari.. Kalau ada buku bank senang lah.. Saya boleh lupa pulak letak buku bank kat mana.. Kalau nak deduct dari account bank, kena pastikan buat dekat bank tempat kita bukak account bank tu.. Leceh skit lah.. Tapi tak tau lah bank lain, RHB punya prosedur macam tu..

Bila clear kan bank draft ni, prosedur nya sama macam cek biasa.. Masuk kat cheque deposit machine & amik masa 2 - 3 hari bekerja..

* Sharing is caring.. Mana lah tau tips ni berguna kepada b2b yang lain..

p/s : Sebenarnya, banyak perkara yang saya tak sempat nak update.. Tinggal 2 bulan lebih je lagi.. Sibuk dengan kerja lagi.. Dan-dan ni lah assistant saya nak berhenti lak.. Kusut2.. Kawan-kawan, doakan kami ye..



Jumaat, Mac 01, 2013

DIY - Bunga Kecil aka Hiasan Doorgift

Salam semua.. Harini saya nak kongsi aktiviti DIY yang sedang saya usahakan dengan bersungguh-sungguh.. Harap korang masih ingat entry DIY Door Gift - Bekas Telur (2).. Bunga kecil sebagai hiasan penyeri cawan tu kurang lagi 300pcs.. 

Memandangkan banyak trend baru, maka tak jumpa lagi patern bunga yang sama.. Harga sekarang mahal okey.. Lebih kurang 45sen / pcs kalau beli banyak.. Nak cari warna yang dikehendaki sangat lah payah.. Setelah meronda dekat 10 kedai masih tak jumpa yang berkenan di hati (Cantik tapi murah..).. Akhirnya, hati nekad untuk DIY.. Huhuhu.. Saje nak tambah kerja, walhal tinggal 3 bulan je lagi..

Proses pembikinan..

Hasilnya..

 
Yang kiri, bunga kecil yang saya beli dulu.. Saja nak bandingkan.. 

Proses pembikinan baru 40%..  Tinggal sikit lagi.. Chaiyok2.. Dengan gigihnya, saya buat sorang-sorang ambil tengok cd drama Korea.. Maklumlah, saya kan anak sulong.. Adik-adik, kalau ajak pergi shopping, laju lah.. Kalau bab creativity ni adalah agak rabun.. Doakan saya.. Urusan melekatkan pada cawan, biar Shah yang buat.. Hahaha (Ketawa jahat).. Segmen mendera bakal suami..




Rabu, Februari 27, 2013

Kain Baju Nikah Dah Hantar Tailor!!!..

Salam semua.. Semalam saya dah hantar kain Sequin Chiffon aka Kain baju nikah
pada tailor.. Dah banyak kali postpone nak hantar.. Macam-macam dugaannya.. Alhamdulillah, hantar jugak.. Saya tak amik designer bagai.. Tailor biasa je.. Harga sangat affordable.. Ramai yang kata, hasil jahitan beliau sangat kemas.. Ditemani oleh my bestie, Amy, Ardiana & Kak Miera.. Sayang korang..

Sessi brainstorming dirumah beliau.. Semua bagi pendapat.. Rasa seronok sangat.. Akak tailor tu pun sangat sporting.. Sesetengah tailor suka reject idea kita.. Alhamdulillah, akak ni tak cerewet tapi ada juga bagi cadangan.. Tak berani lagi nak announce nama beliau.. Kita tengok hasilnya dulu.. Hati berdebar-debar..
 
 
 Hasil contengan akak tailor..  Saya pilih baju kurung moden je.. Tapi kain nak yang flowy2.. Bahagian tangan, saya mintak akak tu letak butang sampul/ bungkus.. Gediks kan???.. Huhuhu.. Alhamdulillah, selesai lagi satu perkara..

 



Sabtu, Februari 16, 2013

Kursus Pra-perkahwinan - Masjid Abu Bakar, Johor Bahru

Salam semua.. Maaf ya, lama sangat tak update post dan comment.. Sibuk sikit sejak akhir-akhir ni.. Tahun Baru Cina, saya pulak yang sibuk.. Maklumlah, dekat ofis ni cuma tiga orang je bukan berbangsa Cina.. Saya, 2nd Director & ofis boy.. Bila orang lain cuti, kami lah yang bertungkus-lumus.. Hehehe.. Panjang betul alasan..

Setelah dipujuk dan dipaksa, akhirnya Shah setuju untuk pergi Kursus Pra-Perkahwinan pada 9 & 10 Feb 2013 yang lepas.. Siap berdebar-debar nak masuk dewan kuliah.. Macam nak kena interview pulak.. Kelakar tengok muka dia masa saya hantar dia kat Masjid Abu Bakar, Johor Bahru.. Kursus tu dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.. Sesiapa yang belum pergi kursus, tak boleh ambik borang kebenaran berkahwin tau..

Penat saya pujuk Shah bergambar pakai songkok.. Siap masuk dalam paper bag bagai, dah nak ambik gambar baru sibuk nak pakai.. Handsome kan orang lelaki pakai songkok.. Nasib baik saya tak paksa pakai baju melayu..

 

Saya dah lama selesai.. Pergi dengan ex dulu, tapi lagi 3 bulan nak kahwin, kami putus (citer lama).. Kalau ada masa, saya citer dalam post lain..

--------------------------------------------
JADUAL KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM DI MASJID SULTAN ABU BAKAR JOHOR BAHRU 2013.


05 DAN 06 JANUARI 2013
12 DAN 13 JANUARI 2013
28 DAN 29 JANUARI 2013

02 DAN 03 FEBRUARI 2013
09 DAN 10 FEBRUARI 2013
23 DAN 24 FEBRUARI 2013

02 DAN 03 MAC 2013
09 DAN 10 MAC 2013
23 DAN 24 MAC 2013
30 DAN 31 MAC 2013

06 DAN 07 APRIL 2013
13 DAN 14 APRIL 2013
27 DAN 28 APRIL 2013

04 DAN 05 MEI 2013
11 DAN 12 MEI 2013
25 DAN 26 MEI 2013

01 DAN 02 JUN 2013
08 DAN 09 JUN 2013
22 DAN 23 JUN 2013
29 DAN 30 JUN 2013

06 DAN 07 JULAI 2013
13 DAN 14 JULAI 2013
27 DAN 28 JULAI 2013

03 DAN 04 OGOS 2013
17 DAN 18 OGOS 2013
24 DAN 25 OGOS 2013

07 DAN 08 SEPTEMBER 2013
14 DAN 15 SEPTEMBER 2013
28 DAN 29 SEPTEMBER 2013

05 DAN 06 OKTOBER 2013
12 DAN 13 OKTOBER 2013
26 DAN 27 OKTOBER 2013

02 DAN 03 NOVEMBER 2013
09 DAN 10 NOVEMBER 2013
23 DAN 24 NOVEMBER 2013
30 NOVEMBER DAN 01 DISEMBER 2013

07 DAN 08 DISEMBER 2013
14 DAN 15 DISEMBER 2013
28 DAN 29 DISEMBER 2013




Kalau B2B JB nak pergi kursus ni tak payah daftar pun takpe, walk-in je  ikut tarikh dalam jadual.. Jangan lupa bawa fotostat I/C dan sekeping gambar berukuran passport.. Tapi gambar tu jangan free hair pulak kan..

Maklumat lanjut, boleh check http://kursuskahwin-online.blogspot.com/..


Khamis, Januari 17, 2013

Paper Bag - VR Star, Nilai 3

Maaf semua.. Satu lagi entry basi.. Disember lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson.. Sambil bercuti, sambil bershopping barang kahwin.. Adik kedua saya punya last minute plan.. Lagipun memang dia dah berjanji nak sponsor doorgift saya.. Alhamdulillah, rezeki orang nak kahwin.. Huhuhu.. Balik tak sempat nak update blog sebab banyak perkara berlaku.. Dugaan..

Kami sewa apartment 2 bilik.. Sangat berbaloi daripada sewa hotel.. Paling mahal pun RM200.. Kalau sewa bilik, mahu RM800++ untuk dua bilik..

Hasil tangkapan di VR Star, Nilai 3.. Paper bag & uncang.. Harga memang sangat berbaloi.. Kalau nak dibandingkan dengan kedai lain kat Nilai, saya rasa VR Star paling mengancam.. Ingat x entry tentang Dulang Hantaran yang adik saya tolong belikan kat VR Star jugak.. Saya ingatkan nak request paper bag yang murah-murah je.. Tapi orang yang sponsor pilih ni.. Mak bapak saya semua pun excited nampak beg ni.. Tapi memang cantik sangat sebab hot stamp.. Ambil 2 warna.. Merah dan gold (Insya'allah, tema majlis resepsi).. Lagipun, kami pergi bukan semata-mata ke Nilai.. Memang niat nak bercuti..

Niat di hati memang malas nak paper bag bagai.. Tapi biasa lah, mak sibuk nak sumbat macam-macam.. Tu yang kena pakai paper bag.. Kalau tak kerana kami bawak satu kereta je, memang memborong sakan kat sana.. Nasib baik Gen 2 CPS bonet besar.. Belum barang lain yang mak shopping.. Baju kami untuk 3hari 2 malam lagi.. Lain kali kena bawak van.. huhuhu..

Masih Belum Ada Rezeki

L ebih setahun tak menulis & jenguk blog ni.. Konon-konon sibuk dengan kehidupan harian.. Sebenarnya, berusaha meneruskan hidup.. Weddi...