Sebelum kahwin, tidak terlintas langsung yang saya akan tinggal sebumbung dengan mertua atau ipar-duai.. Kami hanya mampu merancang, DIA yang menentukan..
Drama kami mencari rumah dan menumpang di rumah akak ipar boleh check dalam post Teratak Pertama SHAHAYANA.. Bulan ketiga perkahwinan, kami dapat rasa hidup berdua selama sebulan setengah.. Disebabkan ibu dan bapa mertua saya selalu sakit dan perlu berulang-alik ke hospital, kami buat keputusan untuk bawa ayah, ibu dan adik Shah tinggal bersama.. Maklumlah, Sekurang-kurangnya, kami boleh jaga makan minum mereka..
Perkara asas bila tinggal sebumbung ni, hormat dan bertolak-ansur.. Hati orang tua sangat sensitif, mengalah adalah tindakan paling efektif.. Dari sudut positif, balik kerja rumah bersih, makanan dah siap terhidang, baju siap berlipat.. Kadang-kadang timbul rasa segan.. Memang ada Pro & kontra.. Tapi yang penting bersabar, bersabar, bersabar & positif.. Shah anak lelaki sulung.. Tanggungjawab saya agak berat sebab terpaksa ambil alih tugas Shah yang hari-hari kerja overtime sampai malam.. Uruskan keperluan rumah, kesihatan serta masalah ibu bapa mertua & adik beradik ipar..
Tips Tinggal Sebumbung dengan Mertua (Pengalaman saya)
1.
Biasakan Diri & Bergaul Mesra
Biasakan diri dengan rutin keluarga mertua & cuba
bergaul mesra.. Contohnya, cara pemakanan & aktiviti yang selalu mereka
lakukan.. Saya biarkan je.. Makan je apa yang mertua masak.. Kalau terlalu
pedas, saya kurangkan kuah.. Tak semua aktivi mereka saya sertai.. Tapi saya
tolak cara baik & bagi alasan yang munasabah..
2.
Ringan Tulang
Pandai-pandai bawa diri.. Bantu ibu mertua buat kerja
rumah.. jangan jadikan mereka seperti orang gaji..
3.
Tanggungjawab seorang
isteri
Jangan
abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.. Ingat, tindak-tanduk kita
diperhatikan dan dinilai.. Contohnya, layan suami makan, ambilkan air bila
suami pulang kerja..
4.
Beri Ruang & Mengalah
Seorang ibu ada naluri ingin
jadi contoh yang baik kepada menantu dalam menangani keluarga.. Jadi, bagi je
mereka menang.. Tak payah nak pertikaikan walaupun cara kita tak sama.. Kalau
bab memasak pun sama.. Tapi bila turn saya masak, baru saya ikut cara saya..
5.
Jangan Kedekut
Bab bagi makan orang tua jangan kedekut.. Insya’ Allah
murah rezeki.. pasti ada bahagian lain untuk kita..
6.
Jangan campur tangan dalam perdebatan keluarga
Kalau mereka berkumpul sekeluarga, saya akan bagi
peluang untuk mereka berbincang tanpa saya..
7.
Cipta ruang privasi
Minta perhatian dengan cara yang sangat baik kepada
mertua tentang ruang privasi terutamanya bilik tidur.. Nasib baik bilik kami
ada bilik air..
8.
Percaya pada pasangan
Ingat!!!.. Percaya pada suami.. Walaupun mertua atau
ipar duai bercerita macam-macam, sila percaya pada suami anda.. Berbincang jika
terdengar perkara yang mencurigakan dan jangan terus melenting..